TQ Sudi Follow Saya

Friday 20 January 2012

Choc Chps Cheesecake


Ingredients:

1 1/4 cups chocolate wafer cookie crumbs
1/3 cup melted butter or margarine
24 ounces cream cheese, softened
3/4 cup sugar
2 eggs
2 teaspoons vanilla extract
1 1/3 cups miniature semisweet chocolate chips, divided
1/2 cup whipping cream
Preparation:

Combine chocolate cookie crumbs and butter, stirring well. Firmly press mixture evenly over the bottom of a 9-inch springform pan. Bake at 350° for 5 minutes.
Beat cream cheese at high speed of an electric hand-held mixer until light and fluffy; gradually add sugar, beating well. Add eggs, one at a time, beating after each addition. Stir in vanilla and 2/3 cup chocolate chips. Pour mixture into crust. Bake at 350° for 40 minutes; turn oven off and leave oven door ajar.

Leave cheesecake in the oven for 30 minutes. Remove from oven and let cool a on a wire rack. Cover cheesecake, refrigerate, and chill 8 hours.

Melt remaining 2/3 cup chocolate chips in top of double boiler; gradually stir in whipping cream. Stir over low heat until thickened and smooth. Remove from heat and spread over cheesecake. Chill thoroughly.

Monday 16 January 2012

Rainbow Cake 2

Salam, semalam anak-anak request mama buatkan kek pelangi lagi, kononnya utk birthday sara tahun ni hehehe, padahal birthday Qaisara bulan jun nanti.



tak sabar nak makan kek




Lepas kek masak, kita sapu buttercream layer by layer, dengan penuh kesabaran yer hehehe


tadaa, dah siap



cantik kan kek ni, kalau nak sedap boleh tukar frosting creamcheese lagi mengancam

Saturday 14 January 2012

Resepi Vanilla Cupcakes & Chocolate Frosting


cupcakes memang senang utk dibuat dan tak remeh kerana kita tak perlu deko skill yg hebat. kanak-kanak pun sukakannya.


Bahan-bahan untuk cupcakes:

1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 1/4 cawan tepung gandum
250 gm butter
1 1/2 cawan gula halus
4 telur
1 cawan susu
1 sudu besar esen vanilla

choc frosting:
250 gm butter
1 1/2 cawan choc chips
1 sudu kecil esen vanilla
2 cawan gula icing

1. Gaulkan 2 jenis tepung tadi dan ketepikan.
2. Pukul butter sampai putih dan masukkan gula dan pukul hingga kembang. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi.
4. Masukkan tepung berselang-seli dgn susu dan kacau rata.Masukkan dalam acuan kertas 3/4 penuh dan bakar selama 20-30 minit.

Choc frosting:
1. Cairkan coklat chips secara double-boiled. Sejukkan pd suhu bilik.
2. Pukul butter hingga kembang dan masukkan coklat tadi. pukul lagi.
3. Masukkan esen dan gula icing. Pukul lagi hingga kembang.
4. Paipkan keatas cupcakes tadi dan hias lah dgn buah kegemaran anda.


Senangkan caranyer? kalau nak buat party atau majlis kesyukuran, cupcAKES ni blh letak dlm small boxes utk cenderahati tetamu. Selamat Mencuba.

Dark Choc Fudge Brownies

Sekiranyer anda SEORANG yang suka sangat-sangat dan tidak dapt dipisahkan dengan yang bernama COKLAT, ni lah resepi yang sangat-sangat sesuai utk anda. Kanak-kanak yng sedang membesar pun mmg lah takkan menolak punya kalau mama diaorang buat brownies yang gooeeyy, cholateyy mcm nie hehehe. senang je nak buat, cubalah.


250gm butter
2 1/4 cwn gula
4 telur
1 1/4 cwn serbuk koko
1 sdk garam
1 sdk baking powder
1 sdk vanilla
1 1/2 cwn tepung
2 cwn choc chips

1. Lapikkan loyang empat segi bersaiz 9x13 inci dgn aluminium foil lebihkan pada bahagian tepi supaya senang nak keluarkan brownies lps dah masak.

2. Cairkan butter dan gula dlm kuali nonstick dgn api sederhana dan kacau selalu hingga gula hancur.Ketepikan.

3. Dalam mangkuk besar, pukul telur,serbuk koko, garam, baking powder dan esen dgn menggunakan mixer hingga rata.Masukkan adunan butter tadi dan kacau lagi. Masukkan pula tepung dan gaul guna spatula dan masukkan 1 cawan choc chips. Kacau rata.

4. Masukkan adunan kedalam loyang dan bakar selama 30-35 minit. Keluarkan dan taburkan baki 1 cawan choc chips keatas brownies yg telah siap dibakar. Sejukkan dan potong. Sedia utk minum petang.

p/s: kena sorokkan dulu, takut tak sempat sampai masa minum petang brownies dah hilang :))

Red Velvet Cupcakes Suka-suka

Red Velvet Cake atau pun Cupcakes, dalam apa pun bentuknyer mmg ttp menawan, warnanyer yg merah mengancam dan rasanyer yg lembut dan lemak mmg bisa buat diet kita hancur berkecai hehehehe.
Ni gambar cupcakes yang saya buat minggu lepas, tapi baru dapat upload hari ni, maklumlah sekolah kan dah start so byk jgklah kerja kat sekolah, busy la kononnye hehehe. Ni pun berebut anak-anak nak mkn dan bwk ke sekolah, so mama tak dapat la bwk ke sekolah mama , ada la balance 3 biji dpatlah kawan mama rasa skit.


RVC ni saya deco guna cooking choc, creamcheese icing n ceri boleh beli dari kedai baking.Anda boleh hias macam-macam cara ikut creativtiy masing-masing.


cupcakes ni senang kalau nak dijadikan bekal utk bwk ke sekolah ke, utk party ke atau nak picnic ke mana-mana takpayah nak potong-potong jadik tak la kotor tangan nak makan nanti.


Red Velvet Cupcakes memang kek yang anak-anak dan husband suka makan. kalau buat mesti habis punya, tak pernah buang. kalau bawa ke sekolah, kawan-kawan saya la yg selalu makan seronok tengok diaorang makan, rasa tu yang buat saya teruja nak buat kek selalu hehehe. nak resepi dia carilah ada dlm blog ni.

Friday 13 January 2012

Rainbow Cake

Salam, ni kek yg dah lama saya nak buat tapi asyik tertangguh saje sebab takut tak jadi. tapi lepas balik dari sekolah semamlam, terus je nekad nak cuba. berdebar jgk takut layer die tak jadi tp lega la jgk sebab berbaloi tunggu lama bakar selapis selapis. sukat dulu adunan supaya sama banyak baru campurkan warna berbeza. Selamat mencuba.


3 cwn tepung serbaguna ( tepung gandum je )
4 sdk baking powder
1/2 sdk garam
1 cwn butter - suhu bilik
2 cwn gula castor ( kurang kan skit sbb manis kek ni )
5 biji putih telor - suhu bilik
2 sdk esen vanila
1 1/2 cawan susu segar - suhu bilik
pewarna - oren, merah, kuning, biru, ungu n hijau

Topping Buttercream
80 gm butter
250 gm krimwell
1/2 cwn gula icing
1/4 cwb golden syrup

Topping Whipped Cream
2 cwn whipping cream
1/2 cwn gula icing
1 sd k vanilla


CARA CARA

1.Ayakkan tepung, baking pwder n garam - letak tepi jap.
2.Pukul butter n gula sampai kembang n gebu2 .
3.Masukkan telur putih , pukul lagi sampai sebati n gebu .
4.Masukkan esen vanila
5.Pastu masukkan tepung berselang seli dengan susu segar
6.Dah siap putar sebati .. bahagikan sama rata adunan tu dlm 6 mangkuk dan setiap mangkuk letak pewarne yang berlainan.
7.Pastu bakar satu2 gune loyang 6 inci ..jangan gune loyang besar nanti kek jadik nipis..bakar pade suhu 170c/ 180 c dlm 10 @ 15 minit..bakar sampai habis 6 loyang tu pastu sejukkan atas rak dawai..dah siap keknya..
8.Boleh la hias guna topping pilihan anda.Sapukan cream pada setiap lapisan kek dan luar kek.

Topping Buttercream - pukul butter dan krimwell sampai kembang dan masukkan gula icing dan golden syrup. kacau rata

Topping whipped cream - pukul semua bhn sampai kembang

Tuesday 10 January 2012

Red Velvet Marble Cheese Brownies


Bahan-bahan (loyang 4 segi 7x7 inci)

125g + 1 sudu besar tepung serba guna (all purpose flour) @ tepung kek/tepung halus
1/2 sudu kecil garam
60g mentega - suhu bilik
110g gula halus
1 biji telur saiz A - suhu bilik
1/2 sudu kecil essen vanilla
120ml susu segar - suhu bilik
1/2 sudu besar jus lemon @ 1 sudu besar sunquick oren
1/2 sudu kecil pewarna merah
kurang sikit dari 1/2 sudu kecil coklat emulco
1/2 sudu kecil cuka
1/2 sudu kecil baking powder
Lapisan Cheese

200g cream cheese - suhu bilik
1 biji telur saiz B@A - suhu bilik
60g gula galus
1 sudu besar jus lemon
Cara

1. Panaskan oven suhu 170 C. Alas loyang dengan paper sheet. Biar kertas lebih dari loyang, senang nak keluarkan kek nati.

2. Satukan susu segar dan jus lemon, biarkan 5 minit.

3. Ayak tepung dan garam. Ketepikan.

4. Dalam magkuk, pukul mentega hingga berkrim, masukkan gula dan pukul lagi dalam 2-3 minit. Kemudian masukkan telur dan vanilla, pukul sebati.

5. Satukan susu segar, pewarna merah dan coklat emulco. Kacau sebati.

6. Masukkan tepung dan campuran susu segar tadi secara bergilir-gilir dengan didahulu tepung dan diakhiri dengan tepung juga dalam adunan mentega. Habiskan dalam 3x tuang.

7. Satukan cuka dan baking powder, biar sehingga keluar buih, kemudian masukkan dalam adunan kek dan kacau sekata. Simpan 2 sudu besar adunan untuk buat marble.

8. Tuang dalam loyang dan bakar selama 30 minit atau sehingga masak. Keluarkan dari oven dan boleh la sediakan lapisan cheesenya.

Lapisan Cheese

Cara

1. Putar cream cheese sehingga berkrim, kemudian masukkan gula dan putar lagi. Masukkan jus leman dan telur. Putar biar sekata.

2. Tuang atas kek dan ambik bancuhan yang disimpan tadi masukkan dalam plastik bag atau buat kelongsong guna paper sheet, pastu gunting sikit hujungnya biar ada lubang kecil, kemudian picit atas lapisan cheese buat garisan melintang, kemudian tarik turun guna lidi satay agar jadi lorek seakan berpetak-petak.

3. Bakar selama 30-35 minit dengan suhu 150 C atau bergantung pada oven masing-masing dengan kaedah steam bath (masukkan loyang kek dalam loyang yang berisi air panas mendidih ye, bkn suam2, macam nak bakar cheesekek, tujuannya agar kek tetap moist dan tidak kering). Sejukkan betul-betul sebelum dipotong. (seeloknya biarkan kek 4-5 jam dalam peti sebelum dipotong agar lapisan cheese betul-betul mengeras). Kemudian keluarkan dan biar seketika dengan suhu bilik sebelum dihidangkan. Selamat Mencuba...

Muffin Yogurt Choc Chips


1 cawan tepung
1/3 cawan gula
1/2 sk soda bikarbonat
3/4 sk baking powder
1/4 sk garam
1 biji telur
1/2 cawan yogurt natural low fat *boleh guna jenis apapun
1/3 cawan susu segar
1/2 sk vanilla essence
2 sb butter cair
*1/2 cawan coklat chip

caranya:
Satukan tepung, baking powder, soda dan garam. Ayakkan ke dalam mangkuk yang besar. Satukan gula.Ketepikan.
Sebatikan yogurt bersama telur sehingga licin dan sebati. Kemudian masukkan susu, butter cair dan vanilla. Gaul sebati dan masukkan ke dalam adunan tepung tadi.
Gaul sekadar tepung bersatu dan sendukkan terus ke dalam muffin tin.
Bakar pada suhu 180 C selama 25 minit.

Sunday 1 January 2012

Tips Membuat Cupcakes



* Every pan, liner, and oven are different so you should monitor your first batch of cupcakes closely. Check after 10 minutes of baking time to insure that your cupcakes are cooking evenly. You may need to turn the cupcakes halfway through baking time to guarantee even baking if your oven cooks faster towards the rear of the oven.


• Do not overfill your liners. Filling liners 1/2 to 2/3 full is plenty for regular size cupcakes. If you overfill, the batter will spill out on top of the pan, and you will have a sticky, gooey mess to clean up.


• Bake all of our cupcake recipes on the middle rack of your oven unless otherwise noted.





• It is a personal decision whether or not to use cupcake liners when you prepare cupcake recipes. If not using liners, you will need to butter and flour the individual sections of your cupcake pans. Store bought sprays that combine butter and flour work well for this purpose. Even if you use this type of spray, you still run the risk of having your beautiful cupcakes stick to the edges of the cooking pan.


• Cupcake liners are inexpensive and easy to use. They not only make cleanup easier, but they add to the decoration of your cupcakes. You may use paper or foil cupcake liners. The choice is yours.



Vanilla Cupcakes Lagi

Salam tahun baru 2012. sekarang ni saya tengah gila buat cupcakes hehehehehe tak tahu la kenapa cupcakes ni nampak cute sangat, anak2 pun suka makan. so jom cuba resepi ni


1/3 cawan mentega atau margerin, dilembutkan.

2/3 cawan gula
½ sudu teh baking powder.
½ sudu teh baking soda.
1 biji telur.
1 sudu teh vanilla.
1/3 cawan yoghurt tanpa perisa.
1/3 cawan susu segar.
1 1/3 cawan tepung gandum

CARA:
Panaskan oven 350°F (175°C).
Masukkan 12 keping alas cupcake dalam loyang

Di dalam mangkuk sederhana besar, pukul mentega dan gula hingga rata.
Masukkan baking powder dan baking soda ke dalam adunan dan pukul sehingga berwarna pucat (selama 1 minit)

Masukkan telur dan esen vanilla dan pukul sehingga kembang.

Campurkan vanilla yoghurt dan susu dalam mangkuk yang lain.

Dengan menggunakan mixer pada kelajuan yang rendah, pukul yoghurt dan susu bersama adunan mentega tadi. Adunan menjadi seakan dadih. Campurkan pula tepung sehingga adunan rata.

Masukkan ke dalam bekas cupcakes.

Masak 15-20 minit atau bila atas kek berwarna perang keemasan atau bila pencugkil gigi yang dicucuk pada tengah kek keluar dengan bersih.
Bahan-bahan ( utk kek dlm 20cm atau 30 pcs cupcakes )

1/2 cwn shortening
1/2 cwn butter
(kalau nak warna putih, guna 1 cwn shortening, tak perlu butter)

1 sudu kecil esen vanilla
4 cwn gula icing (ayak)
2 sudu besar susu segar atau air. (Kalau guna susu segar, kena pastikan kek disimpan dalam peti sejuk dan dimakan segera. Kalau nak tahan lama, guna air sahaja pun boleh)

Cara-cara
1. Pukul shortening hingga kembang. Masukkan butter dan pukul lagi sampai kembang. Masukkan esen vanilla dan pukul dengan kelajuan perlahan.

2. Masukkan gula icing sedikit demi sedikit sampai habis dan pukul lagi sampai gebu. Lepas tu masukkan susu segar atau air tadi. Pukul lagi sampai gebu dan putih.

3. Masukkan pewarna (guna pewarna serbuk) dalam bekas berasingan jika perlu.

Red Velvet Cupcakes Lagi



1 ¼ cawan tepung serba guna
2 sudu besar serbuk koko
½ sudu kecil Baking Powder
½ sudu kecil Baking Soda
¼ sudu kecil Garam
¼ cawan mentega (tanpa garam), lembut pada suhu bilik
¾ cawan gula
¾ cawan Buttermilk
1 telur
1 sudu kecil Vanilla Extract
Pewarna merah utk makanan

Untuk icing/frosting,
2 cawan gula icing
4 oz Cream Cheese, suhu bilik
2 sudu besar mentega tanpa garam, lembut pada suhu bilik
1 sudu besar susu segar
1 sudu teh Vanilla Extract

Cara-caranya
1)Panaskan oven ke 350 degrees. Masukkan cawan cupcake dalam acuan muffin.

2)Di dalam mangkuk kecil, campurkan kelima-lima bahan-bahan paling atas (tepung serba guna, serbuk koko, Baking Powder, Baking Soda, Garam) dan ketepikan.
Putar gula dan mentega di dalam mangkuk lain menggunakan mixer sehingga gebu. Masukkan telur dan vanilla dan campurkan sehingga sekata dan berkrim.

3) Dengan menggunakan mixer perlahan, masukkan separuh bahan kering dan separuh buttermilk, pastikan digaul rata. Lepas tu, masukkan bahan kering yg selebihnya dan buttermilk sehingga adunan rata, tapi jangan terlebih pukul. Guna spatula untuk memastikan adunan di bawah & tepi mangkuk dicampur rata. Masukkan pewarna merah mengikut citarasa anda.


4) Dengan menggunak scoop icecream, masukkan adunan dalam loyang dan bakar 18-22 minit atau apabila dicucuk dengan pencungkil gigi, ianya bersih. Biarkan sejuk.



5) Untuk membuat icing, masukkan semua bahan icing dalam mangkuk mixer dan pukul sehingga rata dan pekat. Hiaskan cupcake anda.