TQ Sudi Follow Saya

Wednesday 24 August 2011

PEACH CREAM CHEESE BUTTER CAKE


1 1/2 cawan gula halus
1 sudu teh esen vanilla
200 gm buah peach (peach dlm tin, di toskan dan di potong dadu)
2 1/4 cawan tepung naik sendiri - blh guna 2 1/4 cwn tpng gandum+1 sudu kecil b. powder, diayak (blh guna 2 1/4 cwn tepung kek)
250gm butter
250gm cream cheese
1/3 cawan susu segar
3 biji telur

Panaskan oven pada 160'c. Gris dan alas loyang (saya guna loyang 8 inci)
Pukul butter, gula dan esen vanilla hingga ringan dan lembut.
Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi. Masukkan cream cheese dan susu, pukul lagi. Masukkan tepung yg telah di ayak dan gaul sebati.
Masukkan sesenduk adunan ke dlm loyang yg di gris tadi dan ratakan.
Letakkan hirisan buah peach yg telah di potong dadu.
Lapiskan adunan tadi sesenduk lagi dan ratakan. Buatlah sehingga habis.
Setelah siap, bakar selama 50 minit atau sehingga masak.

Lawak Kuih - Taken from Hanielieza's blog



Lawak Kuih
Dalam bulan puasa ni macam-macam kuih ada jual..

Kuih paling gangster = Lompat Tikam
Kuih paling sexy = Puteri Mandi
Kuih paling busuk = Taik Itik
Kuih bajet cute= Cek Mek Molek
Kuih untuk awet muda= Seri Muka
Kuih paling alim= Kuih Ketayap
Kuih penyakit lelaki kronik= Batang Buruk
Kuih suka pukul= Kuih Lompang
Kuih dalam zoo= Badak Berendam
Kuih untuk Sam Polis Trafik = Kuih Sampreeeeettttt
Kuih yg bangun sendiri = Kuih Bangkit
Kuih org x mandi = Kuih Bau-lu
Kuih paling tenteram = Kuih Makmur
Kuih paling lembap = Kuih Siput
Kuih dangdut inul = kuih goyang @ kuih rose
Kuih pengacara majlis = kuih Cara
Kuih yg suka api = Kuih Bakar
kuih atas langit = kuih kapai terbang
kuih pandai menari = kuih goyang
Kuih paling ganas = kuih BoooMM..!!
Kuih xbulih makan tp org suka makan = kuih sarang semut
Kuih pengacara majlis yg baju dia comot = Kuih Cara berlauk
Kueh yang lama tertinggal orang tak makan = kueh abuk-abuk
Kuih yg banyak buat dosa = kuih talam dua muka
kuih yang ayu = kuih putri ayu
kuih yang pergi Mekah = kuih Tok Aji Serban
kuih ada lampu = kuih tepung pelita
kuih bukan kuih = kuih tiaw
kuih suka senyum = kuih apam senyum
kuih mekap tebal = t epung gomak
kuih ala hispanis = kuih lopez
kuih paling kaya = jala emas
kuih paling jauh = kuih bulan
kuih paling banyak = kuih muih
Kuih confuse = quaker oat (kuih ke oat?)

Friday 19 August 2011

Chilled Strawberry Cheesecake


Bahan-bahan
Bahan-bahan A:
250 gm biskut digestive atau marie
125 gm mentega tanpa garam -

Bahan-bahan B:
200 ml krim putar(whipping cream) - blh campur yogurt
250 gm krim keju
165 gm gula kastor
1 sudu besar jus lemon
1 sudu besar jem strawberry

Bahan-bahan C:
15 gm gelatin halal
100ml air
- campurkan air dgn gelatin atas double boiler dan sejukkan selama 5 minit ( guna air panas, kacau dan sejukkan)

Bahan-bahan D
1 pack strawberry - potong jgn besar sgt, nanti berat dan jatuh ke bawah.

Topping:
150 ml jus strawberry - guna jem strawberi + 1sudu mkn gelatin + air sedikit = msk secara double boiler. Suamkan seketika then curahkan atas kek.
1 sudu besar tepung jagung - x ltk pun boleh

Cara-cara

Hancurkan biskut sehingga jadi serbuk.Sediakan loyang acuan berukuran 8 inci.
Cairkan mentega. Tuangkan mentega kedlm bekas berisi biskut tadi. Kacau rata.
Tekankan adunan biskut ke dalam loyang sehingga menjadi rata dan padat.Sejukkan dlm peti ais selama lebih kurang 30 minit agar ia menjadi keras.
Pukul krim putar sehingga pekat dan gebu.Ketepikan.
Pukul krim keju bersama-sama gula dan jus lemon sehingga sebati.Setelah itu masukkan gelatin dan gaul lagi sehingga sebati.
Kemudian tuangkan bahan ini kedlm bekas yg berisi krim putar tadi dan gaul rata dgn menggunakan whisk.
Keluarkan adunan biskut dlm peti ais.Tuangkan 1/3 adunan krim cheese td keatas adunan biskut.Ratakan dan letakkan buah strawberry.Akhir sekali tuangkan adunan sampai habis. Sejukkan di dalam peti ais sekurang2nya 3 jam.
Buat topping buat seperti diatas.
Tuangkan jus stoberi hingga habis. Atur buah strawberi. simpan dlm peti ais skali lagi sebelum dihidangkan.

Meatball Fettuccine


(bahan utk meatballs)

200gram daging cincang,
4 sudu besar serbuk roti
1/2 biji telur ( dipukul sedikit)
sedikit oregano
sedikit lada sulah
1/4 biji bwg besar saiz sederhana dicincang halus ( ita tukar bawang putih)

Dlm mangkuk besar campurkan daging cincang, serbuk roti , bawang cincang, lada sulah, telur ,oregano & 1/4 tsp garam. gaul rata ( jgn terlebih gaul lama2) kemudian bulat2kan dlm 20 biji. susun dlm baking pan dan bakar selama 15-20min suhu 160'C. sejukkan sebentar, kemudian buat sos pasta pulak.

untuk Sos Pasta

4 biji tomato (3 biji diblender, dan 1 biji lagi dipotong dadu)
3 sudu besar tomato ketchup ( boleh diganti dengan tomato puri)
1/4 biji bwg besar (dicincang halus)
2 biji bwg putih (dincincang halus)
1/4 batang carrot (dipotong dadu)
2 biji cendawang butang (dipotong dadu)
1 sudu besar minyak zaitun
sedikit oregano
ita tambah ayam cincang sikit

blender tomato hingga hancur kemudian panaskan minyak. Masukan carrot, cendawan, bawang putih & bawang besar dan masak hingga lembut. masukkan tomato ketchup dan tomato yg didadu tadi, oregano, lada sulah, garam & gula biarkan mendidih. Kemudian perlahankan api dan biarkan reneh dlm 15 minit. kacau sekali sekala. masukkan meatballs tadi dan biarkan kuah agak pekat, sesuaikan rasa dan hidang panas-panas, taburkan parmersan cheese dan daun parsley jika suka.

Lamb Chop With Black Pepper Sauce

Bahan² untuk menggrill
5 keping daging kambing
3 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
1 sudu besar lada hitam
1/2 cawan kicap manis
1 sudu besar chilly flakes @ serbuk cili kasar
3 sudu besar sos BBQ
garam

Cara²
1. kisar bawang putih, bawang besar dan lada hitam hingga hancur.
2. lumurkan bahan kisar dan kesemua baha diatas pada daging kambing.
3. perapkan selama lebih kurang 1 jam atau lebih.
4. susun daging diatas tray pembakar, letakkan sesudu mentega @ margerin diatas permukaan setiap daging tersebut.
4 bakar @ grill daging tersebut di dalam oven selama 40 minit pada suhu 170C atau hingga masak
5. Air yang terhasil semasa proses menggril@ membakar jangan dibuang. ketepikan seketika.

Bahan² untuk Blackpepper & Mushroom Gravy
2 sudu besar lada hitam
1 sudu besar serbuk pati ayam
1 biji bawang besar - dadu
1 biji tomato - dadu
1 paket serbuk mushroom soup VONO - jenama lain pun boleh
500 - 700 ml air
7 biji cendawan butang
1 sudu besar margerin @ butter
1/2 cawan kicap manis
lebihan air dari daging kambing yang di grill
1 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar air
garam
gula (jika perlu)

Cara²
1. masukkan mentega @ margerin ke dalam periuk. tumis bawang besar hingga kekuningan.
2. kemudian masukkan tomato dan tumis lagi hingga tomato layu.
3. masukkan serbuk mushroom soup ke dalam mangkuk dan larutkan dengan sedikit air, kemudian tuang ke dalam periuk. kacau seketika.
3. masukkan air, lada hitam yang dikisar halus, serbuk pati ayam, lebihan air daging kambing yang digrill, dan kicap manis. kacau rata. (tak perlu sampai mendidih)
5. masukkan bahan² didalam periuk tersebut ke dalam blender. kisar seketika hingga lumat kesemuanya dan masukkan semula kedalam periuk tadi.
6. masak lagi gravy hingga mendidih.
7. masukkan cendawan butang yang dihiris, garam dan gula jika perlu.
8. satukan tepung jagung dengan 2sb air, kacau rata dan masukkan kedalam peruk. kacau hingga likat.
9. setelah likat dan mendidih, ketepikan sebentar.


Bahan Untuk Coleslaw
1/4 biji kobis ungu - kobis putih pun boleh
1 batang carrot
3 sb mayonis
1 sb yogurt asli
1 sk gula
sedikit serbuk blackpepper berperisa AJISHIO


Cara2
1. potong dadu kecil2 kobis dan carrot
2. gaulan bersama mayonis, yogurt, gula dan serbuk lada hitam hingga sebati.
3. masukkan kedalam bekas bertutup dan simpan dalam peti ais hingga masa hendak digunakan.


CARA MENGHIDANG:

dalam satu plate, letakkan daging kambing yang telah digrill tadi sekeping, curahkan sesenduk gravy. hidangkan berama tomato, daun salad, spiral potato, dan brokoli yang direbus dahulu dengan sedikit minyak dan garam. sedap makan panas². boleh juga dijadikan sajian istimewa anniversary & birthday party.... selamat mencuba!~

Bubur Jagung


2 tongkol jagung di ambil isinya
400 ml santan
300 gm gula pasir (boleh kurangkan klu tak suka manis)
1 sudu makan tpg kastard
Garam secukup rasa
air secukupnyer
sago biji secukupnyer



Jagung direbus hingga empuk.
Kemudian masukkan gula, santan, garam dan tepung kastard. Masak hingga didih.
Masukkan sago biji yg telah dicuci dan ditoskan, kedlm bubur jagung. Biar seketika hingga sago lembut. Siap utk dihidangkan.

Bubur Pulut Hitam


2 cawan pulut hitam, rendam 3-4 jam
1 buku gula melaka
1/2 cawan gula pasir (ikut manis masing2)
1 helai daun pandan, disimpul
1 biji kelapa, parut putih
Secubit garam



Rebus pulut hitam tadi hingga kembang . Ketepikan.
Tuang 200 ml air masak dalam kelapa parut, ramas dan perah untuk dapatkan santan pekat. Ketepikan. Kemudian tuang lagi 700 ml air, ramas dan perah untuk santan cair.
Masak gula melaka,gula, daun pandan dan santan cair hingga gula larut. Kemudian tapis.
Masukkan gula ke dalam pulut hitam tadi, biar mendidih, masukkan daun pandan, secubit garam , kacau rata dan biar mendidih. Jika pekat boleh tambah sedikit lagi air.
Senduk bubur pulut hitam dalam mangkuk sesuai. Santan pekat tadi dicampur dengan sedikit garam, kacau rata. Sudukan sedikit santan pekat ke dalam bubur pulut hitam sebelum dihidangkan.

Puding Qaisara


1 paket agar2 serbuk (10gm)
450ml air
150ml susu cair
2 biji telur gred A
5 sudu besar gula pasir
3 sudu besar butter
1 sudu teh esen vanila
pewarna mengikut citarasa masing2

Masakkan serbuk agar2 dgn air dan gula hingga mendidih dan masukkan butter dan susu cair. Masak lagi hingga mendidih sambil dikacau.
Masukkan vanila dan padamkan api. Biarkan seketika (lebih kurang 15 - 20 minit) sehingga agar2 suam2 panas.
Pukul telur hingga betul2 kembang (buang tali pusat telur utk menghilangkan bau hanyir telur) dan masukkan adunan agar2 kedalam bekas berisi telur td dengan perlahan2. Kacau hingga sebati.
Bahagi adunan kepada 2 atau 3 bahagian dan masukkan pewarna yg disukai. Kacau hingga serata warna adunan puding td.
Sendukkan adunan puding ke dalam bekas atau loyang secara selang seli hingga habis. Untuk meletakkan lapisan yg kedua tu pastikan diletak perlahan-lahan di bahagian tepi dan jgn dibahagian tengah supaya ia tak terus masuk dalam lapisan yg pertama.
Sejukkan dalam peti ais sebelum menghidang.

Puding Oren


Lapisan Jelly
4 g serbuk agar-agar
500 ml air
5 sudu besar gula ( mengikut kemanisan masing-masing)
sebiji oren diperah airnya( dalam 50 ml)
sedikit pewarna kuning - ita letak warna oren
sedikit oren Sunquick - ita tambah

Masukkan air, gula dan serbuk agar-agar didalam periuk.
Setelah sebati masukan perahan oren yang telah ditapis dan pewarna kuning.
ketepikan



Lapisan Puding
4 g serbuk agar-agar
200 ml air
300 ml susu
5 sudu besar gula ( mengikut kemanisan masing)
sebiji oren diperah airnya( dalam 50 ml)
sedikit pewarna kuning -
sedikit oren Sunquick -

Masukkan air, gula dan serbuk agar-agar didalam periuk.
Setelah sebati masukan, susu, perahan oren yang telah ditapis dan pewarna kuning.
Masak sebentar dan ketepikan

Cara-cara untuk melapis
sediakan bekas yang sesuai.
masukkan lapisan puding dahulu biarkan sejuk hingga lapisan tersebut keras kemudian masukkan lapisan jernih buat kaedah yang sama sehingga habis.
Boleh la disimpan didalam peti sejuk sehingga benar2 keras
Jika ingin dipotong sila kurangkan kandungan air bagi jelly ini kerana jelly ini agak lembik.

Udang Galah Masam Manis


2 kg udang galah - berus dan cuci bersih
1 labu bawang besar - potong baji
1 biji tomato - potong baji
5 sudu makan sos cili
3 sudu makan sos tiram
1/2 cwn air
1 kiub - ikan bilis
garam dan gula secukup rasa.
1 biji cili merah - hiris
1 biji cili hijau - hiris
1 pokok daun ketumbar - mayang halus
2 batang serai - dititik

Bahan kisar
3 ulas bawang besar
2 ulas bawang putih
3 biji cili merah


Panaskan minyak dan tumis bahan yg dikisar hingga harum. Masukkan air, serai,sos cili, sos tiram, kiub ikan bilis, garam dan gula secukup rasa.
Setelah masak masukkan tomato, bawang besar, cili hijau, cili merah dan daun ketumbar.
Kemudian masukkan udang galah dan biar hingga ia masak.
Biar seketika. Siap untu dihidangkan

Apam Belang


4 biji telur
2 sudu teh ovellet
1 sudu teh esen vanila
300 gm tepung gandum
220 gm gula halus
250 ml santan kara (guna 200ml santan kotak + lagi 50ml air)
1 sudu teh baking powder
pewarna

Pukul telur dgn gula dan ovelet sampai gebu.
Masukkan santan dan esen vanilla kacau sebati.
Masukkan tepung yg diayak bersama baking powder dan kacau rata.
Bahagi kepada 3 warna yg disukai dan kacau rata adunan dgn warna.
Tuangkan selapis demi selapis sehingga habis dan kukus 30 minit sehingga masak. (Scoop 3 sudu besar setiap warna dan lapis sehingga habis)

Laksa Johor


Bahan utk kuah laksa

1kg ikan tenggiri atau kembung - direbus
1/2 mangkuk minyak
6 sudu rempah kari daging - dibancuh dgn air
2 mangkuk santan

Bahan A
10 tangkai cili kering
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
2 batang serai
4 cm lengkuas
4 biji buah keras
4 cm halia
2 cm kunyit

Bahan B
5 mangkuk air rebusan ikan
1/2 mangkuk kerisik
2 keping asam keping
1 sudu besar garam
1/2 buku gula melaka
2 kiub ikan bilis

Cara menyediakannya

Rebus ikan dan ambil isinyer, kemudian dikisar dgn air rebusan ikan.
Kisar bahan A hingga halus
Panaskan minyak di dalam periuk lalu tumiskan bahan A hingga terbit minyak. Masukkan rempah kari dan Kacau rata hingga sedikit garing. Kemudian masukkan kesemua bahan B.
Setelah itu masukkan isi ikan dan air rebusan ikan. Akhir sekali masukkan santan dan masak hingga kuah mendidih dan pekat.

Bahan-bahan yg dimakan bersama kuah laksa

Spagetti yg telah dicelur digaulkan dgn sedikit minyak supaya tidak melekat

Antara bahan-bahan yg dimakan bersama kuah laksa taugeh, timun dihiris halus, daun kesum dicincang halus, bunga kantan dicincang halus, bawang merah dihiris bulat, limau kasturi dan sambal belacan.

Laksam


Laksam

3cwn tpg beras
1/2 cwn tpg gandum
4cwn air suam


Gaulkan semua bahan-bahan.
Panaskan kukusan.
Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak utk mengelak dari melekat.
Ambik sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk.
Kukus sampai masak.
Bila dah masak, keluarkan.
Biarkan sekejap sebelum digulung - supaya laksam kelihatan licin dan cantik.
Sementara tu letaklah sedikit adunan ke atas tudung periuk lain dan kukus sampai masak.



Kuah Laksam
Ikan -
boleh guna kembung, tamban atau tenggiri (direbus, dibuang tulang) ita guna 3 hiris ikan tenggiri
1 inc halia
3 ulas bwg putih
5 ulas bwg merah
1 sudu teh lada hitam
1 biji Santan
3-5 keping Asam keping
Sdkt garam
Sedikit gula merah atau gula pasir

kisar isi ikan, halia, bawang putih, bawang merah dan lada hitam. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan lain. Masak sehingga agak pekat.

Bahan Ulam
timun
kacang panjang
taugeh
daun kesum

Kesemua bahan di atas di hiris halus.



Bahan Cili
cili merah
belacan
garam
limau nipis atau limau kasturi

cili merah tumbuk dgn belacan, tambah garam sikit dan perahkan limau

Laksa Utara


Bahan-bahan:

2kg ikan kembung - buang ekor & kepala
• 2btg bunga kantan - dipotong dua
• 3 ikat daun kesum
• 3sb cili giling
• 10bj cili padi - ditumbuk halus
• 20 keping asam gelugor
• 20gm belacan
• garam & serbuk perasa
• - Bahan-bahan ulam -
• 1 labu bawang besar
• 1bj salad buah
• 1 ikat daun selum
• 1 btg timun
• 3bj telur rebus
• 3bj limau sambal
• 1 btg bunga kantan
• Laksa- rebus


1. Ikan dibersihkan,masukkan dalam periuk besar bersama 10 keping asam gelugor. Isi air hingga menutupi ikan & rebus hingga hancur.
2. Bila dah hancur,bawa keluar ikan & tunggu sejuk,air rebusan jgn dibuang biarkan dlm periuk. Asingkan isi ikan dr tulang kemudian blend hingga hancur.
3. Masukkan ikan yg dah di blend tadi dalam periuk yang sama. Masukkan bunga kantan,asam keping,daun kesum,cili giling,cili padi dan belacan. Masak dengan api sederhana,biarkan mendidih dan sentiasa panas.
4. Bila kuah terlalu pekat, tambahkan air supaya kuah laksa jgn terlalu cair dan jgn terlalu pekat.
5. Masukkan garam & serbuk perasa.
6. Bawang besar, salad, daun selum, timun dan bunga kantan dimayang halus. Timun & limau sambal dipotong dua.
7. Masukkan laksa dalam mangkuk dan taburkan bahan2 ulam dan siramkan kuah laksa semasa tgh panas. Siap utk dimakan.

Laksa Singapura


Bahan-Bahan:

2 kg mi laksa - dicelur dan toskan
3 tangkai daun kesum - dicuci bersih dan dirampai
3 tangkai daun selasih - dicuci bersih dan dirampai
300 gm taugeh - boleh celur atau dimakan mentah
3 biji timun - di hiris halus lidi mancis

Bahan Kuah
1 ekor ikan parang - boleh juga ganti dgn ikan tenggiri
20 tangkai cili kering - direndam dan dikisar
6 batang serai - dikisar
2 cm lengkuas - dikisar
10 ulas bawang putih - dikisar (ita kurangkan)
4 biji bawang besar - dikisar (ita guna bawang merah)
1/2 biji kelapa parut - dijadikan kerisik
2 biji kelapa parut putih - ambil santannyer
1.25 liter air
8 sudu makan rempah kari ikan
150 gm asam jawa - ramas bersama air dan tapis ambil airnyer sahaja
250 gm ikan kering kurau - diambil isinyer dan direndam hingga lembut
125 ml minyal masak - utk menumis
sedikit garam dan gula.
sedikit belacan - ita tambah
1 kiub ikan bilis - ita tambah

Bahan sambal belacan
30 biji cili merah
10 biji cili padi
1 sudu makan penuh belacan bakar
1 biji limau kasturi
Semua bahan diatas ditumbuk atau dikisar kemudian letakkan jus limau kasturi dan secubit garam.

Untuk membuat kuahnyer, buang kulit ikan parang, dipotong empat dan dibersihkan. kukus ikan bersama serai.
Setelah sejuk, buang tulang dan ambil isinyer. Kisarkan isi ikan bersama kerisik kelapa dan ketepikan.
Gaulkan rempah kari ikan bersama bahan kisar dan tumis hingga garing dan naik aromanyer.
Kemudian masukkan kerisik dan ikan yg telah dikisar. gaul higga sebati dan tutup periuk sebentar.
Setelah itu barulah masukkan air dan biarkan mendidih.
apabila mendidih masukkan santan dan kacau lagi hingga rata. biarkan mendidih sekali lagi.
setelah mendidih masukkan air asam, diikuti dgn ikan kurau dan biarkan hingga kuahnyer naik minyak.
Perlahan2 dgn menggunakan senduk, keluarkan minyak yg terdapat di permukaan kuah dan buang.
Apabila masak, angkat dan hidangkan bersama mi laksa, sambal belacan dan juga bahan hiris yg lain.

Thursday 18 August 2011

Agar-agar Roti Pelangi


Bahan-bahan ( 1 tupperware besar )
1 paket agar-agar
2 biji telur
1 tin susu cair
5 sudu makan susu pekat manis (ikut selera individu)
3keping roti
3 sudu gula (ikut selera individu)
2 sudu besar sunquick
Pewarna hijau
Pewarna merah
Sedikit esen vanila
Cara-cara
1.Masak agar-agar dgn air (anggaran air hingga tenggelam agar-agar).Masukkan gula. Kacau sebati. 2.Dgn menggunakan blender, kisar roti dgn telur,susu cair dan susu pekat manis hingga sebati. 3.Tuang bahan yg dikisar tadi ke dalam periuk agar-agar td. Masak dgn api perlahan.
4.Masukkan sunquick dan esen vanila. Biarkan masak seketika.
5.Kemudian angkat dan tuang adunan yg di masak dlm loyang.
6.Drpd adunan td, asingkan2 cawan berasingan adunan. 1 dicampurkan dgn pewarna merah, 1 lg dgn pewarna hijau.
7.Tuang adunan berwarna td secara berselang seli ke atas adunan di dlm loyang.
8.Sejukkan.

Kek Prune Kukus


Kek Prune Kukus

Bahan:
250 g butter
2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan gula
1/4 tin besar susu pekat manis (kalau guna tin kecil 1/3 pun cukup)
20 biji prune (kisar dengan sedikit air, setakat boleh kisar dah cukup)
5 biji prune (hiris kasar)
5 biji telur

Cara :
1. Didihkan air dalam pengukus.
2. Putarkan butter/gula/susu sehingga sebati.
3. Masukkan telur satu per satu dan putar lagi.
4. Masukkan prune yg telah dikisar.
5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati.
6. Akhir sekali masukkan prune yg dihiris kasar dan kacau dengan senduk sudah memadai.
7. Griskan loyang dengan butter dan alaskan dengan kertas minyak, tuang adunan
ke dalam loyang dan kukus selama 1 1/2 jam.
8. Kalau nak bagi cantik, letakkan beberapa biji prune di atas adunan sebelum dikukus sebagai hiasan.

Tips
1. Adunan kek dituangkan sehingga separuh ketinggian loyang untuk memberikan ia ruang untuk naik dengan cantik. (Loyang 9 x 9 berketinggian 2" )
2. Boleh campurkan gula 1/2 cup gula halus + 1/2 brown sugar pun sedap. Warna kek akan jadi lebih gelap disebabkan oleh brown sugar tersebut.
3. Boleh guna topping kek coklat sebagai topping kek ini.
4. Didihkan air di dalam pengukus sebelum mengukus kek dan pastikan wap air pada penutup tidak jatuh ke atas kek (cover kek dengan aluminium foil)
5. It is better to use prune jenama SunSweet. Bila guna prune jenama lain, kek prune kurang mengancam dari segi warna dan rasa.

Puding Kastard Fruit Cocktail


Puding Fruit Cocktail

Bahan2 untuk kuah

1 tin susu cair
1 tin besar mix fruit coctail
1/2 cawan air
4 sudu gula
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh tepung custard larutkan dalam air. (tujuan untuk memekat kalau tak masukkan pun tak apa).

Cara

Campurkan semua bahan dan masak diatas api perlahan ( api kuat akan membuatkan susu berkeladak dan tak cantik). Tujuanmasak diatas api hanyalah untuk hancurkan gula dan sebati. Jika rasa gula sudah hancur olehlah tutup api tersebut. Masukkan dalam freezer.

Dan untuk custardnya pula.

1 cawan tepung custard
5 cawan air
1 sudu gula

Cara

Campurkan semua bahan dan masak diatas api sehingga menjadi pekat dan likat, akan perasan yg warnanya akan bertukar dari kuning cair ke kuning yg lutsinar. Setelah masak sudukan kedalam bekas2 kecil seperti bekas lompang, dan sejukkan. Setelah sejuk masukkan dalam adunan pertama, sedia untuk dimakan. Sedap dimakan sejuk

Apam Kukus Yogurt


Bahan-bahan :
•3/4 cawan gula castor
•1/2 sdt ovallete
•1 cawan tepung gandum
•1/2 cawan yogurt asli (aku guna yogurt manggo)
•1 biji telur
•1/4 sdt double action baking powder
•pewarna yang disukai
•cawan kertas secukupnya

Cara-cara :
•Campur semua bahan di atas dalam mixer.
•Pukul sampai adunan menjadi pekat, pucat warnanya..*guna high speed.
•Adunan menjadi pekat seakan-akan yogurt..
•Asingkan sedikit daripada adunan tersebut dan campurkan pewarna kesukaan, gaul sebati.
•Sendukkan adunan putih ke dalam cup muffin 3/4 cup, sudukan sedikit adunan bewarna atasnya.
•Kukus dengan api kuat, pastikan kukusan sudah betul-betul panas baru letakkan kuih tadi.Kukus lebih kurang 15 minit, adunan yang masak akan mekar tersenyum...
•Sejukkan dan simpan dalam bekas tertutup.

Thursday 11 August 2011

Kuih Ketayap


Bahan Kulit:

1 cawan tepung gandum
1 cawan air jus pandan [mesinkan 5 helai daun pandan + 1 cawan air dan tapiskan]
1/2 cawan santan/susu segar
1 biji telur
beberapa titik pewarna hijau
secubit garam
Bahan inti:

150 gm gula merah
3 s/b gula biasa
1/2 cawan air kelapa muda [jika ada]
½ biji kelapa parut muda

Cara:

Untuk inti, masukkan semua bahan inti ke dalam periuk.
Kemudian masak di atas api yang sederhana dan kacau agar sebati dan melengas. Angkat dan ketepikan.
Untuk kulitnya, masukkan semua bahan di dalam mangkuk. Kacau sebati dan tapiskan
Panaskan non-stik pan yang telah dilengser dengan sedikit minyak.
Tuangkan sesenduk adunan ini dan lenggang-lenggangkan kuali tadi, supaya adunan rata dan nipis.
Setelah masak, angkat dan ketepikan.
Masukkan inti di tengah-tengahnya.
Kemudian lipatkan bahagian kiri dan kanan lalu gulungkan kemas-kemas.
Lakukan sehingga selesai dan hidangkan.

Tuesday 9 August 2011

Bubur Ayam


Bahan-bahan (3-4 org):
1 1/2 cwn beras (lbh kurang 250gm)
1 1/2 inci halia di ketuk / titik
2 sk serbuk pati ayam / 1 kiub pati ayam
300gm isi ayam / 1/4 ekor ayam
Sedikit garam
1 liter air
Bahan Sampingan:

Lada merah
Daun bawang n daun sup
Sedikit minyak bijan
Ikan bilis - digoreng
Kacang tanah - digoreng
Lada jeruk
Telur masin
Cara-cara:

Rebus ayam hingga empuk. Keluarkan ayam dan toskan airnya. Air rebusan ayam jgn dibuang.
Basuh beras, masukkan dlm periuk lebihan air rebusan ayam. Masak beras hingga kembang, masukkan air sikit-sikit. (Masak bubur ikut suka lembut mcmmana kita nak).
Bila bubur hampir masak masukkan halia, pati ayam dan sedikit garam.
Bubur bolehlah dihidang dgn ayam rebus tadi (siat kecil), bawang goreng, lada merah n daun sup.
Titiskan sikit dgn minyak bijan.
Sedap dimakan dengan ikan bilis n kacang goreng, cili jeruk dan telur masin.

Nasi Ayam


Untuk rebus

1 ekor ayam dipotong ikut suka besarnya (x potong pun boleh)
2 ulas bawang putih
2sm halia yg diketuk
Untuk nasi

5cwn beras
3 sudu besar butter
1cm halia- ditumbuk
4 ulas bawang putih -ditumbuk
air rebusan ayam tadi secukupnya
sedikit garam.
Bahan sos

5biji cili merah
5 ulas bawang putih
2cm halia
1 sudu teh cuka
garam
gula
1/2 cawan air
Untuk sup

lebihan air rebusan ayam
1 biji bawang besar kisar
rempah sup
garam
daun sup yg dihiris
Cara-cara

Untuk beras: Basuh beras dan toskan. Panaskan butter, tumis halia dan bawang putih hingga garing. masukkan beras, terbit bau, masukkan air rebusan ayam secukupnya dan garam. Masak seperti biasa.
Untuk sos: Blendkan semua bahan diatas. boleh ditambah tomato sos/sos cili jika suka. Boleh juga dimasak sebentar (jika suka)
Untuk sup: Air rebusan ayam didihkan bersama bawang besar, rempah sup, garam dan daun sup tadi.
Untuk ayam pulak, buat ayam bbq...

Bahan-bahan:

2.0kg ayam
1 biji bawang besar (kalau bawang tu bersaiz kecil, guna 2 biji)
5 ulas bawang putih
2 cm halia
2 sudu besar serbuk cili (guna cili boh)
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 batang serai
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil garam
1 cawan gula (letak sedikit)
* untuk bahan perap nie i tambah sedikit rempah n kicap manis....

Cara-cara:

Potong ayam mengikut kesukaan anda. Jika potongan tersebut besar-besar, kelar-kelar sedikit supaya ayam cepat masak. kemudian, bersih dan tos ayam tersebut.
Kisar semua bahan-bahan di atas sehingga hancur.
Masukkan bahan-bahan kisar tersebut ke dalam bekas dan campurkan dengan ayam.
Perap ayam tersebut 1 malam atau 2-3 malam di dalam peti ais.(lagi lama perap lagi sedap!)
Bakar ayam di atas bara api atau dapur gas sehingga masak.

Nasi Goreng Belacan


Bahan-bahan:
nasi untuk 3-4 orang makan
*10 tangkai cili merah
*3 biji bawang putih
*6 biji bawang merah
*2 inci belacan bakar
3 biji telur
2 sudu besar sos tomato
hirisan kobis
1 keping fish cake
garam
1 cawan ikan bilis goreng (terpulang nak gaul sekali dengan nasi atau makan bersama nasi)
Cara-cara:


Tumis bahan2 kisar*, hingga naik bau dan betul2 garing.
Masukkan sos tomato, kobis, fish cake dan gaul rata.
Tambahkan garam & serbuk perasa. Kacau hingga sebati.
Pecahkan telur, biarkan sekejap baru masukkan nasi dan gaul rata.
Bila bahan2 sudah menyerap matikan api.
Siap dihidang panas bersama ikan bilis goreng dan kacang goreng

Vanilla Cupcakes


Vanilla Cupcakes
Ingredients:
1 1/2 cups all-purpose flour
1 teaspoon baking powder
1/2 teaspoon salt
8 tablespoons (1 stick) unsalted butter, room temperature
1 cup sugar
3 large eggs
1 1/2 teaspoons pure vanilla extract
3/4 cup milk
Method:
Heat oven to 350 degrees. Line cupcake pan with liners; set aside.
In a medium bowl, sift together flour, baking powder, and salt. In the bowl of an electric mixer fitted with the paddle attachment, cream butter and sugar until light and fluffy. Add eggs one at a time, scrape down bowl, and beat in vanilla.
Add flour mixture and milk alternatively, beginning and ending with flour.
Divide batter evenly among liners, about three-quarters full each. Bake until golden and tops spring back to touch, about 20 minutes for regular cupcakes, and 8 to 10 minutes for miniature cupcakes, rotating pan once if needed. Transfer to wire rack; cool completely.

Pasta Au Gratin


Bahan-bahan:

100g Pasta @ Macaroni
Udang - kopek kulit
Scallop/Sotong/Sosej/Isi Ketam/tuna -
Cendawan butang - hiris2
Garam
Lada hitam/lada sulah
1 sudu besar butter
1/4 bawang besar - cincang

Bahan Untuk White Sauce:

1 cawan susu segar
1/4 cawan air - jika ingin lebih creamy gune susu segar shj
2 sudu makan butter
2 sudu besar tepung gandum
1/2 sk lada hitam
1/4 cawan keju pilihan @ 1-2keping slice cheese racik2

Untuk Topping:

Keju Mozarella parut

Cara-cara untuk white rsauce:

Panaskan periuk. Masukkan butter. Kecilkan api, masukkan tepung. Gaul.
Masukkan susu dan juga air, kacau hingga tepung tidak bergentel dan didihkan.
Masukkan cheese, sedikit garam dan juga lada hitam. Kacau sentiasa hingga sos agak pekat. (kalau pekat sangat tambahkan sedikit air/susu lagi). Matikan api.

Untuk membuat makaroni/pasta:

Rebus makaroni hingga empuk.Toskan dan gaul dengan olive oil. Ketepikan.
Panaskan butter, masukkan bawang besar dan tumis hingga naik bau. Masukkan udang dan lain2 isi pilihan.
Perasakan dengan garam dan juga lada hitam/lada sulah. Masukkan makaroni tadi. Gaul sekejap sahaja. Matikan api.
Masukkan macaroni ke dalam mangkuk tahan panas dan curahkan white sauce di atas.
Taburkan keju mozarella - klu tk nk tabur pon xpe (sbb white sauce td dh gunakan cheese).
Bakar suhu 180 selama 20-30min atau hingga kekuningan. Siap untuk dhidang.

Daging Masak Merah


Bahan2:



1/2 kilo daging dipotong nipis n direbus dengan pewarna merah sehingga lembut
1 biji bawang besar dimayang
1 biji cili capsicum hijau
1 cm halia
2 ulas bawang putih
2 sudu besar sos cili
2 s/b sos tomato
2 s/b sos tiram
garam
Cara2:



Tumiskan bawang besar, bawang putih n halia hingga kekuningan
Masukkan sos cili, sos tomato n sos tiram. Kalau terlalu kering, letak sedikit air
Masukkan garam dab daging rebus tadi dan masak hingga sebati
Masukkan cili capsicum hijau n boleh diangkat utk dihidangkan...

Mee Udang


Bahan-bahan:

1 bungkus mee hoon
6 ekor udang harimau saiz besar
2 sudu besar udang kering ( ditumbuk halus)
3 sudu besar cili kisar
2 biji bawang putih
1/4 biji bawang besar (saiz sederhana)
4 sudu besar minyak masak
1/2 paket bebola ikan
1 cawan santan pekat
1 cawan air

Bahan sampingan:
1/2 ikat kangkung di rebus
2 biji telur rebus
bawang goreng

Caranya:
Blender bawang besar dan bawang putih, kemudian panaskan minyak dan masukkan cili kisar dan bawang yang telar diblender tadi, pastikan cili betul-betul garing, kemudian cedok sedikit minyak cili tadi lebih kurang 2 sudu besar dan ketepikan. Teruskan menumis dan masukkan udang kering.
Sementara itu, buang kulit udang dan rebus kulit udang untuk dijadikan stok, setelah air stok udang mendidih masukkan isi udang dan rebus hingga udang masak, isi udang ditos dan ketepikan.
Setelah bahan tumis garing masukkan air stok udang dan santan, setelah mendidih baru masukkan air dan fish ball, sesuaikan rasa, masukkan garam. masak hingga agak pekat kuahnya, tapi jangan pekat sangat, agak-agak je.
Rebus spagetti seperti biasa, masa merebus ikut arahan pada paket, pastikan air betul-betul mendidih dan masukkan 1/2 sudu garam dalam air rebusan. angkat dan toskan.
Celur kangkung dan rebus telur, setelah semua bahan sedia, cara penyediaan, letakkan spagetti dahulu di dalam bowl saiz biasa, kemudian curahkan kuah, atur udang, kangkung, telur rebus diatas pemukaan mee dan tabur sedikit bawang goreng sebagai hiasan, akhir sekali jangan dilupa baki minyak lada yang di cedok tadi, curahkan sedikit bagi menyerlahkan lagi warna kuah, sedia untuk dihidangkan, anda pasti menggemarinya.

Popia Basah


Bahan-bahan ( 12 keping ):

Bahan untuk inti** (boleh buat inti ikut suka atau cara tersendiri)
1/2 biji kobis - diricih halus
3 biji sederhana besar carrot - disagat halus
1 biji sederhana bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar sos tiram
1 sudu makan udang kering
garam secukupnya
minyak untuk menumis
Cara-cara utk inti:
Blend bawang besar+bawang putih+udang kering.
Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan blend tadi.
Kemudian masukkan sos tiram + garam.
Kemudian masukkan sayuran dan masak hingga layu.
Bahan untuk sambal:
15 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 sudu besar gula perang
2 sudu besar kicap manis
minyak untuk menumis
garam, perasa dan bawang goreng secukupnya
Cara-cara untuk sambal:
Blend cili kering+bawang besar +bawang putih.
Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan blend hingga garing.
Masukkan kicap dan gula perang + garam dan perasa.

Bahan untuk kulit:

2 cawan tepung gandum
1 biji putih telor
3/4 cawan air
2 sudu makan cuka
secubit garam

Cara-cara:
Campurkan kesemua bahan dalam mangkok adunan
Gaulkan (macam buat cokodok) kemudian tutup dan biarkan sebentar sekurang-kurangnya 1/2jam
Ambil sejemput dan lenserkan ke atas kuali leper
Buat dari arah jam, mulakan dari tepi dulu, kemudian sapukan bahagian tengah dengan sisa tepung yang masih ada di tangan
Setelah rata - bulat, biarkann sampai tepung masak sebentar
Angkat tepung yang telah masak dan letakkan dalam pinggan . Boleh disusun berlapis2 (tak lekat)
Ambil sekeping kulit popia dan sapukan dengan sedikit sambal 10.Letak satu sudu besar inti dan taburan bawang goreng
Lipat macam biasa dan gulung

Karipap


Bahan-bahan (untuk inti):
600gm potato - potong dadu
150gm carrot - potong dadu ( kalau tak gantikan dgn potato lagi)
500gm bawang besar- potong dadu
3/4 cwn daging - potong halus
3/4 cwn minyak
3 sb rempah kari
1 sb bawang putih kisar
2 sb gula
1 1/2 sb garam
1 asam keping
Cara-cara:
Dlm kuali, panaskan minyak, masukkan potato & carrot. masak sampai lembut. Dengan menggunakan senduk berlubang, tos minyak, angkat danketepikan.
Dengan kuali yg sama, dan minyak lebihan goreng potatato, masukkan bawang besar dan bawang putih. Tumis hingga wangi & lembut.
Masukkan rempah kari dan daun kari jika ada. Masukkan daging dan kacau sekejap.
Masukkan potato & carrot dan kacau lagi.
Masukkan gula & garam & asam keping.
Setelah cukup rase, tutup api dan sejukkan .


Bahan-bahan (untuk kulit):
4 cawan tepung
3/4 cawan minyak-panaskan
3/4 cawan air - atau lebih
1 sk garam
Cara-cara:
Masukkan minyak yg betul2 panas dalam tepung, kacau dgn garfu.
Bila sejuk, kacau dgn jari sampai berderai dan masukkan air.
Uli sampai rata sebati. Bulat kecil2 sesuai utk size 1 biji karipap. Bila dah siap. tutup dgn plastik agar tidak kering.
Menggunakan rolling pin, gelek tetapi jgn terlalu nipis.
Masukkan inti, kelim dan goreng dengan api perlahan.

Bingka Roti Berjagung


Bahan-bahannya:

3 biji telur gred A
150gm gula castor
100gm mentega, dicair dan sejukkan
1/2 camca teh garam
300gm roti putih, didadu kecil
200gm tepung gandum
1 liter santan (boleh campur susu segar)
1 camca teh esen vanilla
200gm jagung krim dalam tin
Cara:

Dalam satu bekas, satukan telur, esen vanilla dan gula, kacau hingga larut. Tambah mentega cair dan masukkan tepung dan garam, kacau rata. Tuang santan dan kacau hingga sebati.
Masukkan roti tadi dan biar terendam selama 15-20 minit. Masukkan jagung krim, kacau hingga rata dan tuang dalam acuan kuih bingka yang telah disapu mentega dan alas dasarnya dengan aluminium foil, sapu juga aluminium tadi dengan mentega.
Bakar dalam oven pada suhu 180C, selama 1 jam atau pun hingga masak. Biarkan kuih betul2 sejuk sebelum dikeluarkan dari tin dan dipotong.

Tiramisu


Bahan2:
2 x 250g mascarpone cheese/ cream cheese pun boleh
2 x 100g Fresh cream ( boleh dikurangkan jika mahu)
2 biji kuning telur
5 sudu besar gula (saya guna icing)
1 sudu kecil jus lemon
1 pack lady fingers/sponge fingers (Savoiardi)/biskut marie pun boleh
vanilla
Serbuk koko
1 cawan nescafe

Cara-cara:
Pukul kuning telur, vanilla dan gula hingga berkrim lebih kurang 10-15 min.
Kemudian double boil kan bahan tadi dan sejukkan.
Masukkan bahan tadi bersama marscapone cheese dan fresh cream dan kacau hingga rata.
Celupkan sponge fingers/lady fingers kedalam air kopi tetapi jgn terlalu lama, nnti serap air terlalu byk dan tiramisu akan jadi lembik. Saya selalu guna bekas yg besar untuk golekkan lady fingers kedalam air kopi.
Setelah di celup kedlm air kopi, aturkan lady fingers pada bekas sebagai lapisan pertama.
Lepas tu sapukan marscapone cheese keatas lapisan pertama. Ulangkan pada lapisan kedua.
Ayakkan serbuk koko diatasnya dan sejukkan didalam peti sejuk seelok2 nya semalaman.

Sago Gula Melaka


300gm sago
2 liter air
1/2 camca teh pewarna hijau
2 helai daun pandan
1 ketul gula melaka (*potong kecil)
1/2 cawan gula pasir*
1 1/4 cawan air*
1 helai daun pandan
1 cawan pati santan + 1/4 camca teh garam
* - dimasak hingga larut n pekat. Tapis dan sejukkan.




Cara...


Didih air, masukkan daun pandan n warna hijau, cuci sago dan masukkan dlm air didih n masak hingga sago jernih. Tutup api n biarkan 2-3 minit. Angkat, toskan dan cuci bwh air mengalir utk hilangkan kanji. Tos dan isi dlm acuan. Simpan dlm fridge 1 - 1 1/2 jam.
Keluarkan sago dari acuan, msk dlm mangkuk kecil, tuang sedikit air gula melaka dan santan....boleh hidang..

Mango Panna Cotta


Ingredients:

7gms gelatin (1 packet ) + 3 tbsp of water
2 1/2 cups full cream milk
1/4 cup sugar
1 tsp vanilla
1 ripe mango - cut into small cubes or puree
Method:
Mix gelatin adn water together and set it aside to bloom.
Put the milk and sugar in a saucepan, cook over low medium heat until bubbles form around the edges of the saucepan.
Remove from heat and add in the vanilla and stir in the gelatin. Stir until the gelatin dissolved.
Pour the mixture into six ramekins or cups. At this stage, you can add in some cut mango and refrigerate until set or you can serve it with some mango puree.

Sambal Ketam


Bahan-bahan:
1 1/2 kg ketam
2 biji bawang besar
5 biji bawang putih
1 mangkuk cili kering dikisar
1 helai daun kunyit
minyak
garam secukup rasa
Cara-cara:

Ketam digoreng lembab dan ditoskan
Tumiskan bawang putih dan merah yang telah ditumbuk (i tambah sedikit belacan)
Masukkan daun kunyit bila bawang tadi dah kuning/garing (tak letak...tak de)
Masukkan cili yang dah dikisar & masukkan garam (saya tambah sedikit sos cili n sos tomato n sedikit gula)
Bila dah garing masukkan ketam yg digoreng tadi (saya tambah sebiji telur yg telah dipukul sedikit).

Daging Goreng Ketumbar


Rebus daging
Blend bawang putih, halia, ketumbar, kunyit n garam n masukkan dalam rebusan.
Bila daging dah lembut, potong kecil2
Kemudian rebus lagi hingga air kering
Bila dah kering, masukkan minyak masak (jgn terlalu bnyk or sikit...secukup utk tumis daging tadi)
Tumis daging hingga kering. Kemudian masukkan hirisan bawang besar n hirisan lada hijau

Sup Tauhu & Cendawan


Bahan-bahan:
2 tube tauhu jepun, potong 8 setiap tube
250 g cendawan telinga tikus, jenis segar, dipotong kecil
100 g fucuk, potong kecil dan rendam hingga lembut, toskan
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan tumbuk kasar
1 cekak soo hoon, potong dan rendam hingga lembut
1 biji bawang besar, dihiris halus
3 ulas bawang putih, diketuk
Garam secukup rasa
Secubit gula
Air secukupnya
Hirisan daun sup/daun bawang*
Bawang goreng*
Lada kicap*(*bahan sampingan)
Cara:

Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bawang besar, bawang putih dan udang kering tumbuk hingga harum. Masukkan air secukupnya (anggaran 1200 ml). Biar mendidih.
Masukkan tauhu kering (fucuk) dan cendawan tadi. Masak hingga fucuk lembut, masukkan soo hoon dan tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Kacau rata. Biar mendidih perlahan dan masukkan tauhu.
Masak 5 minit lagi dengan api kecil, rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan. Kalau nak pedas boleh tambah sedikit lada kicap

Sup Ekor


Rebus tulang/daging/ekor
Masukkan sup bunjut
Bila dah agak separuh lembut, masukkan tomato n biar hingga hancur. Tujuannya agar sup tu rasa masam2
Bile daging dah lembut, masukkan kentang dan carrot.
Kemudian masukkan rempah sup dan sedikit rempah kurma ikut pekat mana yg kite mahu.
Dalam kuali lain, tumis bawang merah, bawang putih dan halia dan masukkan dlm sup tadi.
Kalau kurang masam perah asam limau sedikit. (i tambah celery bagi membanyakkan sayur dlm sup)
Sup ekor nie cecah dgn sambal kicap n makan dengan nasi panas

Sambal Tauhu


Bahan-bahan:

2-3 keping tauhu - goreng dan potong dadu
1 senduk cili kisar
* 3 biji bwg merah
* 2 ulas bwg putih
* sejemput udang kering - bleh ganti ikan bilis
1 biji bwg besar - hiris
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
gula/madu
garam
Cara-cara:

Tumbuk@blend bhn bertanda *.
Panaskan minyak, tumis bhn tumbuk dan juga cili kisar hingga pecah minyak dan cili masak. Masukkan bawang besar.
Masukkan pula sos tomato, sos cili, dan juga kicap manis. Masukkan air sedikit. Kacau.
Masukkan tauhu, gula@madu dan juga garam secukup rasa. Gaul sebati. Matikan api.
Angkat dan hidangkan dengan menaburkan daun bawang.

Asam Pedas Ayam Dgn Kerisik


Bahan-bahan:

6-7 kepingan ayam, cuci bersih dan toskan
1/2 cawan jus asam jawa
1 cawan cili kisar (boleh kurangkan sikit)
2 batang serai, dititik
1 kuntum bunga kantan, belah 2
1 genggam daun kesom
1 camca besar kerisik
4 biji bawang merah, hiris
1 ulas bawang putih, hiris
3 kelopak sawi jeruk, hiris dan rendam
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

Bahan Tumbuk Halus:
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
3/4 camca besar ketumbar
1/2 camca teh jintan kasar
1/2 camca teh jintan halus
1 camca teh lada hitam
1/2 inci kunyit hidup
2 biji buah keras
Cara :

Panaskan minyak dalam periuk, tumis serai, bawang merah dan bawang putih hingga harum, masukkan bahan tumbuk halus dan masak sekejap, tambah cili kisar dan masak hingga terbit minyak, gunakan api sederhana, kacau selalu.
Masukkan ayam dan daun kesom, gaul rata dan masak hingga ayam kecut. Tuang air secukupnya dan masukkan sawi jeruk (tos dan perah), kacau dan biar mendidih. Tambah jus asam jawa, bunga kantan, kerisik, garam secukup rasa dan sedikit gula.
Biar mendididh 4 - 5 minit lagi hingga ayam masak. Rasa dan jika ok boleh matikan api.

Sambal Tempe


Bahan-bahan:
1 peket tempe- dihiris
segenggam ikan bilis goreng
segenggam kacang tanah goreng
4-5 sudu besar cili kering
1/2 biji bawang besar - blend
2 ulas bwg putih - blend
seinci belacan
1 sudu kecil air asam jawa
garam
gula melaka
Cara-cara:

Tempe dipotong nipis2. Panaskan minyak dan goreng hingga garing dan ketepikan.
Tumis chili giling/chili kering, bwg dan belacan hingga betul masak.
Masukkan air asam jawa. Kacau sebentar. Kemudian perasakan dengan garam n masukkan gula melaka. Kacau sampai hampir kering.
Kemudian masukkan tempe, kacang tanah n ikan bilis goreng. Kacau rata. Goreng sampai kering tp jangan sampai hangus n boleh angkat.

Sotong Oriental


Bahan-bahan:
500gm sotong - bersihkan & potong, celur sedikit & toskan
1 tangkai daun kari
5 ulas bawang merah - dihiris
3 ulas bawang putih - dicincang
1 biji cili hijau - dihiris
garam & gula - secukup rasa
Bahan-bahan pes:
2 s/b pes tomyam
2 s/k rempah kari ikan
1 1/2 s/b sos tiram
2 s/k sos ikan
6 s/b air panas
Cara-cara:
Panaskan minyak dan masukkan bawang merah, bawang putih dan tumis hingga kekuningan.
Campurkan bahan-bahan pes tadi dan gaul rata & biar lebih kurang 3 minit.
Masukkan sotong dan cili hijau dan kacau rata.
Masukkan garam (jika perlu), gula dan masak selama 5 minit.
Matikan api dan sedia untuk dihidangkan.

Strawberry Crumble


Crumble

2 biji epal dikupas kulit n dihiris - tukar pd strawberry
120gms self raising flour
30gms brown sugar
30gms sugar
60gms butter

Cara:
Satukan gula n tepung...masukkan butter...gaul n ramas guna tangan agar berketul2 kasar...jgn over mixed. (I ubah sikit... ambil 1/4 adunan...masuk dlm bekas, ditekan2 agar padat n simpan dlm fridge for abt 15mins...then keluarkan, susun strawberry n tabur adunan lebihan tadi).
Then bakar pd suhu 175 deg cel for 30mins or till golden brown.

Custard

1 sudu besar tepung custard - bancuh dgn 1/4 cwn susu segar
2 sudu besar gula
200ml susu segar
Cara:

Renehkan susu atas api yg kecil, then masuk gula n kacau rata.
Alih periuk dr api n tuang bancuhan custard...kacau sebati...masak semula hingga pekat n menggelegak...tutup api
Utk hidang... curah custard atas strawberry crumble.

Kuih Lopes


Bahan-bahan

3 cawan beras pulut
3 cawan santan
pewarna hijau
kelapa parut/kelapa kering 1 cawan (secukupnya)
garam
1 biji gula Melaka/ 5 sudu besar gula perang (brown sugar)
11/2 cawan air
*** daun pandan jika ada boleh gantikan pewarna hijau dan masukkan ke dlm air gula

Cara-cara


Rendam beras pulut dengan sedikit pewarna hijau selama lebih kurang 1/2 jam atau pulut bertukar warna. Toskan pulut tadi n masukkan santan dan secubit garam

Kemudian masukkan dlm microwave sekurang2nya 15mins (ikut jenis microwave) dan kacau setiap 5 mins untuk pastikan beras dan pulut sebati dan masak

Sediankan cling film/plastik dan oleskan sedikit margerin dan letakkan 1/3 bahagian pulut ke atasnya

Gulung pulut tadi dengan padat dan rapi. Sejukkan pulut sebelum dipotong

Setelah sejuk potong lopes ikut ketebalan yang disukai dan gaul dengan kelapa parut yang diletakkan sedikit garam

Untuk air gulanya : - masak gula bersama air dan tapiskan sebelum dituang ke atas lopes

Monday 8 August 2011

Mee Bandung


Bahan-bahan:
500g udang kering segar
cili untuk menumis
gula pasir
bawang merah 10 biji untuk menumis dan 10 biji lagi untuk buat pes
bawang putih 3 biji untuk menumis dan 3 biji lagi untuk pes
mee kuning 1 peket
sotong basah
telur ayam 4 biji atau ikut bilangan orang yang hendak makan
Sayur sawi 2 ikat
tauhu goreng 5 keping
garam
air untuk kuah
5 biji tomato segar
minyak untuk menumis
daging (optional)
Bawang goreng

Cara-cara:
Blend udang kering, bawang merah, bawang putih dan cili.
Potong kecil sotong basah dan daging lembu.
Hiris tauhu goreng nipis-nipis
Cuci mee kuning dan toskan
Potong sayur sawi dan tomato.
Untuk memasak perencah:
Tumis bahan blend tadi menggunakan minyak yang banyak (kerana udang kering akan meresap minyak).
Bila sudah separuh masak masukkan air dan kacau sehingga masak.
Kemudian masukkan gula dan garam. Cuba rasanya samada perlu ditambah gula atau garam lagi. Jika semuanya sudah ok bolehlah dikeluarkan dari kuali tadi.
Untuk memasak mee bandung: Panaskan kuali dan masukkan minyak ,tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga garing dan masukkan air ikut berapa ramai yang hendak makan.
Bila air dalam kuali sudah mendidih bolehlah dimasukkan perencah udang tadi.(jika anda mahu kuah pekat masukkan perencah lebih).
Kacau kuah supaya tidak berkerak dan masukkan sotong basah ,daging dan telur satu persatu. Pastikan telur masak kemudian angkat untuk asingkannya supaya tidak hancur.
Bila bahan yang dimasukkan tadi sudah masak bolehlah masukkan mee tadi. Kacau sehingga mee masak dan masukkan sawi. Kemudian tauhu goreng, garam, bawang goreng dan rasa secukup rasa.
Tomato dan telur anda boleh hidangkan semasa hendak makan.

New York Cheesecake


Bahan-bahan (base):
3 cawan biscuit digestive
3/4 cawan butter (cairkan)
3 sudu gula
Cara:
Gaul semua bahan di atas dan lenyekkan atas loyang pembakar yg dah digris dan dilapik dgn baking paper.
Bakar dalam oven selama 10 minit dan biarkan sejuk.
Bahan-bahan:
2 x 250gm cream cheese
1/2 cawan gula halus
1 cawan sour cream
3 1/2 sudu tepung gandum
2 biji telur
Cara:
Campurkan cream cheese dengan sour cream dan kacau hingga sebati.
Masukkan gula dan tepung dan kacau hingga rata.
Masukkan telur sebiji dan kacau dan masukkan sebiji lagi hingga habis dan kacau rata.
Bila lapisan base telah sejuk, tuangkan adunan cream cheese tadi ke atasnya dan hentak2kan loyang untuk membuang angin.
Bakar di dalam oven pada suhu 180C selama 45 minit dengan api bawah. (walaupun pun dah masak, bhg tengah cake akan kelihatan lembap lagi...jangan terus bakar coz cake dah masak sebenarnya).
Sejukkan dlm fridge sekurang2nya 4 jam.

Gulai ikan tongkol


Bahan-bahan:

4 keping ikan tongkol
1 1/2 cawan santan pekat
4 tangkai cili kering
1 biji timun - potong ikut selera masing2
6 biji cili api
1 inci lengkuas
1 keping asam gelugur
7 ulas bawang merah
5 biji telur rebus
1 inci kunyit hidup (i letak kunyit serbuk)
1/2 paket kecil serbuk kari ikan
minyak untuk menumis

Cara-cara:
Blend cili kering, kunyit, lengkuas dan bawang merah hingga sebati.
Campurkan 1/2 paket rempah kari ikan.
Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang dikisar hingga naik bau.
Masukkan 2 cawan air dan bila mendidih, masukkan santan pekat.
Kemudian masukkan ikan dan timun serta garam, gula dan asam keping.
Biarkan mendidih hingga ikan masak. Kemudian taburkan cili api.
Masukkan telur rebus dan masak sekejap. Kemudian padamkan api.

Nasi Dagang


Nasi Dagang
Bahan-bahan:

2 pot (saiz 160ml) beras pulut
4 pot beras biasa
3 ulas bawang merah - hiris nipis
1 sudu makan halba
2 inci halia - dimayang halus
garam - secukup rasa
1 mangkuk pati santan campur air untuk jadikan 4 mangkuk
Cara-cara:
Satukan beras pulut dan beras biasa dalam satu bekas. Cuci bersih dan rendam selama 2 jam. Toskan airnya.
Satukan semua bahan-bahan di atas dalam rice cooker dan masak seperti biasa.

Nasi Tomato


Bahan-bahannya:
5 cawan beras basmathi (cuci dan rendam 20 minit dan toskan)
1/2 cawan susu cair
4 biji tomato, dicincang halus
1/2 cawan tomato puree
2 camca besar mentega - letak minyak sapi
5 camca besar minyak masak
1 helai daun pandan - disimpul
3 ulas bawang putih - dihiris
5 ulas bawang merah - dihiris
1 inci halia - dihiris halus
3 biji buah pelaga *
3 kuntum bunga cengkih *
1 kuntum bunga lawang *
1 batang kayu manis * (*rempah tumis)
Air - ikut sukatan beras
Garam - secukup rasa
Bahan hiasan:
Kacang pis
Daun sup/daun bawang
Bawang goreng

Cara-cara:
Dalam periuk, panaskan minyak dan masukkan mentega. Bila mentega cair, tumiskan rempah tumis, bawang putih, bawang merah, halia dan daun pandan. Tumis hingga wangi.
Masukkan tomato cincang dan tomato sos, kacau dan biar masak. Tuang susu dan air dan masak hingga mendidih dan matikan api.
Masukkan beras dalam rice cooker dan tuang no.2 dalam rice cooker tadi dan tambahkan garam dan gaul beras hingga rata dengan semua rempah2 tadi.
Masak seperti biasa dan balik2kan nasi agar betul2 masak.
Hias dengan hirisan daun sup/bawang, kacang pis dan bawang goreng sebelum dihidangkan.

Laksa Sarawak


Bahan-bahan:

150gm pes laksa Sarawak - guna brand Liza's
1 pekat bihun - dicuci n celur
200gm udang basah
200gm santan
2 keping tauhu - digoreng dan dihiris
100gm tauge - dicelur
3 ketul dada ayam - direbus dan dicarik halus
1 1/2 liter air
2 sudu besar cili kisar
2 batang serai - diketuk
sedikit daun ketumbar/daun sup - diracik
1 helai daun limau purut
4 biji limau kasturi - dibelah dua
garam dan gula - secukup rasa
2 biji telur - digoreng dan dihiris halus
Untuk Sambal:
5 sudu besar cili kisar
1 sudu besar udang kering
1/2 inci belacan
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
sedikit garam, gula dan asam jawa

Cara-cara:
Panaskan air hingga mendidih. Masukkan udang (dengan kulit dan kepalanya) dan rebus hingga masak. Kemudian keluarkan udang dan tapiskan air rebusan dan masak semula.
Masukkan pula pes laksa, cili kisar serta serai ke dalam air rebusan udang tadi. Kacau dan tunggu sampai mendidih. Guna api perlahan.
Masukkan santan, daun limau purut, garam dan gula secukup rasa.
Untuk sambal : Bawang merah, bawang putih, belacan dan udang kering dikisar halus. Tumiskan cili kisar hingga pecah minyak. Kemudian, masukkan pula bahan-bahan kisar tadi dan kacau lagi. Masukkan air asam jawa dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Cara menghidang : Masukkan bihun, tauge, ayam, udang dan bahan lain dalam mangkuk. Tuangkan kuah, sambal dan hiaskan dengan daun ketumbar/daun sup dan perahkan limau.

Acar Timun & Carrot




Bahan-bahan:

Sebiji Timun - hiris
Setengah biji Carrot - hiris
1 labu Bawang besar - hiris
5 sudu besar Cuka
4 sudu besar Gula
Sebiji Cili merah - hiris

Cara-cara:
1. Gaulkan bawang, cili dan gula, kacau hingga gula larut.
2. Masukkan timun dan carrot. Gaul rata, sedia dihidang.

Nasi Hujan Panas


Bahan-bahan:
4 cawan beras basmathi
5 cawan air
2 kiub ayam
2 helai daun pandan
pewarna merah, kuning & hijau

Bahan Tumis:
1/2 inci halia
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar minyak sapi
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
Bahan Hias:
Bawang goreng
Kismis

Cara-cara:
Cuci beras dan rendam selama 10 minit dan toskan.
Hirirs halia dan mayang semua bawang.
Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan tumis hingga bau wangi.
Masukkan beras dan gaul rata.
asukka air, kiub ayam dan daun pandan.
Masaklah nasi hingga masak.
Bila nasi kering, letakkan 1-2 titik untuk setiap pewarna kuning, merah dan hijau di tempat berasingan. Bila dah masak, gembur kan nasi.
Hias dengan bawang goreng, gajus atau kismis jika suka.

Daging Masak Hitam


Bahan-bahan:
1 kati daging - dihiris dan direbus dengan kicap (air rebusan jangan dibuang)
1/2 cawan kicap manis (kicap kipas udang)
3 sudu besar cili kering kisar (kalau nak pedas lagi, boleh tambah)
Bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga
Asam keping
3 sudu besar jintan manis*
3 sudu besar jintan putih*
3 ulas bawang putih*
4 ulas bawang merah*
halia* (* dikisar - sebhgan digaul dengan daging dan lebihan untuk tumis)
Cara-cara:
Daging direbus dengan kicap. Air rebusan jangan terlalu banyak sebab daging keluarkan air (i masukkan daun kari sikit nak bagi rase kari).
Bila daging dah empuk, toskan dan gaulkan dengan sedikit bahan kisar dan goreng sikit.
Ketepikan daging tadi dan tumis pula bahan kisar lebihan tadi.
Masukkan cili kering kisar dan kacau sebati.
Masukkan pula air rebusan tadi dan juga daging dan gaul rata.
Masukkan asam keping, bunga lawang, kulit kau manis dan buah pelaga.
Masukkan kicap jika nak nampak lebih hitam lagi.
Biarkan mendidih sekejap dan kuah agak pekat.
Bolehlah diangkat dan dihidang dengan nasi putih atau nasi minyak.