TQ Sudi Follow Saya

Sunday 27 November 2011

Chocolate Pavlova


Ingredients

To Assemble
4 large egg whites, room temperature
1/4 cup dark-brown sugar
3/4 cup superfine sugar
Pinch of salt
1/2 teaspoon pure vanilla extract
2 tablespoons Dutch-process unsweetened cocoa powder
Dark-Chocolate Cream
1 1/4 cups heavy cream, whipped to soft peaks
Milk-Chocolate Curls, for garnish
Directions

Make the meringue: Preheat oven to 300 degrees. Line a rimmed baking sheet with parchment. Draw an 8-inch circle on parchment, then flip. Mix whites, sugars, and salt in a mixer bowl set over a pan of simmering water. Whisk constantly until sugars dissolve and mixture is warm, about 3 minutes. Remove from heat, and whisk on medium-high speed until stiff peaks form, about 8 minutes. Beat in vanilla.
Sift cocoa powder over meringue, and fold until barely any streaks remain. Using an offset spatula or a large spoon, spread meringue into a round, using circle as a guide. (Be careful not to spread out too much; meringue will spread more during baking.) Form a well in center, being careful not to spread meringue too thin.
Bake meringue until dry to the touch, about 1 hour. Let cool on sheet on wire rack. Meringue will keep, covered, for up to 1 day.
To assemble pavlova: Spread dark-chocolate cream evenly in center of meringue, leaving a 1/2-inch border from edge. Spread whipped cream over chocolate cream. Garnish with chocolate curls, and serve immediately.

Maccaron


Bahan -bahan :

Peralatan :
Kertas silicon @baking paper.

Duit syiling 50sen

Cara membuatnya :
Lukiskan duit syiling 50sen keatas kertas. jarakkan setiap satu sebanyak 3cm.

Bahan A:
80g serbuk badam
140g gula aising
pewarna

Cara membuatnya :
Ayak gula aising dan serbuk badam.

Bahan B :
80g putih telur
65g gula castor

Cara membuatnya :
Pukul bahan B sehingga kembang dan bertanduk. * pastikan betul2 kembang dan bertanduk (kalau diterbalikkan x jatuh) tapi jangan terlebih pukul.
Masukkan bahan A sedikit demi sedikit.
Gaul secara kaup balik.
Gaul sehingga adunan sempurna
* Buat secara perlahan dan berhati-hati
Bahagikan kepada beberapa bahagian dan letakkan pewarna yang digemari.
Masukkan adunan dalam piping bag.
Picitkan adunan ke atas bentuk bulatan yang kita buat tadi.
Ambil toothpick dan picit mana-mana gelembung udara. * Untuk mengelakkan permukaan macaron berlubang.
*Rehatkan macaron sehingga benar2 kering. * Sentuh dengan jadi tidak melekat.Lebih kurang 1 jam
Masukkan kedalm oven dengan kepanasan rendah(saya guna 130 - 140 darjah). Bakar sehingga masak (lebih kurang 20-25 minit).
Keluarkan dan sejukkan.
Setelah sejuk buat apa2 filling untuk macaron. Cth : nutella.

Blueberry Muffin


BAHAN :
salted butter(softened)(125 gram)
Self-raising flour(125 gram)
2 biji telur
Almond oil
Cinnamon powder
Gula(90 gram)
Fresh/canned blueberries(1/2 mashed & 1/2 for topping)
Mascarpone cheese(topping)- optional

First, preheat oven to 180 degree. Sementara tu, masukkan butter + gula, pukul hingga gebu. Then, masukkan almond oil + telur satu persatu. Dalam bekas yg lain, masukkan self-raising flour + cinnamon powder & mix together. Kemudian masukkan adunan tepung ke dalam adunan butter sedikit demi sedikit dan masukkan mashed blueberry & mix well. Then, spoon the mixture into the cupcake case & bake in the preheated oven for 15 minutes. Bla da masak, biarkan sejuk sebentar & bolehlah hiaskan

Nestum Layared Prune Cake


A
¼ cup sifted self raising flour
1 cup caster sugar
1 cup NESTUM®
1 cup evaporated milk
8 egg yolks
4 egg whites
1 teaspoon essence vanilla
1 tablespoon ovallete
200g butter or margarine,
well beaten pitted prune


Make It
In mixing bowl, whisk ingredients A until white, then stir in beaten butter and mix well.
Heat griller and spoon 4 tablespoons mixture into 18”x28” lightly greased and lined rectangle pan. Spread evenly and arrange pitted prune then grill until lightly brown.
Then spoon again 4 tablespoons mixture and arrange prune on top and grill again until lightly brown.
Repeat process until mixture is used up and lastly bake in the oven with temperature 150°C for 15 minutes to dry up the side of the cake.
Cool cake in pan before remove it.

Cinnamon Rolls


Bahan:

Doh

100 ml air
200 ml susu segar
55 g mentega
48 g tepung superfine
1 biji telur
10 g gula
3 g garam
550 g tepung high protein
7 g yis segera
1 sudu kecil esen vanilla

Inti

55 g mentega
125 g gula perang
9 g serbuk kulit kayu manis (cinnamon)

Topping

112 g cream cheese - dibiar pada suhu bilik
55 g mentega
80 g gula icing
1 sudu besar jus lemon
1 sudu besar susu segar

Cara membuatnya:

Masukkan semua bahan doh, uli sehingga licin.

Perap selama 1 jam sehingga doh naik sekali ganda

Tumbuk dan canai menjadi segiempat berukuran 17x10 in. Sapu mentega atasnya kemudian tabur dgn campuran gula perang dan cinnamon. Kemudian gulung memanjang dan potong menjadi 16 ketul berukuran 1 in setiap satunya.

Susun dlm loyang dan biarkan naik sekali ganda atau selama 45 min. Sementara itu buat topping dgn mencampurkan semua nya dan kacau sebati.

Bakar roti pd suhu 170C selama 15-20 min. Apabila masak, dan ketika masih suam sapukan topping atasnya.Sedia utk dimakan.

Kerabu Sotong & Mangga


Bahan-bahan:

1 kg sotong
3 biji mangga muda sederhana besar
1 labu bawang besar
3 btg serai -ambil bahagian ubinya sahaja
1 tangkai daun ketumbar
2 tangkai cili merah
5 tangkai cili padi jika nak pedas
garam dan gula secukup rasa
1 sudu besar sos ikan -jika suka

Cara membuat:

Sotong dibuang kulit dan potong kecil. Cuci dan toskan.
Masukkan sotong ke dlm kuali, masak sekejap hingga keluar air sotong.
Bila masak angkat dan toskan.
Bahan2 lain dimayang halus.
Di dalam mangkuk besar, masukkan sotong dan bahan2 mayang kemudian gaul sekata.
Masukkan garam dan gula secukup rasa.

Kerabu Tauge & Pucuk Paku


Bahan-bahan
A
4 biji cili merah
5 biji cili padi
1 biji tomato
1 camca teh serbuk MAGGI Belacan
2 camca besar kerisek, jika mahu
1 camca teh MAGGI Cukup Rasa
2 camca teh
jus limau nipis
gula secukup rasa

B
300 g
pucuk paku, dicelur
300 g taugeh, dicelur
100 g udang, dibuang kulit & dicelur
5 bawang merah, dimayang halus
1 cm halia muda, diracik halus
Cara Memasak


Untuk sos, kisar halus bahan A di dalam pengisar.
Campur bahan B dan tambahkan sos; kacau rata.
Hidangkan segera.

Saturday 26 November 2011

Pandan Layered Cake


Bahan2 untuk membuat sponge cake pandan:

*125 gm tepung gandum
* 1 camca teh baking powder (*disatukan dan diayak)
160 gm gula pasir
5 biji telur gred A
75 gm minyak jagung
15 gm ovallete
1 sudu teh pes pandan
2 sudu besar susu segar/cair


bahan2 untuk membuat kastard pandan...

1050 ml santan
225 gm gula pasir
12 gm serbuk agar2
85 gm tepung hoen kwe (warna hijau)
75 ml jus pandan (kisar 4 helai daun pandan dengan 75ml air,kemudian tapis)
secubit garam

Cara nak buat kek:
1. Satukan semua bahan2 kecuali tepung ke dalam bowl mixer.


2. Pukul hingga kembang dan gebu

3. Bila dah betul2 kembang,
perlahankan speed mixer dan masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis.


4. Putar sehingga betul2 sebati.
(haha.. nie kes mixer kecik. amek.sampai menggunung2.haha)


5. Griskan loyang dengan marjerin dan alaskan permukaan bawah loyang dengan kertas minyak.. (nie wajib buat yer. kalau tak melekat kang)



6. Kemudian bakar dalam oven pada suhu 180 celsius selama 30 minit.
Bila cake dah masak, biarkan cake betul2 sejuk pada suhu bilik.

cara2 membuat kastard pandan nie -:


1. Satukan semua bahan2.. Pastikan tidak berketul2

2. Masak di atas api sederhana sehingga pekat dan berkilat. jangan tinggal. kena kacau sentiasa. kalau tak hangit.. Bila dah likat, tutup api. kemudian biarkan dia suam2..
griskan loyang yang sedikit besar daripada cake dengan marjerin..
Seelok2nya gunakan loyang spring form pan.. mudah dibuka.

3. Masukkan lapisan cake sponge yang pertama..
Kemudian sendukkan kastard tadi dan tutupkan keseluruhan lapisan cake nie.. ruang2 kosong kat tepi tu pun penuhkan sekali dengan kastad.
lepas dah lapiskan dengan kastard.. tutup dengan lapisan cake yang kedua.. tekankan sedikit bagi melekatkan 2 lapisan tu...


4. Buat benda yang sama sampai lapisan ketiga..
last sekali... tutup permukaan kastard tadi dengan kelapa kering.. masukkan dalam peti sejuk sekurang2nya 2 jam... makan sejuk2 lagi sedap...

Friday 25 November 2011

Caramel Cake


Resepi Kek Karamel
Saiz 7x7
bahan2:
(A)
2 sudu besar gula (utk bt gula hangus)
*tabur gula dlm loyang n msk ats api perlahan..biar gula hancur n wrna tukar jd perang)

(B) - Bhagian Atas
1/2 tin susu cair FN
70gm gula kastor
1/2 sudu teh esen vanila
3 bj kuning telur...(klu tmbah susu cair kena tmbah gak kuning telur)

(C) - Lapisan Kek
140gm tepung gandum
70gm gula kastor
3 bj kuning telur
135ml air biasa
1 sudu teh baking powder (guna sudu KFC)
45ml minyak msk
2 sb susu pekat manis

(D) Merinque
6 bj putih telur
70gm gula kastor
1 sudu teh krim of tartar (guna sudu KFC)

Cara menbuatnya:
1. Kacau semua bhn (B) perlahan2...jgn bg berbuih2...nti x jd karamelnye...
2. masukkan (B) td dlm loyang gula hangus tadi.
3. pukul bahan (C)
4. pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang n bila kita angkat dia x jatuh...
5. campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati..
6. bahgikan kpd beberapa bhgian n tak warna n paste klu nk..7. masukkan kedlm loyang yg td..
8. Bakar cara double boiling - selama 1jam suhu 160-180C
9. Bila msk angkat n rest 10 minit br t'balik kan kek yg dibakar tadi...
10.Masukkan dlm peti sejuk 1jam n lepas 2 mkn sejuk2...sedap...tahan dlm peti ais 5 hari tau....2 pun klu x abih d'makan...

Winter Cake


Bahan2nya:
250 gm mentega
1/2 cawan gula
2 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan susu segar
5 biji telur
2 sudu sunquick oren
1 sudu kecil esen vanila (optional)
jem strawberry/rasberi
kelapa kering


Cara2nya:
1. Mula2 pukul mentega bersama dengan gula sehingga kembang.
2. Kemudian masukkan telur 1 persatu pukul lagi.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
4. Masukkan sunquick oren dan esen vanila.
5. Bila sudah sebati masukkan susu, dipukul sehingga betul2 sebati
6. Akhir sekali masukkan ke dalam loyang yang telah alas dengan kertas minyak.
7. Cucuk dengan lidi/garfu sama ada ia sudah masak atau belum.
8. Bila sudah sejuk di sapukan dengan jem dan taburkan kelapa kering.

Thursday 24 November 2011

Strawberry Cream Cake


Ingredients

1/2 cup (1 stick) unsalted butter, room temperature, plus more for pan
1 1/2 cups all-purpose flour (spooned and leveled), plus more for pan
2 teaspoons baking powder
1/2 teaspoon salt
1 cup sugar
2 large eggs plus 2 large egg yolks
1/2 teaspoon pure vanilla extract
1/2 cup whole milk
1 pound strawberries, hulled and thinly sliced
1 teaspoon unflavored gelatin
1 1/2 cups heavy cream
Directions

Preheat oven to 350 degrees. Butter bottom of an 8-inch round cake pan, and line with parchment paper. Butter and flour paper and sides. In a medium bowl, whisk together flour, baking powder, and salt; set aside.
Using an electric mixer on high speed, beat butter and 1/2 cup sugar in a large bowl until light and fluffy. Add eggs and yolks, one at a time, beating well after each addition. Beat in vanilla. With mixer on low, alternately add flour mixture in 3 parts and milk in 2, beginning and ending with flour mixture; mix just until combined. Spread batter in prepared pan.
Bake until a toothpick inserted in center of cake comes out clean, 30 to 35 minutes. Cool in pan 10 minutes; invert onto a wire rack to cool completely. Using a serrated knife, split cake in half horizontally; place bottom half, cut side up, on a serving plate.
Make topping: In a large bowl, combine strawberries and 1/4 cup sugar; set aside. Place 2 tablespoons cold water in a small saucepan, and sprinkle with gelatin; let soften 5 minutes. Place saucepan over very low heat, and stir until gelatin is dissolved. Remove from heat; let cool.
Using an electric mixer, beat cream and remaining 1/4 cup sugar in a large bowl until very soft peaks form. Continue to beat, and gradually add gelatin mixture; beat until soft peaks form.
Arrange half of strawberries over bottom cake layer; top with half of whipped cream, leaving a 1-inch border. Cover with top half of cake, cut side down. Top cake with remaining whipped cream, leaving a 1-inch border. Refrigerate cake and remaining strawberries separately, at least 1 hour (or up to 1 day). Just before serving, spoon strawberries over cake.

Dark Choc Cake With Ganache



1 cup (2 sticks) unsalted butter, room temperature, plus more for pans
1/2 cup unsweetened Dutch-process cocoa (spooned and leveled), plus more for pans
2 cups all-purpose flour (spooned and leveled)
1/2 teaspoon baking powder
1/2 teaspoon baking soda
1/2 teaspoon salt
1 1/2 cups packed light-brown sugar
2 large eggs plus 2 large egg yolks, room temperature
6 ounces bittersweet chocolate, melted
1 teaspoon pure vanilla extract
1 cup low-fat buttermilk

Directions

Preheat oven to 350. Butter two 8-inch round cake pans; dust with cocoa, tapping out excess. Line bottom of each pan with a round of parchment paper; set aside. In a medium bowl, whisk together flour, cocoa, baking powder, baking soda, and salt; set aside.
In a large bowl, using an electric mixer, beat butter and sugar until light and fluffy. Add eggs and yolks, one at a time, beating well after each addition; beat in chocolate and vanilla. With mixer on low, alternately add flour mixture in three parts and buttermilk in two, beginning and ending with flour mixture.
Divide batter between prepared pans; smooth tops. Bake until a toothpick inserted in center of a cake comes out clean, 40 to 45 minutes. Cool in pans 15 minutes; run a knife around edge of each pan, and invert cakes onto a wire rack to cool completely.
Set a rimmed baking sheet upside down on a work surface. Place one cake on sheet, and spread top with 1/3 of ganache. Place second cake on top, and spread remaining ganache over top and sides of cake. Using two wide metal spatulas, carefully transfer frosted cake to a serving platter.

Brownies Cheese Coklat



Bahan brownies:

2 biji telur

1/3 cawan tepung gandum

½ cawan gula

¼ minyak sayuran/jagung

½ cawan serbuk koko

1 cawan walnut dicincang kasar

2 biji pisang berangan ranum dipotong serong

1 sudu kecil esen vanila

½ sudu teh garam


Cara:

1. Campurkan kesemua bahan ke dalam mangkuk, kecuali pisang. Gaul rata.

2. Lenserkan minyak pada tin pembakar saiz 7 inci. Masukkan adunan. Susun pisang di atasnya. Biarkan ke tepi.


Bahan kek keju :

2 biji telur

250 gram krim keju

½ cawan gula

1 sudu besar parutan lemon

1 ½ jus lemon


Cara :

1. Pukul telur dan gula hingga kembang.

2. Dalam mangkuk lain, pukul krim keju sampai kembang.

3. Campurkan kedua-dua adunan, parutan lemon dan jusnya. Pukul lagi hingga sebati.

4. Dengan berhati-hati, tuangkan sedikit demi sedikit adunan kek keju ke atas adunan brownies tadi.

5. Bakar dengan suhu 160 celsius atau mengikut oven masing-masing selama 40 minit atau hingga masak.

Apple Upside Down Cake


Karamel epal:

3 biji epal hijau Granny Smith atau 4 biji epal hijau biasa.

1/3 cawan gula

2 sudu makan mentega

1 sudu teh serbuk kayu manis

2 suduh teh jus lemon


Cara:

1. ~Epal dikupas dan potong bulat-bulat sederhana tebal.

2. ~Gaulkan epal dengan gula dan serbuk kayu manis.

3. ~Panaskan pan dan masukkan mentega, jus lemon dan epal. Masak dengan api kecil sehingga epal lembut dan karamel memekat. Padamkan api.



Bahan kek:

½ cawan mentega

¾ cawan gula castor

2 biji telur-asingkan putihnya

1 sudu teh esen vanila

1 cawan tepung gandum

1 sudu teh serbuk penaik

½ sudu teh garam

½ cawan susu segar

2 sudu makan parutan kulit lemon

½ cawan kekacang seperti walnut, badan dan sebagainya.



*Kek ini bersaiz kecil. Gandakan sukatan sekiranya mahu saiz kek yang besar.



Cara:

1. ~Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan kuning telur, vanila, parutan kulit lemon dan pukul lagi.

2. ~Masukkan tepung, garam dan serbuk penaik, pukul lagi dengan kelajuan perlahan. Kemudian masukkan susu pula.

3. ~Dalam mangkuk lain, pukul putih telur sampai sotf peak foam. Kemudian masukkan ke dalam adunan tepung dan kaup balikkan.

4. ~Lenserkan tin pembakar bersaiz 7 inci dengan mentega. Susun karamel epal tadi berlapis-lapis sehingga habis dan siramkan karamelnya sekali. Taburkan kekacang. Kemudian tuang dan ratakan adunan.

5. ~Bakar dengan kepanasan 200 celsius atau bergantung pada oven masing-masing selama 30-45 minit, atau sehingga kek masak.


* Spring foam pan tidak sesuai digunakan bagi membakar kek ini kerana ia berkaramel dan basah.

Baby boy or girl?



Dr. Hamid Arshad's ovulation guide for baby's gender

Original Message Excerpts from Dr.Hamid Arshad's Q&A article :
Sang isteri mahupun sang suami sekalian..bolehlah membuat pengiraan dari tarikh sang isteri datang haid. Contoh pengiraan adalah seperti dibawah, :


KALENDAR KESUBURAN BULANAN
( cth; sekiranya haid sang isteri jatuh pd 1hb )


Hari Haid : 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10 ( 10hari )


Hari Subur ( Anak Lelaki ) : 11,12,13,14,15,16,17 ( 7 hari )


Hari Subur ( Anak Perempuan ) : 18,19,19,20,21,22,23 ( 7 hari )



Hari Tidak Subur : 24,25,26,27,28,29,30 ( 7 hari )

Berdasarkan kalendar di atas, Puan-puan bolehlah sesuaikan dengan tarikh terakhir haid puan-puan bagi mendapatkan tarikh yang sesuai untuk bersama suami bagi mendapatkan anak. Sekiranya haid Puan jatuh pada 23hb, maka sesuaikan dengan kalender tersebut di atas. Tulislah tarikh tersebut dengan tulisan kecil di bahagian atas kelender tersebut, supaya Puan mendapat tarikh yang sebenar untuk bekerja keras bersama suami.
Walaupun masa haid Puan hanya selama 6 atau 7 hari, tetapi telur akan mula berfungsi selepas hari ke 10.

Jadi pada hari ke 11 hingga 17, Puan dalam keadaan subur yang amat sangat dan kemungkinan untuk mendapat anak lelaki adalah cerah.

Mulai tarikh 18 hingga 23, adalah hari-hari untuk mendapatkan anak perempuan

Bila tiba pada hari tidak subur di atas 24 hingga 25 ( lagi seminggu nak period ) puan akan rasa sakit-sakit badan, sakit kepala dan moody. Itu salah satu tanda puan akan didatangi haid dalam masa seminggu dan waktu period semula akan jatuh pada 30hb ( selalunya akan tercepat atau selewat sehari ) dari tarikh period terakhir.

Kek Tiramisu Coklat


Bahan2...
3 biji telur
1 cawan tepung gandum (100g)
1 cawan gula (110g) - kalau nak kurang manis kurangkan gula
2 sudu kecil susu segar
15g butter - panaskan susu dan cairkan butter di dalamnya
esen vanila
Cara-cara ;
panaskan oven ke suhu 180 darjah. asingkan telur putih dan kuning. pukul kuning telur dan 1/3 gula sehingga telur menjadi keputihan
dalam bekas lain pukul putih telur bersama baki gula tadi sehingga kembang dan bertanduk.
masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit dan gaul rata
masukkan kuning teluar yg telah dipukul tadi ke dalam adunan.
masukkan campuran susu dan butter dan sedikit esen vanila. pukul hingga sebati.
masukkan dalam loyang dan bakar pada suhu 180 darjah selama 25-30 minit.
Bila kek dah masak, bolehla hiaskan dgn whipping cream, serbuk koko atau blueberry filling kat atas.
..

Tuesday 22 November 2011

Blueberry Cake


Resepi Sponge Cake
Bahan-bahan
150g tepong super fine
150g gula kastor
5 biji telor gred A
1 sudu besar ovalette
80ml air
80ml minyak / mentega cair
1 sudu teh serbuk penaik
Cara-cara
satukan gula, ovalette, tepong, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk adunan. pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.( tapi nie terletak kepada kalajuan pengadun)
perlahankan kelajuan dan masukkan air.pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.Masukkan perasa kesukaan anda.
tuangkan minyak/ mentega cair kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.
sediakan tin pembakar bulat atau 4segi ukuran 8icni, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. tuangkan adunan dan bakar selama 45minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180darjah celcius
bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek...lebih kurang 5 minit...bagi mengelakkan kek kita kempis.


Kemudian.... untuk whipping cream untuk disapukan pada lapisan cake and menutupi keseluruhan permukaan cake...

Bahan2 untuk topping dan filling:

450 ml whipping cream (manis)
Jem Blueberry secukupnya


Cara2 membuatnya:

1. Pukul whipping cream dengan mixer sehingga kembang dan gebu.

2. Potong 3 lapisan sponge cake yang telah sejuk tadi..

Sapu whipping cream, ratakan. Tepekkan jem blueberry di atas whipping cream tadi ..Kemudian sapu lagi dengan whip cream hingga menutupi jem blueberry.

Untuk lapisan terakhir, salut semua kek dengan whipping cream... hias dengan jem blueberry di tengah2 permukaan kek... Sejukkan

Brownies Lapis Cheese Kukus


untuk Lapisan choc brownies:

200gm marjerin (3/4 cawan + 1 sudu besar penuh)
200gm dark chocolate/choc masakan (3/4 cawan choc yang disagat atau dihiris halus)
170gm tepung gandum (1 1/2 cawan rata)-ayak
30gm serbuk koko (1/4 cawan rata)-ayak
170gm gula halus (1/2 cawan + 3 sudu besar rata)
4 biji telur

Untuk lapisan cheese:

250gm cream cheese
25 ml air
1 biji telur gred A


Cara2 membuatnya:


1. Panaskan kukus siap2... Kita buat lapisan choc brownies dulu k... kita nak cairkan marjerin + coklat masakan guna kaedah double boil..first, Didihkan air dalam periuk yang sesuai.....
2. Bila air dah menggelegak.. letakkan bekas tahan panas yang mengandungi marjerin + coklat masakan tadi... kacau rata dan perlahan2.... kaedah double boil nie bagus untuk mengelakkan pemanasan secara terus yang boleh buatkan coklat kita hangus...
3. Masukkan gula + telur dalam mixer bowl...
4. Pukul sehingga ia kembang
5.. Kalau dah jadi macamni dah ok..jangan lama sangat...
6. Masukkan tepung + serbuk koko sedikit demi sedikit... Masa nie tak payah guna mixer lagi tau.. nanti adunan jadi bantat...
7. Kita gunakan whisk pula... kalau takde.. guna spatula/senduk pun boleh.... Kacau sebati tepung + serbuk koko... buat sehingga habis..
8. pastikan dah rata dan tidak berketul2...
9. Kemudian, masukkan pula choc + marjerin yang dah dicairkan tadi...
10. Kacau sebati..Griskan loyang dengan marjerin dan alaskan dengan kertas minyak. Tuang separuh adunan tadi ke dalam loyang untuk mengelakkan air menitik ke atas permukaannya.. tutupkan dengan aluminium foil.
Kukus selama 15 minit

11. Sementara nak tunggu lapisan pertama masak.. kita buat lapisan cheese... Masukkan semua bahan2 kecuali telur ke dalam mixing bowl... Pukul sehingga adunan kembang. Kemudian masukkan telur pukul sekejap je untuk bagi dia rata
Tuangkan adunan cheese ke atas lapisan brownies yang dah masak tadi...Kukus selama 20 minit....
Lepas lapisan cheese dah masak, tuangkan pula baki adunan brownies tadi...
Kukus lagi selama 2o minit.. tutup juga dengan alumnium foil untuk mengelakkan air jatuh ke atas permukaan nya... Bila dah masak... sejukkan brownies pada suhu bilik...
Then kita buat pula toppingnya bila brownies dah sejuk....


bahan2 yang diperlukan :
300gm coklat masakan
120 ml whipping cream
1 sudu besar marjerin



cairkan semua bahan2 di atas menggunakan kaedah double boil juga...
kacau sehingga menjadi likat dan licin...biarkan ia suam2.... Tuangkan choc ganache ke atas permukaan brownies... Biarkan coklat ganache tadi meleleh secara semulajadi... Biarkan choc ganache mengeras sedikit dan kemudian hiaskan dengan strawberry dan choc yang diparut

Kek Marble Choc Orange


240 gm mentega
180 gm tepung gandum (saya guna superfine)
150 gm gula castor - gula ni kurangkan
5 biji telur dari fridge
3 sudu besar susu pekat
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu makan ovalette
3-4 sudu makan serbuk koko -diayak (boleh guna coklat emulco dan oren emulco)

Cara membuat:

Tepung diayak bersama baking powder.
Pukul mentega, susu dan esen vanilla hingga kembang.
Di dalam bekas lain, pukul putih telur hingga ringan lalu masukkan gula sedikit demi sedikit hingga adunan rata.
Masukkan telur kuning sebiji sebiji ke dlm adunan putih telur dan pukul hingga rata.
Masukkan ovalette dan adunan mentega dan pukul lagi hingga rata.
Akhir sekali masukkan tepung skit2 dan gaul satu arah. Apabila rata bahagikan adunan kpd beberapa bahagian dan masukkan warna atau emluco pilihan anda.
Guna loyang 8 in persegi selang seli masukkan adunan tadi dimulai dgn adunan asal.
Bakar pd suhu 180C selama 45 min atau sehingga masak. Suhu oven bergantung kpd oven masing2.

* Tips: Kalau menggunakan mesin, jgn diberhentikan semasa sedang mengadun. Jika mengunnakan tangan, harus pukul lebih lama sedikit krn adunan mesti kembang dan rata.

Kek Pisang


300g pisang dilecek
240 g tepung gandum - boleh guna tepung superfine
160 g gula castor
4 biji telur
160 ml minyak jagung
1 sudu teh ovalette
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
secubit garam

Cara membuatnya:

Campurkan semua kedlm mixer, putar sehingga kembang dan gebu putih.
Masukkan dlm loyang dan bakar pd suhu 160C selama 1 jam atau sehingga masak
Pastikan adunan setengah drp loyang krn kek akan naik sekali ganda.

Sunday 20 November 2011

Apam Tepung Beras


1 cup rice
2 cups rice flour
1 cup white sugar
1 1/4 cups water
1 teaspoon dry yeast
small packet of Eno

Method

Blend rice with water till smooth
Add in sugar, rice flour & yeast. Blend till smooth
Transfer mixture into a container & close lid tightly
Leave it aside for 3 or 4 hours
After the hours of 'marinate', add in eno & mix slowly & till well incorporated.
Divide into bowls & add in colour of yr choice
Steam in a preheated steamer for abt 15-20 minutes on high heat

Saturday 19 November 2011

Kek Buah Kukus Lembap


Bahan-bahannya:
300 gram tepung gandum
60 gram gula halus
3 biji telur A
200 gram mentega
250 gram buah-buahan campuran
50 gram Almond Flake
50 gram isi biji kuaci
1 sudu teh bicarbonate of soda
1 sudu teh cream of tartar
1 sudu teh esen vanilla
sedikit pewarna coklat
1 cawan gula & 1/4 cwn air, untuk dibuat gula hangus
kertas aluminium foil

Cara-cara Membuatnya :

1. Panaskan air dalam kukusan terlebih dahulu.
2. (tips penting) Tepung gandum 300 gram, ambil sedikit dan gaulkan dengan campuran buah-buahan, gaul rata untuk salutkan tepung dengan buah-buahan. Ini akan dapat mengelakkan buah-buahan dari mendak ke dasar kek sewaktu ia dikukus.
3. Tepung gandum, bicarbonate of soda dan cream of tartar diayak. Ketepikan.
4. Pukul mentega, gula sehingga kembang dan sebati. Masukkan esen vanilla dan pewarna coklat dan pukul dengan tangan sehingga ia sebati.
5. Masukkan telur satu persatu dan pukul dengan tangan agak-agak sudah sebati sudah mencukupi, berhenti. Bila masukkan telur tidak boleh terlalu dipukul ini akan mengakibatkan kek kukus nanti kering. Jadi memadai dengan telur dimasukkan satu persatu dan bergaul sebati dengan adunan mentega.
6. Masukkan tepung yang telah diayak kedalam adunan, gunakan spatula atau senduk plastik dan kaup balikkan satu pusing arah sehingga tepung bergaul sebati dengan adunan telur. Jangan terlalu menggaul adunan tepung, cukup dengan pusing kaup balik sehingga tepung sebati.
7. Menggunakan periuk non-stick yang ada handle, masak 1 cawan gula dengan api yang kecil masak gula sehingga ia cair dan bertukar warna coklat dan berbuih. masukkan sedikit air, kacau bagi sekata Hati-hati gula hangus ni panas . Sewaktu gula hangus panas, ia akan cair dan bila ia sejuk selalunya ia akan keras jadi, tujuan masukkan air untuk lambatkan gula hangus tu jadi keras. sewaktu ia panas tuang kedalam adunan tepung dan kacau menggunakan senduk kayu (jangan pakai spatula plastic nanti cair) dengan cepat sehingga adunan sebati. Boleh minta pertolongan seseorang untuk tolong tuangkan gula panas jika anda rasa kekok membuat sendiri.
8. Akhir sekali, masukkan campuran buah-buahan dan kaup balik adunan, jangan terlalu digaul cukup hanya bila buah-buahan bergaul rata. Ini untuk menggelakkan buah-buahan mendap kedasar kek bila ia dikukus.
9. Alaskan kertas kuih didalam tin/loyang dan sapukan dengan mentega dan salutkan dengan tepung. Kemudian tuang adunan tepung kedalam loyang dan pastikan air kukusan telah mendidih dan tutup loyang dengan aluminium foil dan kukuslah selama 2 jam. Masa mengukus boleh dikurangkan jika mahu tapi untuk kek tahan lebih lama kukuslah selama 4 jam. biasanya saya kukus sampai kek masak jer (cucuk dengan lidi, bersih masak le tu) rugi gas.Kalau tak nak kukus boleh juga bakar, tapi kukus lagi moist dan sedap

Tuesday 8 November 2011

Kek Marble Pelangi


125 g mentega
155 g tepung naik sendiri (self-raising flour)
2 biji telur, dipukul sedikit
125 g gula halus (kalau letak 100 g pun ok)
*125 g cooking chocolate
1 camca teh esen vanilla
80 ml susu segar
CARA MEMBUATNYA :

1.Panaskan oven pada suhu 170C, lenser tin kek dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas, lenser juga kertas tadi. Cairkan coklat masakan secara kaedah double-boiler. Ketepikan.
2.Putar mentega dengan gula hingga putih. Tambah telur dan terus memutar hingga kembang. Masukkan esen vanilla, putar rata.
3.Pada kelajuan sederhana, masukkan tepung selang seli dengan susu segar, hingga habis, kacau rata. Bagi adunan pada 2 bahagian, 1 biar pada asal dan 1 lagi bancuh dengan coklat yang telah dicairkan tadi. Kacau rata. *(saya bagi kepada 3 adunan iaitu, pink, hijau dan plain)
4.Tuang berselang seli antara adunan biasa dengan adunan bercoklat, buat hingga habis. Lorekkan dengan hujung pisau 2 - 3 pusingan. Bakar 40 - 45 minit atau hingga masak, sejukkan atas jaringan dan hias ikut kreativiti masing2...
* Memandangkan saya tiada coklat, jadi saya gantikan coklat tadi dengan warna hijau dan pink.

Ayam Bakar Lada Hitam


Bahan-bahan:

1 ekor ayam saiz sederhana
2 ulas bawang putih - ditumbuk halus
3 sdb kicap manis
3 sdb sos tiram
2 sdb sos lada hitam
2-3 sdb madu - boleh ganti dgn gula
lada hitam biji - ditumbuk kasar secukupnya
1 sdb mentega
garam secukupnya

Cara:

Cuci ayam dan toskan.
Perap ayam dgn semua bahan diatas selama sekurang2nya 3 jam
Panggang dlm oven pd suhu 170C selama 1 jam atau lebih bergantung kpd saiz ayam
Bila dah masak angkat ayam, simpan jus dlm loyang pembakar.

Gravy

Cara:

Masukkan 1 cawan air atau secukupnya kedlm loyang pembakar ayam tadi.
Kacau sikit.
Pindahkan campuran air tadi kedlm periuk.
Tambah tepung gandum 2 sdk, kacau atas api yg perlahan sehingga agak pekat. Rasakan garam secukupnya
Jika suka boleh letak serbuk ayam sket.
Angkat dan sedia utk diguna.

* Sukatan resepi ni anggaran sahaja....bole ditambah ikut citarasa masing2

Kentang Putar (Mashed Potato)
Bahan-bahan:
1 kg kentang Russet
1/4 cawan susu segar
2 sudu besar mentega
1/4 sudu kecil serbuk lada hitam
garam secukup rasa
Cara membuat:
Kentang dikupas dan dipotong 4 kemudian direbus didalam air mendidih bersama garam sehingga empuk.
Setelah empuk, toskan kemudian lenyekkan di dalam periuk tadi ketika kentang masih panas
Letak kembali periuk atas dapur dgn api yg sederhana sambil itu masukkan susu, lada hitam, mentega, lenyekkan bersama kentang tadi sehingga gebu dan sebati.
Sedia untuk dihidangkan

Sunday 6 November 2011

Kek Carrot Lembap



Bahan-bahan : Acuan 9x9 in

2 cawan tepung superfine* - guna tepung gandum cap Sauh pun boleh
2 camca teh baking powder*
1 1/2 camca teh soda bicarbonate*
1 camca teh garam halus*
2 1/2 camca teh serbuk kulit kayu manis*(*disatukan dan diayak)
4 biji telur gred "A"
1 1/2 cawan minyak jagung
1 cawan gula halus -
2 1/2 cawan parutan lobak merah,
1 cawan nenas dalam tin, toskan dan cincang kasar
1/2 cawan kelapa kering -
1 cawan kacang walnut, cincang - dibakar sekejap dlm oven

Bahan Cream Cheese Frosting:

125 g mentega
250 g cream cheese
1/2 biji lemon - ambil jusnya
5 camca besar gula aising

Cara membuat :

Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin berukuran 9 inci x 9 inci x 3 inci dengan sedikit minyak, alas dasar tin dengan kertas minyak.

Dalam satu bekas, masukkan telur, minyak jagung dan gula, kacau dengan whisk hingga sebati selama 5 minit.

Masukkan bahan2 diayak tadi dan gaul perlahan hingga sebati.

Masukkan nenas, lobak merah parut, kelapa kering dan walnut tadi.

Gaul rata menggunakan spatula hingga mesra.

Tuang dalam tin dan bakar selama 50 minit - 1 jam atau hingga masak.

Sejukkan kek atas jaringan sebelum disapu dengan cream cheese tadi.

Simpan kek dalam peti sejuk jika tidak habis dimakan.

Kek Marble Choc Cheese Kukus


Bahan A:

1 cawan gula pasir
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak mazola

semua bahan di atas digaul sebati dan masak atas api perlahan sehingga gula larut.
Rehatkan sekejap bila dah sebati

Bahan B:

3/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat
1 sudu kecil (sudu kfc) baking powder

semua bahan di atas diayak

Bahan C:

4 biji telur - dipukul hingga kembang

Bahan D:

250 gm cream cheese
3 sudu besar gula halus
1 sudu kecil esen vanila
1 biji telur

Cara membuat:

Panaskan pengukus terlebih dahulu.
Satukan bahan B dan bahan C ke dlm bahan A secara berselang seli dan gaul dgn senduk aje hingga sebati. Ketepikan dahulu.
Dalam bekas lain masukkan cream cheese, esen vanila dan gula kemudian putar hingga sebati.
Masukkan telur dan putar lagi hingga sebati (berkrim).
Sediakan loyang yg digris dan dilapik kertas kalis minyak.
Masukkan adunan coklat diikuti adunan cheese (D) dan diakhiri adunan coklat.
Lorekkan sket dgn lidi sate.
Kukus selama 11/2 jam atau sehingga masak. Jgn buka pengukus semasa proses mengukus 45 min yg pertama takut kek jd mendap.

Kek Lapis Cheese Prune


Bahan-bahan - Acuan 9x9 inci
10 biji kuning telur
6 biji putih telur
200 gm gula kastor
250 gm tepung superfine
1 sudu makan ovelette
100 gm air ais(air sejuk)
250 gm krim keju
4 sudu makan susu pekat
400 gm mentega
Cara-cara:
Pukul telur,gula dan ovelette hingga kembang.
Masukkan tepung sedikit2 diiringi dgn air ais hingga habis.Ketepikan dahulu.
Di dalam bekas lain,pukul mentega dan susu hingga kembang kemudian masukkan cheese pukul sebati tp jgn overbeat bila dah masuk cheese.
Satukan kedua2 adunan tadi dan gaul sebati.
Bakar berlapis2 hingga masak.
Guna api bhgn atas sehingga lapisan kedua terakhir.
Lapisan terakhir bakar guna api bwh 170C selama 20-30 min atau sehingga masak

Strawberry Marble Cupcakes


bahan-bahan kek:

1/4 cawan minyak canola
1/2 cawan susu
1 biji telur
1/2 ts garam
2 ts Baking powder
1/2 cawan gula
1 3/4 cawan tepung
1 cawan strawberi yang dipotong

bahan-bahan buttercream:
250 gm butter
250 gm krimwell
125 gm gula icing
200 gm golden syrup

Cara-cara kek:
Panaskan oven 160 darjah celcius. Sediakan kertas muffin.
Dalam mangkuk kecil pukul telur, susu dan minyak.
Dalam mangkuk besar masukkan tepung , baking powder, garam dan gula. gaul rata.
Pastikan strawberi yang di potong dadu tadi telah kering dari airnya dan dimasukkan ke dalam mangkuk besar berisi tepung tadi danmasukkan juga adunan susu yang telah digaul rata. Gaul semua menjadi adunan.
untuk memarblekannyamasukkan sedikit pewarna coklat dan pes coklat ke dalam 1/3 adunan yang telah diasingkan.
masukkan ke dalam kertas muffin secara berselang seli adunan coklat dan putih tadi dan boleh la dibakar selama 25 minit.

Cara-cara buttercream:

Pukul butter dgn krimwell hingga putih. Ayak gula dan masukkan ke dalam butter dan pukul hingga licin. Gunakan speed perlahan.
Bila sudah licin masukkan golden syrup dan pukul dgn speed laju hingga adunan putih dan creamy.
Sesuaikan dgn warna pilihan anda.

Wednesday 2 November 2011

Choc Marbled Cheesecake


Untuk base

200 g digestive biscuits
75 g butter, cairkan

Untuk kek

150 g dark chocolate, (75% cocoa solids), cincang kasar
500 g cream cheese
225 g sour cream / yogurt asli
85 g caster sugar
3 biji telur, pukul sikit
1 kuning telur
1 sd kecil esen vanilla
hirisan coklat untuk hiasan (optional)

Method:
1. Panaskan oven 160 C.

2. Untuk base, kisar biskut hingga hancur dan campurkan dengan butter yang telah dicairkan.Mampatkan pada dasar loyang dan bakar selama 10 minit. Ketepikan.

3. Cairkan coklat secara double-boil dan ketepikan.

4. Masukkan semua bahan-bahan lain dalam mixing bowl dan pukul hingga adunan kembang dan rata.Bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan masukkan coklat cair pada satu bahagian adunan dan gaul sebati.

5. Selang selikan adunan asal dan adunan coklat ke dalam loyang berisi base biskut tadi sehingga habis dan lorekkan permukaan kek dengan pisau untuk corak marble.

6. Bakar selama 50 minit dan lapikkan loyang dengan air.

7. Biarkan kek sejuk di dalam oven dan sejukkan dalam fridge. Boleh hiaskan kek dengan hirisan coklat jika suka.

Tuesday 1 November 2011

Puding Roti Choc Chip



250 gm roti - anggaran 8- 10 keping
500 ml susu cair
125 ml double cream
40 gm gula perang - boleh tambah 20 gm lagi
3 biji telur
1 sudu teh esen vanila
100 gm choc chip
2 sudu gula pasir - untuk tabur atas puding


Panaskan oven 170 C
Sediakan loyang berukuran 23 cm atau 9 inc
Leserkan loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper
Boleh juga gunakan ramekins atau casserole.

Roti di potong kecil
Boleh bakar dulu roti tu sekejap supaya roti tidak terlalu lembik bila di rendam. Dan kita juga akan dapat tekstur puding yang agak padat.
Susun roti dalam loyang, atau ramekins atau casserole.
Taburkan 100 gm choc chip.

Dalam satu bekas yang lain kita satukan, susu, double cream, gula perang, telur dan esen vanila.
Pukul sehingga adunan rata.
Tuangkan perlahan2 atas roti tadi supaya ia meresap dalam roti.
Teka-tekan rori supaya ia meresap adunan.
Biarkan roti terendam sebentar selama lebih kurang 20 minit
Taburkan gula pasir atasnya.
Bakar dalam oven pada suhu 170 C selama 40 minit
Sedia untuk di hidangkan.

Cow Spots Oreo Cheesecake


Untuk Base:
30 keping oreo cookies (buang cream tengahnya) - kisar halus
1/4 cawan butter - cairkan.

Bahan Filling

500 gm cream cheese - lembutkan
1/2 cawan gula halus
1/2 sudu teh esen vanila
1/2 cawan plain yogurt
2 biji telur - buang tali pusatnya
1 sudu besar serbuk koko

Cara Menyediakan
Base
Gaulkan oreo kisar dengan butter cair rata-rata. Tekan dalam loyang yang telah digris dan dialas. Pre-heat oven pada suhu 160/180 Celcius.

1. Pukul cream cheese, gula dan esen vanila dengan kelajuan sederhana hingga benar-benar sebati.

2. Masukkan yogurt dan pukul sebati.

3. Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati.

4. Ambil dalam 1 senduk kecil dan ita tambahkan 1 sudu serbuk koko yg ita dah jadikan paste dengan mencampurkan sedikit air panas.Gaul rata adunan tu.

5. Tuang adunan yg plain dalam loyang. Pas tu dot dotkan dengan warna coklat jarak2 kan lah dalam 3 spots aje

6. Pas tu tuang balik adunan putih dan spotkan lagi dgn coklat tompok2kan 3 atau 4 tompok lagi
Pas tu tuang balik warna putih dan akhir tompok dan corakkan macam corak kulit lembu.

5. Bakar secara "steam bake" (letak loyang adunan dalam loyang lain yang berisi air) pada selama 45 minit/hingga bahagian tengah benar2 masak.

5. Sejukkan sekurang-kurangnya selama 4 jam/bermalam.