TQ Sudi Follow Saya

Saturday 31 March 2012

Tips Membuat Muffin



- muffin yg cantik biasanya mempunyai kerak yg nipis di bahagian atasnya, sedikit garing dan permukaannya kelihatan berkilat dan berpasir. Manakala di bahagian dalamnya agak lembab.

- adunan muffin tidak seharusnya terlalu cair.

- basic membuat muffin adalah dgn mencampurkan bahan-bahan kering dalam satu bekas dan bahan2 basah dalam satu bekas yg lain. Kemudian kedua bahan2 kering dan basah ini disatukan dan dikacau rata.

- Cantik merekahnya muffin biasanya bergantung kpd agen penaik atau serbuk penaik yg mana kuantitinya mungkin lbh dari 1 sudu kecil utk satu cawan tepung.

- Sebelum menyediakan bahan2 muffin, pastikan oven dipanaskan terlebih dahulu sb penyediaan adunan muffin tidaklah mengambil masa yg begitu lama dan perlu terus dibakar sebaik shj diadun.




- Adunan muffin yg sudah siap diadun tidak boleh dibiarkan terlalu lama sb agen
penaiknya mungkin akan kehilangan kuasanya. Maka, muffin mungkin tidak akan naik cantik atau merekah.

- Jika menggunakan paper cup atau casing yg lembut, sila guna loyang/tin muffin untuk support melainkan jika menggunakan paper cup yg keras dan boleh berdiri sendiri, tidak perlulah menggunakan loyang/tin muffin (tp kalau terasa nk guna jugak, tak ada salahnya kan...hehe)

- jika nak safe, belilah muffin mix yang mmg dah sedia ada dijual mana-mana kedai perkakas kek atau di pasaraya. Cantik elok je kejadian muffin.








Resepi Eggless Choc Chips Muffin



Selamat petang dan Salam untuk semua. Saya nak share muffin yg first time saya buat tak perlu letak telur. Rasanya tetap lembut dan sedap. Muffin ni tak terlalu manis dan tak muak memakannya. Anak-anak anda mesti suka dgn rasa coklatnya yg menyelerakan hehehe. Selamat mencuba.




Bahan-bahan:

Bhn A:

1 1/2 cwn tepung gandum biasa
1/2 cwn serbuk koko
2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat

Bhn B:

1 cwn gula halus
1 cwn susu segar atau susu cair
1/4 cwn air yg dibancuh dgn nescafe
1/2 cwn minyak atau mentega cair
1 sudu kecil esen vanilla
secubit garam

Bhn C:

2 sudu besar plain yogurt
1 cawan choc chips
Sedikit badam hiris
papercup secukupnya

Cara-cara:

1. Ayakkan semua Bhn A dan masukkan ke dalam bekas besar. Ketepikan.
2. Dalam bekas yg lain, pukul Bhn B sehingga sebati. Masukkan Bhn A dan kacau rata.
3. Masukkan yogurt dan separuh drpda choc chips tadi. Gaul sampai rata. Tak perlu kacau terlalu lama nanti muffin jadi keras.
4. Masukkan adunan separuh papercup dan taburkan lebihan choc chips dan badam hiris.
5. Bakar selama 30 minit suhu 180C ataupun bergantung kepada oven masing-masing.




Nampak sedap dan menyelerakan betul tak? Muffin ni sesuai sgt utk minum petang bersama family tersayang atau pun bekal anak-anak ke sekolah. Jgn lupa cuba ya, mmg berbaloi.



Resepi Trifle Simple






Bahan-bahan:

1 liter susu segar

Sebiji kek swissroll

1 tin buah-buahan campuran

5 susu besar gula

5 sudu besar tepung jagung

1 sudu kecil esen vanilla

Sekotak jeli segera brand Nona perisa Rasberry




Cara-cara:

1. Hiris kek nipis dan susun dlm bekas atau gelas.

2. Taburkan buah campuran dan letak sedikit jus buah diatas.

3. Ketepikan.

4. Dalam periuk, masukkan susu, tepung jagung, gula dan esen. Kacau rata dan masak atas api sederhana dan kacau sentiasa supaya adunan tak bergentel. Tunggu sehingga adunan agak pekat. Kacau dalam masa 5-7 minit.

5. Tutup api dan letakkan adunan susu tadi di atas lapisan buah dan kek tadi.

6. Sementara menunggu lapisan susu sejuk sedikit, masukkan 400ml air sederhana panas kedalam bekas dan campurkan dengan jeli segera tadi. Kacau rata.

7. Bila jeli dah sejuk suam tuangkan perlahan-lahan ke atas adunan tadi supaya lapisan susu tidak pecah dan jeli kelihatan cantik. Sejukkan dan bolehlah dihidang.


My youngest daughter is so eager to eat the triffle but is asked to pose first heehheehe.