TQ Sudi Follow Saya

Monday 8 August 2011

Mee Bandung


Bahan-bahan:
500g udang kering segar
cili untuk menumis
gula pasir
bawang merah 10 biji untuk menumis dan 10 biji lagi untuk buat pes
bawang putih 3 biji untuk menumis dan 3 biji lagi untuk pes
mee kuning 1 peket
sotong basah
telur ayam 4 biji atau ikut bilangan orang yang hendak makan
Sayur sawi 2 ikat
tauhu goreng 5 keping
garam
air untuk kuah
5 biji tomato segar
minyak untuk menumis
daging (optional)
Bawang goreng

Cara-cara:
Blend udang kering, bawang merah, bawang putih dan cili.
Potong kecil sotong basah dan daging lembu.
Hiris tauhu goreng nipis-nipis
Cuci mee kuning dan toskan
Potong sayur sawi dan tomato.
Untuk memasak perencah:
Tumis bahan blend tadi menggunakan minyak yang banyak (kerana udang kering akan meresap minyak).
Bila sudah separuh masak masukkan air dan kacau sehingga masak.
Kemudian masukkan gula dan garam. Cuba rasanya samada perlu ditambah gula atau garam lagi. Jika semuanya sudah ok bolehlah dikeluarkan dari kuali tadi.
Untuk memasak mee bandung: Panaskan kuali dan masukkan minyak ,tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga garing dan masukkan air ikut berapa ramai yang hendak makan.
Bila air dalam kuali sudah mendidih bolehlah dimasukkan perencah udang tadi.(jika anda mahu kuah pekat masukkan perencah lebih).
Kacau kuah supaya tidak berkerak dan masukkan sotong basah ,daging dan telur satu persatu. Pastikan telur masak kemudian angkat untuk asingkannya supaya tidak hancur.
Bila bahan yang dimasukkan tadi sudah masak bolehlah masukkan mee tadi. Kacau sehingga mee masak dan masukkan sawi. Kemudian tauhu goreng, garam, bawang goreng dan rasa secukup rasa.
Tomato dan telur anda boleh hidangkan semasa hendak makan.

1 comment:

  1. special request bleh...boleh kah puan linda mengirimkan sedikit yg dimasak ke rumah saya atau call datang suruh amik sket ker untuk dinilai oleh saya..ikhlas dr alonso

    ReplyDelete