TQ Sudi Follow Saya

Sunday 30 October 2011

Slice Cheesecake

Bahan-bahan ( kek saiz 20cm )

4-5 keping slice cheese
200 ml susu segar
70 gram butter atau marjerin
70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
70 gram gula
4 biji telur saiz M
beberapa titik esen vanila
Cara-cara

potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar
kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.
masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul
akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan .
bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.
hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi mencubanya.

Choc Banana Cake


Chocolate Chiffon cake

Bahan A
30gm serbuk koko (larutkan dgn 120ml air suam)
4 biji kuning telur (telur diasing putih dan kuning)
100gm gula kastor
130gm tepung naik sendiri
1/2 tsp baking powder
1/2 tsp soda bicarbonate
60ml mentega (dicairkan)/minyak jagung
1 tsp esen vanila

Bahan B
4 biji putih telur
60gm gula kastor
1/4 tsp cream of tartar

Kek Filing

400ml whipping cream (manis)
100gm coklat masakan (dicair secara double boil)
1 1/2 tsp serbuk kopi segera/nescafe(larut dgn 1 tbsp air panas)
1 tbsp gelatin halal (rendam dgn 40ml air dan cairkan secara double boil hingga larut)
6 biji pisang berangan (dihiris nipis)

Coklat Ganache/Frosting

140ml UHT whipping cream (tawar)
350gm coklat masakan
1 tbsp mentega (optional)



Cara-cara


1. Panaskan oven pada suhu 180C.

2. Satukan bahan A dan pukul hingga kembang menggunakan high speed.

3. Di dalam mangkuk lain pukul bahan B (putih telur) hingga kental guna high speed.

4. Satukan bahan A ke dalam bahan B secara kaup balik. Tuang ke dalam loyang 8" dan bakar selama 40 minit atau hingga masak.

5. Angkat dari loyang dan telengkupkan kek di atas redai biarkan betul-betul sejuk baru di potong kepada 3 atau 4 lapisan.

6. Kek Filing : Pukul whipping cream hingga kembang dan bertanduk guna high speed. Masukkan esen vanila, coklat cair, larutan kopi dan gelatin, pukul hingga sebati.

7. Sapu krim filing di permukaan kek, atur hirisan pisang dan sapu krim lagi menutupi hirisan pisang tadi. Buat yang sama untuk semua lapisan.

8. Apabila habis, sapu nipis krim keseluruh kek, masukkan di dalam peti sejuk (30 minit).

9. Coklat Ganache : Panaskan whiping cream secara double boiler, masukkan coklat masakan dan mentega, kacau hingga cair. Biarkan sejuk pada suhu bilik.

10. Keluarkan kek dan letak di atas redai dan tuangkan coklat ganache.

Red Velvet Cake 3


Ingredients
1 1/4 cup sifted flour
1/2 tsp baking powder
1/2 tsp salt
1 tbsp cocoa powder
1 tbsp red colouring
1/4 cup soft unsalted butter - 57g
3/4 cup sugar
1 egg
1/2 tsp vanilla extract
1/2 cup buttermilk - I used 1/2 cup whole milk plus 1/2 tbsp vinegar/lemon
1/2 tsp vinegar -
1/2 tsp baking soda

Cream cheese frosting
125g cream cheese
50g unsalted butter
110g powdered sugar - i reduced it to 80g
1 cup fresh cream, whipped until stiff - i used double cream

Method
1. Preheat oven to 175 degrees Celsius.
2. In one container, sieve flour, baking powder and salt. Set aside.
3. In a small container, combine cocoa powder and red coloring and stir well until form a paste (I added a little water).
3. Using a stand mixer, beat butter with sugar until light and fluffy. Add the egg, beat until blended. Add the vanilla extract and cocoa powder mixture, beat until well blended.
4. Add in sifted flour and buttermilk alternately. Beginning and ending with flour. (F-M-F-M-F)
5. In a small bowl, combine vinegar and baking soda and add it to ur batter. Stir well with a spatula. Pour into a 6" baking pan and bake it for 50mins or until cooked.
6. Let cool on wire rack.
7. Once cool, slice cake into two and spread cream cheese filling.. top it with the rest of ur cream cheese too... chill for a few hrs..

Cream Cheese frosting:
1. Beat cream cheese with butter until soft.
2. Turn mixer to low speed, add powdered sugar a little at a time. Whisk until well blended.
3. Add whipped cream, stir through with a spatula.

Choc Moist Cake


bhn2 A:
1 cwn gula pasir
1 cwn serbuk koko
1 cwn susu cair... (guna susu choc UHT)
1 cwn susu pekat
1 cwn myak msk..
*semua bhn d'atas gaul sebati n msk atas api perlahan.
*rehat kejap bila bhn dh sebati.

bhn2 B:
tepung gandum 3/4 cwn
soda bicarbonat 1 sudu kcil(sudu kfc)
baking powder 1 sudu kcil (sudu kfc)
*semua bhn nih ayak k..

bhn C:

telur 4 bj (blender)


satu kan bhn B dan C kedlm Bhn A....secara berselang seli n gaul ngan senduk jer...bila dh sebati....taruk jer dlm loyang yg dsapu myk....n kukus dlm 30 -45 minit (b'gantung saiz loyang)...klu nk test cucuk ngan lidi klu x melekat kira msk le...

*p/s...loyang 2 kena panaskan dl sblm mskkan adunan kek td..

Apple & Custard Tea Cake


Apple & Custard Tea Cake

Adapted from Jocelyn @ Nigella.com

125 g butter
1/3 cup coarse sugar
1 egg
3/4 cup self-raising flour
1/4 cup custard powder
1/4 cup of buttermilk
1 green apple - thinly sliced

For custard:
1 tablespoon custard powder
1 tablespoon coarse sugar
2/3 cup milk
1 rounded teaspoon butter
2 teaspoons vanilla essence or extract

Method

1. Grease and line a deep 17cm round cake pan (I used loaf pan). Preheat oven to 180 degrees C.
2. Make the custard first so it has time to cool. Blend the custard powder and sugar with the milk in a saucepan. Stir constantly over heat until the mixture boils and thickens, then stir in the butter and vanilla. Let it cool down to room temperature.
3. To make the cake, cream the butter and sugar until light and fluffy, then add the egg and beat until combined. Sift the flour and custard powder and stir into the creamed mixture.
4.Spread half of the cake batter into the prepared pan, then pour in the custard, pushing it out towards the sides, leaving about 2 centimetres or so at the edge.
4. Spread the remaining cake batter over the top. Layer the apple on top.
5. Bake in the oven for about 35-40 minutes, depending on your oven. Allow the cake to cool in the pan. Once the cake is cold dust it with icing sugar.

Ideas to Garnish Your Cakes!

Saja cuci-cuci mata :)










Saturday 29 October 2011

Trip to Cameron Highland!

Cuti Deepavali kami pergi bercuti ke sini, so saja nak kongsi pictures kat sana.


Ni dekat ladang strawberry n cactus


Yang ni pulak kat taman rama-rama


Ni kat dalam bilik, nak posing jgk


Tiga princess yang selalu nak makan kek hehehe

Kek Yogurt Peach


Bahan-bahan:

½ cawan yogurt
½ cawan gula halus
½ cawan gula perang
3 biji telur
1 ½ cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
½ cawan minyak masak
buah peach (dipotong dadu)
Cara-cara

Panaskan oven 180 degree.
Ayak tepung gandum dan baking powder.
Pukul yogurt, gula dan telur di dalam bekas.
Masukkan tepung bersama baking powder yang diayak tadi dan pukul lagi.
Masukkan minyak masak dan pukul sehingga semuanya sebati.
Kemudian tuangkan adunan ke dalam loyang.
Letakkan buah peach yang dipotong dadu diatas adunan.
Bakar pada suhu 180 degree selama 40 hinga 50 minit.

Cotton Jap Cheese Cake lagi

ni saja je nak insert picture resepi ader cari la kat blog ni ok.

Kek Kukus


5 biji telur
220 gram gula
150 g Tepung Cake (Bluekey)
150 g Tepung Gandum
1/2 sudu besar ovalette
180ml - 7- up/Cream Soda
2 sudu besar susu pekat
pewarna merah,biru,hijau




Method
Pukul telur dgn gula sampai kembang
masukkan ovalette , pukul lagi.
Masukkan tepung diselang selikan dgn air 7 - up tadi.kemudian masukkan susu pekat, kacau sebati
Bahagikan adunan kpd 3bhgn utk dibubuh color.kukus selapis demi selapis. setiap lapis lebih kurang 7 minit

*utk elak air kukusan menitis atas permukaan kek, tutup loyang ngan aluminium foil atau balut tutup pengukus ngan kain.

Lasagna Daging 2


BAHAN-BAHAN:

1 kg daging kisar

50 gm lobak (dadu)

50 gm seleri (dadu)

50 gm bawang besar (dadu)

20 gm bawang putih (titik)

2 biji kuning telur

100 gm mentega

20 gm keju parmesan

100 gm keju mozzarella

1 liter susu segar

500 gm kulit lasagna

100 gm pes tomato

20 gm tepung gandum

10 gm thyme

10 gm daun rosemary

20 gm parseli

Garam dan lada putih secukup rasa

Sedikit minyak



CARA MENYEDIAKAN:

1. Untuk membuat sos daging, panaskan minyak, masukkan bahan yang didadu bersama bawang putih, daging kisar, pes tomato, thyme dan rosemary. Tumis hingga daging masak.

2. Untuk membuat sos putih, cairkan mentega, masukkan tepung gandum. Kacau rata dan masukkan susu segar, kacau pekat dan sebati.

3. Tutupkan api, masukkan kuning telur dan keju parmesan. Kacau rata.

4. Sapukan acuan dengan sedikit mentega. Letakkan kulit lasagne (telah direbus) berselang-seli dengan sos daging, sos putih dan keju mozarella.

5. Habiskan lapisan teratas dengan kulit lasagne dan keju mozarella.

6. Bakar di dalam ketuhar 180 C selama 20 minit.

Laksa Ikan Tongkol


BAHAN A:
2 ekor ikan tongkol (rebus)
3 sudu besar cili kisar
4 labu bawang besar (kisar)
2 batang serai (ketuk)
2 kuntum bunga kantan (hiris kasar)
2 keping asam gelugur
4 tangkai daun kesum
1000 ml air

BAHAN B:
1 bungkus laksa (rebus)
2 labu bawang besar (hiris)
1 batang timun (hiris)
2 tangkai cili merah (hiris)
5 tangkai cili padi (hiris)
2 biji telur rebus

CARA MENYEDIAKAN:
1. Isi ikan tongkol yang telah direbus dikisar halus.
2. Kemudian masukkan ke dalam periuk. Masukkan kesemua bahan A dan tuangkan air. Masak sehingga mendidih.
3. Tambahkan garam secukup rasa. Hidangkan laksa dengan kuah serta hirisan bawang besar, timun, cili merah, cili padi dan telur rebus.

Spaghetti Aglio Olio Cendawan


Jom cuba resipi yang amat ringkas, mudah dan versatil ini. Jika terasa lapar pada waktu malam dan anda tidak mempunyai banyak bahan di dalam peti sejuk, ini adalah resipi yang patut dicuba.
Anda boleh menggantikan cendawan dengan hirisan ayam atau udang serta makanan laut lain. Rasanya juga lebih enak. Tetapi jika tiada, cendawan kering seperti di dalam resipi ini pun boleh!

Anda perlukan:

200 gm spageti
6-8 ulas bawang putih - ketuk dan cincang
Beberapa keping cendawan kering - direndam hinggalembut
2 sudu besar minyak zaitun
1 sudu kecil herba - parsli
1/2 sudu kecil lada hitam yang telah dikisar
2 biji cili kering - dibuang biji dan dipotong-potong (jika suka)
Garam secukup rasa

Untuk menyediakannya:

1. Didihkan air dan masukkan spageti. Apabila spageti masak (biasanya 8 hingga 10 minit, atau ikut spesifikasi di paket), tapis dan lalukan air ke atasnya agar spageti tidak terus memasak. Spageti seharus dimasak al dente kata orang Itali, maksudnya, tidak terlalu masak dan tidak pula mentah. Ketepikan.

2. Atas api sederhana, panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih hingga layu (jangan sampai garing). Masukkan cendawan (udang atau hirisan ayam), dan bahan-bahan lain. Kacau rata.

3. Akhir sekali, masukkan spageti dan gaul sebati.

Ayam Halia Bersos Plum


Bahan-bahan:

1 ekor ayam - dipotong kecil
1 ulas bawang putih
1 sudu besar halia parut
3 tangkai daun bawang - dikerat 2 cm
3/4 cawan sos plum
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar tepung jagung } dibancuh
1/4 cawan air } agar tidak berketul
3 sudu besar minyak masak
Garam secukup besar

Cara Menyediakan:

1. Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan ayam. Kacau sehingga masak kemudian masukkan bawang putih, halia, daun bawang, sos plum, kicap cair, bancuhan tepung jagung dan garam.

2. Kacau hingga rata dan biarkan hingga kuah mendidih dan pekat. Angkat dan hidang panas-panas.

Daging Masak Jintan


Bahan A:

(Gaul & perap selama 1/2 jam)

600 gm daging lembut - potong nipis

1/2 cawan kicap pekat

1 sudu besar cuka

1 cawan gula



Bahan B:

(Ditumbuk halus)

4 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

1 cm halia

1 cm kunyit hidup

1/4 biji buah pala



Bahan C:

1 sudu besar serbuk ketumbar

1 sudu besar serbuk jintan putih

1 sudu besar serbuk jintan manis

1 sudu kecil serbuk lada hitam

1 biji tomato - dicincang



Bahan D:

(Bahan Tumis)

2 cm kulit kayu manis

4 kuntum bunga cengkih

1 kuntum bunga lawang

2 ulas bawang merah - dihiris

2 ulas bawang putih - dihiris

1/4 cawan minyak masak

2 sudu besar mentega



Untuk hiasan:

Bawang besar - dipotong bulat



Cara Menyediakan:

1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan D sehingga naik bau dan kekuningan.

2. Masukkan bahan-bahan B dan C serta 1 cawan air. Kacau seketika, masak hingga rempah naik aroma.

3. Masukkan tomato cincang, diikuti daging yang telah diperap. Kacau hingga daging kecut. Masak atas api perlahan sehingga daging empuk. Tambah secawan air lagi jika kuahnya telah pekat dan daging masih keras.

4. Setelah kuah pekat, masukkan bawang besar dan garam secukup rasa. Kacau sehingga bawang layu sedikit dan angkat.

Sour Cream Choc Chip Cookies

Ni biskut kegemaran anak-anak saya. Simple dan sedap.


BAHAN-BAHAN:

1 cawan gula.

1/2 cawan susu masam (sour cream)

1/4 cawan mentega tanpa garam

1/4 cawan shortening

1 sudu kecil vanila

1 biji telur gred A

2 1/4 cawan tepung gandum

1/2 sudu kecil soda bikarbonat

1/4 sudu kecil garam

2 cawan cip coklat.

CARA MENYEDIAKAN:

1. Panaskan ketuhar pada suhu 180oC.

2. Pukul gula, susu masam, mentega, shortening, vanila dan telur di dalam pemutar elektrik dengan kelajuan sederhana.

3. Ayak bersama tepung, baking soda dan garam.Ma­sukkan ke dalam pemutar elektrik dan putar perlahan-lahan.

4. Gaulkan cip coklat. Bulat-bulatkan atau guna scop aiskrim untuk memudahkan lagi.

5. Bakar selama 15-20 minit sehingga masak.

Skon Kismis

Untuk sarapan, skon jugak enak dimakan sekiranya anak-anak kita sukakan makanan yang simple selain daripada roti. Boleh pelbagaikan kismis tu dengan buah-buah kering yang lain macam badam, kurma, ataupun apa-apa yang anak anda suka mcm hotdog atau cendawan butang untuk skon savory.


Bahan-bahan:

2 cawan tepung naik sendiri
80 gm mentega beku - dipotong dadu
1/2 cawan yogurt
1 biji telur - dipukul hingga kembang
1 sudu besar gula kastor
3/4 cawan kismis hitam

Cara Menyediakan:

1. Campurkan tepung dan gula di dalam satu mangkuk.

2. Gunakan hujung jari, gaul dan ramaskan mentega dengan tepung tadi hingga menjadi serbuk roti.

3. Masukkan kismis hitam dan gaul hingga sebati. Setelah itu, campurkan telur yang sudah dipukul bersama yogurt.

4. Gaul perlahan-lahan sehingga doh sebati tetapi jangan sampai melekat.

5. Ambil doh, canai setebal 2 cm dan terapkan acuan bulat atau bibir gelas.

6. Sementara itu panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah Celsius.

7. Kemaskan keliling doh yang siap diterap, letakkan di atas dulang pembakar. Rehatkan selama 5 minit. Sapukan mentega di atasnya.

8. Bakar selama 12 minit pada suhu 180 darjah Celsius.

Untuk mendapatkan skon yang lembut jangan uli doh tadi cuma gaulkan sebati sahaja.

Nasi Lemak Kampung

Selamat pagi semua. Hujung-hujung minggu ni saya nak buat nasi lemak special la untuk family makan sama-sama. Teringat kat nasi lemak arwah nenek yang sedap sangat. Rindu nak makan. So, apa lagi jom kita tengok resepinya di bawah.


BAHAN-BAHAN:
1 kg beras
500 ml santan
2 cm halia (hiris)
1 labu bawang besar (hiris)
3 helai daun pandan
Sedikit marjerin
Garam

BAHAN SAMBAL:
50 gm tangkai cili kering (kisar)
3 labu bawang besar (kisar)
20 gm belacan (kisar)
50 ml air asam jawa
Gula
Garam

BAHAN GORENG:
100 gm ikan bilis
50 gm kacang tanah


CARA MENYEDIAKAN:

1) Untuk nasi, beras dibersihkan dan ditanak bersama santan, halia, bawang besar,
marjerin dan garam secukup rasa.
2) Masukkan daun pandan dan tanaklah sehingga masak.
3) Sementara itu, kisar cili kering, bawang besar, belacan dengan sedikit air.
4) Panaskan sedikit kuali dan tumis bahan kisar ini sehingga pecah minyak.
5) Kemudian tambahkan gula dan garam.
6) Tuangkan air asam jawa.
7) Hidangkan nasi lemak bersama sambal dan ikan bilis serta kacang yang
telah digoreng.

Apple Pie


Bahan-bahan untuk doh manis:

250 gm mentega
250 gm gula
500 gm tepung gandum
2 biji telur

Bahan-bahan untuk inti epal:

3 biji epal segar
25 gm kismis
5 gm serbuk kulit kayu manis
Sedikit air

Cara menyediakan doh manis:

1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.

2. Masukkan telur satu persatu. Kacau rata.

3. Masukkan tepung.

4. Kaup hingga rata sebelum diuli hingga menjadi doh yang lembut.

5. Sejukkan di dalam peti sejuk.


Cara menyediakan inti epal:

1. Epal dikupas kulitnya dan kemudian dipotong nipis.

2. Masukkan epal, kismis, serbuk kulit kayu manis dan sedikit air ke dalam periuk.

3. Kacau rata dan masak di atas api kecil hingga lembut.

4. Sejukkan.


Cara menyediakan pai epal:

1. Doh yang sudah sejuk, dicanai setebal 1/2 sm.

2. Buat 2 keping pastri, satu selebar 33 sm dan satu lagi selebar 23 sm.

3. Ambil pastri 33 sm dan letakkkan di dalam acuan pai yang telah digris.

4. Tekan supaya pastri menutupi seluruh bahagian acuan, termasuk di bahagian tepinya.

5. Masukkan inti epal hingga penuh dan tutup dengan pastri 23 sm.

6. Kemaskan doh dengan menekan di sekeliling acuan, sebelum dicucuk dengan garpu.

7. Akhir sekali, sapu permukaan pastri dengan telur dan bakar pada suhu 180 darjah Selsius selama 45 minit atau hingga masak.

8. Biar sejuk sebelum dipotong dan dihidangkan.

Friday 28 October 2011

Tiramisu Lapis Strawberry


bahan-bahan :
200 ml whipping cream / whip topping
250 g cream cheese
1/4 cawan gula aising / gula kastor
lady fingers / biskut tiramisu secukupnya
1/2 cawan puri strawberi
1 cawan air nescafe panas
serbuk koko /green tea powder untuk hiasan
buah strawberi untuk hiasan
Cara-cara :
Pukul whipping cream / whip topping hingga kental dan gebu. Ketepikan.
Dalam bekas berlainan, pukul krim keju hingga putih dan kemudian masukkan gula dan putar lagi hingga kembang.
Satukan no 1 dan no 2. Sebatikan.
Sediakan bekas yang bersesuaian, celupkan biskut tiramisu ke dalam air nescafe dan susunkan ke dalam bekas tadi. Kemudian, ratakan dengan sedikit adunan krim tadi.
Ratakan pula di atasnya dengan puri strawberi.
Kemudian susunkan di atasnya dengan biskut yang sudah dicelup dengan air nescafe. Ulangi proses hingga habis dan diakhiri dengan lapisan krim.
Tutup bekas dengan cling wrap / plastik dan simpan ke dalam peti sejuk selama 3 jam atau semalaman.
Semasa hendak menghidang, taburkan serbuk koko atau serbuk matcha dan hiaskan dengan hiris strawberi

Blueberry Cheesecake Unbaked


BAHAN-BAHAN :

250 grm cream cheese
200 grm cream/whipping cream- 1 kotak kecil
100 grm gula castor - boleh tambah jika suka lebih manis
15 grm gelatin halal brand Nona
100 ml air suam
Blueberry filling

BASE :


200 grm biskut digestive atau biskut marie
100 grm butter dicairkan

Biskut digestive dihancur halus kemudian digaulkan dengan butter yang dicair sehingga cukup sebati dan boleh dipadat atau dikepal-kepal . Kemudian semua adunan biskut ni tekankan sampai padat dalam bekas yang sesuai . Sejukkan selama 30 minit - 1 jam.


FILLING :

Putar 250gm cream cheese bersama gula castor hingga kembang.Setelah kembang, masukkan semua cream/whipping cream dan pukul hingga lembut & sebati. Ketepikan.

Bancuh gelatin + 100ml air suam . Masukkan gelatin ini ke dalam adunan chream cheese tadi dan gaul semua bahan sehingga cukup mesra.

Tuang adunan cream cheese tadi ke atas base. Sejukkan didalam peti sejuk dan bila dah keras, keluarkan & hias dgn blueberry filling.

Strawberry Cheesecake Unbaked



BAHAN-BAHAN :

250 grm cream cheese
300 grm cream/whipping cream
180 grm gula castor - boleh tambah atau dikurang
45ml susu segar dalam kotak
1 sudu besar lemon jus
1 1/2 sudu besar gelatin halal
3 sudu besar air suam
180 gm buah strawberri yang dikisar kasar


CARA MEMASAK :

BAHAN-BAHAN BASE:


200grm biskut marie
150grm mentega - dicairkan

Biskut marie dihancur halus kemudian digaulkan dengan butter yang dicair sehingga cukup sebati dan boleh dipadat atau dikepal-kepal . Kemudian semua adunan biskut ni tekankan sampai padat dalam bekas yang sesuai . Sejukkan selama 30 minit - 1 jam.

FILLING :

- Pukul whipping cream sehingga agak kembang dalam 3 minit sahaja dengan menggunakan speed sederhana dan pastikan jangan terlebih pukul ya . Kemudian simpan dalam peti sejuk .


-Bancuh gelatin dengan 4 sudu besar air suam dan semua lemon jus dalam periuk kecil dan masak gelatin ni dengan menggunakan teknik double boiling sehingga gelatin betul-betul larut dan masak . Proses ni sekejap saja .


- Putar 250gm cream cheese bersama gula castor dan susu hingga kembang creamy .


- Masukkan bancuhan gelatin ini ke dalam adunan chream cheese tadi dan gaul semua bahan kemudian masukkan adunan whipping cream tadi dan kacau semua adunan sehingga sebati . Kemudian masukkan semua buah strawberri yang sudah dikisar kasar dan digaul adunan bagi rata .

-Tuang adunan cream cheese tadi ke atas base. Sejukkan didalam peti sejuk selama 8-12 jam kalau biar lagi lama kek dalam peti sejuk lagi baik dan bila dah keras baru dikeluarkan dari acuan .

Saya hias pemukaan atas cheese cake ni dengan buah strawberri actually ikut la kepada kreativiti masing-masing macam mana nak hias ya . Perlu pastikan kek ni betul-betul keras so perlu simpan kek ni dalam peti ais selama 8 jam atau lebih . Bila dah keras baru la boleh dikeluarkan kek ni dari acuan kek .

Kek Batik Lapis Cheese

Bahan2: (Saiz 9x9)

A:
2 bungkus biskut marie perisa coklat-lebih kurang 600 g (jenama LEE)
500 ml susu segar,dipanaskan
B:
500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura)
10 ml susu segar
1/2 cawan gula halus

Caranya :

1. Satukan cheese dan gula halus,pukul sebati
2. Masukkan susu segar sedikit demi sedikit,jangan sampai adunan terlalu cair
3. Pukul lagi hingga kembang dan sebati,ketepikan
4. Sediakan bekas yang di alaskan terlebih dahulu dengan plastik/kertas minyak/baking paper.
5. Panaskan susu segar,padamkan api.
6. Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu (suam2 panas)..terus susun dalam bekas..(Celup 1 saat je taw)
7. Pastu sapukan adunan cheese di atasnya,ratakan
8. Ulang proses melapis biskut,kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi
9. Ulang proses melapis hingga habis,biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
10. Kemudian,kisar baki biskut yang ada,taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese.(Kalau pakai jenama LEE,boleh ramas2kan je dalam penapis tu..jadi serbuk lah ia..)
11. Tekan2 sikit permukaan tu..masukan dalam peti sejuk,biarkan selama 6 jam sebelum dipotong.

Triple Chocolate Cheesecake


200g plain chocolate biscuits
80g butter, melted
1/3 cup cold tap water
5 teaspoons gelatine
500g cream cheese, softened
1/2 cup icing sugar
1/2 cup milk
150g white chocolate, melted
150g dark chocolate, melted
1 1/2 cups thickened cream, whipped
100g milk chocolate, grated
cocoa powder, to serve

Method
Grease and line a 24cm (base) springform pan. Process biscuits in a food processor to fine crumbs. Transfer to a bowl. Add melted butter. Stir until well combined. Use your fingertips to press into base of prepared pan. Refrigerate for 20 minutes or until firm.
Place water into a heatproof microwavesafe bowl. Sprinkle over gelatine. Stand for 1 minute. Microwave, uncovered, on HIGH (100%) power for 20 to 40 seconds or until gelatine dissolves. Set aside for 15 minutes.
Using an electric mixer, beat cream cheese, sugar and milk until smooth. Stir in gelatine. Divide cream cheese mixture between 2 bowls.
Stir white chocolate into 1 cream cheese mixture. Stir dark chocolate into other.
Fold half the cream through white chocolate mixture and half through dark chocolate mixture.
Pour dark chocolate mixture over biscuit base. Freeze for 10 minutes or until firm to the touch. Carefully spread white chocolate mixture over dark. Cover. Refrigerate overnight.
Release sides of pan. Place cheesecake onto a serving platter. Sprinkle with grated milk chocolate. Dust with cocoa. Cut into slices with a warm knife. Serve.

Strawberries and Cream Cheesecake


200g packet granita biscuits
100g butter, melted
250g strawberries, hulled, quartered
500g cream cheese, softened
1/2 cup SPLENDA® Granular
2 eggs
2 teaspoons vanilla extract
300mls thickened cream
Fresh strawberries, to serve

Method
Preheat oven to 170°C/150°C fan-forced. Grease a 6cm-deep, 22cm round springform pan. Place biscuits in food processor. Process biscuits until finely chopped. Add butter. Process until combined. Press mixture evenly over base of prepared pan. Refrigerate for 20 minutes.
Meanwhile, place strawberries and 2 tablespoons of cold water in a small saucepan over low heat. Simmer for 2 to 3 minutes or until strawberries have softened and most of the liquid has been evaporated. Set aside.
Using an electric mixer, beat cream cheese and SPLENDA® until smooth. Add eggs, one at a time, beating well between additions. Gradually add vanilla and cream, beating until combined. Gently swirl (marble) strawberry mixture into cheesecake mixture. Pour into prepared pan. Place pan on a baking tray.
Bake for 50 to 55 minutes or until just set (cheesecake will wobble slightly in centre). Turn off oven. Cool cheesecake in oven for 3 hours with door ajar. Refrigerate overnight. Serve with berries.

Berry Passion Cheesecake


Resepi dari: Taste.com.au

250g pkt plain sweet biscuits
125g unsalted butter, melted
60ml (1/4 cup) boiling water
3 tsp gelatine powder
2 x 250g pkts light cream cheese, at room temperature
100g (1/2 cup) caster sugar
300ml ctn light thickened cream
1 tbs fresh lemon juice
300g fresh or frozen raspberries
2 passionfruit, halved
55g (1/4 cup) caster sugar, extra
1 tbs cornflour
60ml (1/4 cup) water

Method
Release the base from a 20cm (base measurement) springform pan. Invert. Spray with oil. Line the base and side with non-stick baking paper, allowing the edge to overhang.
Process biscuits in a food processor until finely crushed. Add butter and process to combine. Transfer to prepared pan. Use the back of a spoon to spread and press biscuit mixture firmly over the base and side of the pan. Cover with plastic wrap. Place in the fridge for 30 minutes to chill.
Place the boiling water in a heatproof bowl. Sprinkle with gelatine and use a fork to stir until the gelatine dissolves. Set aside for 10 minutes to cool.
Meanwhile, use an electric beater to beat the cream cheese and sugar in a bowl until smooth. Add the cream and beat until well combined.
Add the gelatine mixture, lemon juice and half the raspberries to the cream cheese mixture. Fold to combine. Pour into the prepared pan and smooth the surface. Cover and place in the fridge for 4 hours or overnight to chill.
Process the remaining raspberries in a food processor until smooth. Press through a fine sieve into a small saucepan. Stir in the passionfruit pulp and extra sugar. Combine the cornflour and water in a small bowl. Add to the pan. Stir over medium heat for 2-3 minutes or until the mixture boils and thickens. Set aside to cool to room temperature. Spread evenly over the top of the cheesecake. Place in the fridge for 1-2 hours or until set.

Kek Berkastad Peach


Kek Berkastad Pic

Sponge Cake

5 telur
150 g gula castor
120 g tepung gandum
10 g Ovalette
80 g mentega cair

Cara membuatnya

1. Masukkan gula dan telur dalam mangkuk, pukul dengan electric mixer sampai kembang dan ringan.
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau sebati.
3. Masukkan Ovalette dan adun sebati.
4. Masukkan butter cair.
5. Tuang dalam bekas bakar 8" yang sudah dilapik kertas dan disapu minyak.
6. Bakar lebih kurang 30 minit untuk 180 darjah selsius. Keluar dari bekas sebaik sahaja masak.

Kastad Pic
1 cawan susu segar
Setengah cawan gula castor
3 biji telur merah
3 sudu besar tepung kastad (kalau nak lebih cair 2 tbs cukup)
1 cawan pic (dalam tin/kaling), hancurkan dengan garfu.


Cara membuatnya
1. Panaskan susu segar + gula + telur atas api sederhana.
2. Masukkan 1/2 susu hangat ini dalam tepung kastad. Pukul sampai sebati (dan tidak berbiji2).
3. Tuang adunan ini dalam lebihan adunan susu tadi dan masak atas api sederhana beberapa minit.
4. Bila dah meruap, masukkan puri pic tadi.
5. Kacau sebati sampai adunan likat. Ketepikan.

Hiasan
1. Krim putar.
2. Pic kaling.
3. Coklat ganache.

Cara menghias kek
1. Potong kek tiga lapisan.
2. Sapu lapisan kek pertama dengan kastad pic.
3. Kemudian susun juga beberapa keping pic.
4. Ambil anggaran dua cawan krim putar. Masukkan dalam pemukul elektrik, putar dengan kelajuan tinggi sampai gebu.
4. Letakkan lapisan kek ke-2 atas lapisan pertama. Sapu krim putar.
5. Akhir sekali baru letak lapisan kek atas sekali.
6. Sapu krim putar dengan spatula ke seluruh kek. Simpan kek dalam peti ais lebih kurang 10 minit.
8. Cairkan coklat masakan (teknik double boil).
9. Biarkan sejuk.
10. Masukkan dalam piping beg dan hiaslah kek tadi.
11. Susun buah pic kaling.
12. Simpan dalam peti sejuk dan hanya dikeluarkan untuk dihidang.

German Black Forest

Resepi ni saya dapat daripada auntie saya yg memang pandai buat kek!



German Black Forest

Bahan A
95 g minyak jagung

Bahan B
30 g serbuk koko
150 g dark chocolate (dadu)

Bahan C
90 ml air kosong (air paip)

Bahan D
60 g high ratio flour atau superfine flour atau tepung kek
1/2 tsp baking soda
1/2 tsp baking powder

Bahan E
6 kuning telur

Bahan F
225 g putih telur
95 g gula kastor
1/2 tsp cream of tartar

Chocolate Mouse
350 g whipping cream
1 1/2 tbs gula kastor
20 g serbuk koko
75 ml pitted cherry juice
1 1/2 tsp gelatin (dilarut dalam 2 tbs air)
3/4 tbs instant coffee powder
2 tin (kaleng) dark pitted cherry
Chocolate ganache

Loyang 9"


Kaedah Penyediaan

1. Panaskan oven 180 C. Alas loyang dengan kertas minyak.
2. Panaskan minyak. Masukkan bahan B, kacau sampai coklat cair. Tutup api. Kemudian masukkan C, D dan E.
4. Ketepikan.
5. Putar putih telur dengan kelajuan tinggi sampai stabil. Kemudian ambil semangkuk adunan ini, masukkan dalam bahan adunan 2. Kacau sebati. Ulangi proses sampai semua putih telur habis. Guna spatula atau sudip sahaja ya.
6. Bakar 45 minit atau sampai kek masak.
7. Pukul whipping cream sampai gebu bersama gula dan serbuk koko dan gelatin dan jus cherry.
8. Bahagi kek kepada 3 bahagian dan sapu setiap lapisan dengan chocolate mousse dan pitted cherry.
9. Litupi seluruh kek dengan baki frosting tadi dan hias.
10. Simpan dalam peti sejuk dan hanya dikeluarkan jika hendak dihidangkan saja.

Kek Coklat Putih Salju

Kek ni simple dan sedap, boleh buat kek harijadi dan juga kek hantaran bertunang, enjoy!



Kek Coklat Putih Salju


Kek Span
1. Sediakan sebiji kek span coklat berukuran 8" bulat menggunakan adunan Kek Span Coklat Segera.

Hiasan
1. Krim putar (anggaran 2 1/2 cawan), pukul dengan kelajuan tinggi.
2. Dua cawan strawberry segar (ikut suka kalau nak lebih)
3. Coklat ganache.

Cara menghiasnya

1. Potong kek kepada 3 lapisan.
2. Sapu krim putar secukup rasa.
3. Sudahi dengan menyalut seluruh kek dengan krim putar.
4. Masukkan coklat ganache dalam piping bag dan hiaslah mengikut citarasa.
5. Susun strawberry sebanyak mana yang mahu.

Red Velvet Cake Lagi

hehehehe, ni gambar cake yg baru buat semalam sebab baru balik dari Cameron Highland so ada banyak strawberries kat dalam fridge tu. so apa lagi, buat kek la. lagipun, anak saya si sara tu mmg selalu tanya bila nak buat kek lagi. so kalau nak cuba ader 2 resepi saya dah letak sebelum ni. salam sayaNG, Roslinda.

Thursday 27 October 2011

Red Velvet Cake 2


BAHAN-BAHANNYA:

Red Velvet Cake

2 1/2 cup ( 250gm ) tepung yang dah diayak (maksudnya ayak dulu baru timbang ok)
1/2 sudu teh garam
2 sudu besar (15gm) serbuk koko
1/2 cup (113gm) unsalted butter
2 1/2 cup (300gm) gula --- saya dah kurangkan jadi 250gm gula je.
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
1 cup ( 240ml) buttermilk
2 sudu besar pewarna merah @ merah jambu ---- saya pakai merah jambu
1 sudu teh cuka @ white distilled vinegar
1 sudu teh baking soda


* kalau takde buttermilk jangan susah-susah, ambil susu segar pada suhu bilik sebanyak 240ml kemudian tambahkan 1 sudu besar cuka @ lemon juice.. biarkan selama 5-10 minit.



Cream cheese frosting:
250gm cream cheese
30gm butter
1 sudu besar perahan lemon @ lime
1 sudu besar esen vanilla
1 sudu besar susu segar
100gm gula ising

CARA-CARANYA:

preheat oven: 160 c

1) ayak serbuk koko dan tepung dalam satu bekas dan kacau.

2) campurkan buttermilk dengan pewarna merah @ pink

3) dalam bekas lain, mix kan butter sampai kembang dan creamy, kemudian tambah gula dan pukul lagi sampai kembang dan sebati. Masukkan vanilla esen, mix. Masukkan telur satu persatu. Lepas satu biji telur, mix. Kemudian masukkan satu lagi telur dan mix lagi.

4) Kemudian masukkan tepung+koko yang sudah diayak secara berselang seli dengan buttermilk. masukkan tepung, mix.. then masukkan buttermilk mix sampai habis kesemuanya.

5) Bila dah sebati, campurkan 1 sudu teh baking soda dan 1 sudu teh cuka sampai ada bubbles. Then cepat-cepat masukkan dalam batter yang dah di mix tadi ok! kemudian terus masukkan dalam loyang @ springform loyang ye. Terus bake selama 25-30 minit.

6) bila kek dah siap bake, sejukkan dalam peti ais beberapa jam.. Supaya senang nak dibelah nanti, sebab lepas masak ni, kek agak fragile. Takut kek pecah. huhu.

7) Kemudian terpulang la nak belah 2/3/4 lapis. Setiap lapis tu sapukan cream cheese frosting ye. Kemudian dah siap sejukkan lagi dalam peti ais sehari semalam boleh, beberapa jam pun boleh. Bolehlah makan!hee.

Red Velvet Cake


Bahan2 untuk Kek
250 gm tepung gandum
1/2 sk garam
15 gm serbuk koko (2 sudu kecil)
113 gm butter - suhu bilik
300 gm gula kastor (boleh kurangkan jadi 200 gm kalau tak suka manis)
2 biji telur grade A
240ml susu segar + 1 sb cuka
2 sb pewarna merah
1 sk cuka
1 sk baking soda


Cream Cheese Frosting
250 gm cream cheese
1 sk esen vanila
50 gm gula icing
1/2 cawan whipping cream

Cara-cara

1. pnaskan oven pade suhu 160 C
2. ayak tepung,garam dan serbuk koko. ketepikan.
3.pukul butter dan gula hingga kembang. Campurkan telur satu persatu dan pukul sekali lagi hingga gebu.
4.Masukkan esen vanila, kacau rata.
5.Campukan buttermilk @ susu segar yg dicampur cuka dgn pewarna merah.
6.masukkan buttermilk dengan adunan tepung tadi berselang seli,setiap satunya 3 bahagian iaitu dinulakan dan diakhiri dengan tepung (tepung, buttermilk, tepung, buttermilk, tepung, buttermilk, tepung). kacau rata.
7. didalam cawan kecil, satukan cuka dengan baking soda, biarkan ia berbuih dan cepat masukkan dalam adunan tadi. kacau rata.
8. masukkan adunan ke dalam loyang yang sesuai, (jgn lupe sapu loyang ngan butter dan sedikit tepung dulu) dan bakar sehingga 30 minit atau kek masak sepenuhnya. (cucuk kek ngan lidi, kalo x melekat kek pade lidi maknenye da masak la tu).
9. setelah masak biarkan kek sejuk seketika sebelum menyapuye dgn cream cheese frosting...


Cream Cheese Frosting
1. pukul laju cream cheese hingga licin.
2. campurkan esen vanila dan gula. pukul lagi hingga larut dan licin.
3. campur whipping cream atau air panas. kacau lagi sampai betul2 smooth...
4. belah kek pada 4 atau 2 bahagian sama besar
5.sapu setiap belahan ngan cream cheese frosting.
6. sapu bahagian luar kek ngan cream cheese frosting. boleh hias dgn strawberry / kelapa kering jika suka @ ikut kreativiti anda.
7. sejukkan sebentar beberapa jam hingga cream cheese sedikit keras, blh la dihidang..

Kek Oren


Bahan-bahan ( satu family leh mkn.. )

250gm tepung gandum
175gm gula halus
175gm butter
2 sudu besar fresh milk
1 sudu teh baking powder
1-2 sudu teh parutan kulit oren
3 biji telur
jus dari 1 biji oren
1/2 sudu teh garam
Cara-cara

Ayak tepung gandum, baking powder dan garam.
Pukul butter dan gula hingga kembang.
Masukkan telur satu-satu.
Masukkan tepung, parutan kulit oren, fresh milk dan jus oren. pukul sebati.
Bakar hingga masak..(45min-1 jam..bergantung pada oven)

Saturday 22 October 2011

Choccolate Cake


Dry ingredients to sieve:

1 3/4 cups plain flour
3/4 cups cocoa powder
1 1/2 tsp baking powder
1 1/2 tsp baking soda

2 cups caster sugar
1 tsp salt

Wet ingredients to combine:

1 cup fresh milk
1/2 cup corn oil
2 eggs, beaten
1 cup boiling hot water
2 tsp vanilla

Method:

1. Mix sugar & salt with the dry ingredients in the mixer.
2. Pour all the wet ingredients into the dry ingredients. Mix it in but do not overbeat.
3. Pour into 2 x 9inch round greased tin.
4. Bake in a preheated 180º C oven for approximately 45 minutes.
5. Place on a wire rack to cool.

Deliciously Moist Chocolate Cake


Chocolate Frosting:

1 cup icing sugar, sieved
1/2 cup cocoa powder, sieved
1 tbsp butter
1 tsp vanilla
4 tbsp milk

Method for Frosting:

Mix all the ingredients till it becomes smooth & shiny. Pour over cooled cake.
I like to pour the frosting over a hot cake & let the frosting flow but it's harder for handling if you are not used to it!

Klasik Strawberry Cheesecake


Ingredients:~
1 cup crushed digestive biscuits
500 gm cream cheese
1 1/4 cup sugar
4 eggs
grated rind of 1 lemon
1 tsp vanilla essence

~Method~
1. Press the biscuits on the aluminium foil-layered base of an 8" spring-form tin.
2. Beat the cream cheese till smooth.
3. Put the eggs in one at a time. Beat well between each egg.
4. Add the lemon rind and essence. Beat a little more to incorporate the flavors.
5. Pour into the pressed biscuit.
6. Put the prepared tin in a larger baking tray and place it in a preheated 160ºC oven.
7. Pour enough boiling water to come 1 inch up the sides of the tin.
8. Bake for approximately 1 1/2 hours or until the top is golden brown in color.
9. Cool in the tin.
10.Run a knife around the edge to loosen, then remove the rim of the tin.
11. Chill for about 4 hours. Decorate with strawberries just before serving.

Thursday 20 October 2011

Nasi Mesir


Bahan-bahan:

2 gelas beras
1/4 gelas minyak sapi
Sedikit minyak kacang
2 gelas air sejuk
6 ulas bawang merah - ditumbuk
4 ulas bawang putih - ditumbuk
1 sm halia
1/2 sudu besar ketumbar - ditumbuk
1/4 sudu besar jintan putih - ditumbuk
1/4 besar jintan manis - ditumbuk
4 tangkai cili hijau - dipotong kecil
1 biji tomato - dipotong dadu
Sedikit daun ketumbar, daun bawang dan daun pudina
Sedikit kismis, gajus atau badam goreng
Sedikit kacang pis
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:

1. Panaskan campuran minyak sapi,

2. Tumis bawang tumbuk sampai kuning.

3. Masukkan rempah tumbuk, halia, air dan garam.

4. Apabila mendidih, masukkan beras.

5. Masak seperti biasa hingga kering.

6. Kemudian masukkan cili hijau, tomato dan daun-daun pembangkit aroma.

7. Ketika menghidangkannya, tabur kismis, kacang pis, gajus atau badam.

Puding Zebra


BAHAN A:

25 gm agar-agar serbuk
700ml air
170 gm gula
2 helai daun pandan

BAHAN B:

250ml susu cair
30 gm tepung kastad
2 biji telur
1/2 sudu kecil esen vanila


BAHAN C:

1 sudu besar koko

CARA MENYEDIAKAN:

1. Masak bahan A sehingga sebati.

2. Masukkan bahan B yang telah dipukul sebati dan kacau adunan sehingga hampir pekat.

3. Bahagikan kepada 2 bahagian. Satu bahagian warnakan dengan serbuk koko dan satu bahagian lagi tidak perlu diwarnakan.

4. Tuangkan secara berselang-seli ke dalam acuan. Tuang sebahagian adunan tanpa koko ke dalam acuan, masukkan ke dalam peti sejuk sebentar, diikuti sebahagian adunan berkoko.

5. Ulangi proses dengan menuang dan mengeraskan adunan secara berselang-seli sehingga habis.

* Anda boleh menghias dengan menyusun hirisan buah-buahan di bahagian bawah acuan sebelum menuang lapisan pertama.

Puding Kastard Lapis Buah-Buahan


Bahan-bahan:

450 ml susu segar
1 sudu besar tepung kastard - rata
2 sudu besar gula
Sedikit strawberi, kiwi, nanas dan betik - didadu


Cara Menyediakan:

1. Campurkan tepung kastard dengan sedikit susu dan kacau hingga rata. Ketepikan

2. Panaskan lebihan susu dan gula hingga larut, tuangkan campuran ini ke atas kastard tadi, kacau hingga semuanya bercampur rata.

3. Masak di atas api sederhana hingga pekat sambil dikacau agar tidak bergentel.

4. Isikan campuran buah-buahan ke dalam mangkuk hidang atau gelas sundae dan tuangkan kastard. Hiaskan juga bahagian atas dengan buah-buahan.

Wednesday 19 October 2011

Puding Coklat Bersos Kastard


Puding Coklat :

10 g serbuk agar2 (plain)
500 ml susu segar ( lebihkan 100ml)
250 ml susu cair
100 ml air
3/4 cawan gula pasir
2 sb susu pekat
2 sb serbuk koko (bancuhkan dgn sedikit air panas)>> blh tambah coklat emulco
1 sb tepung kastard + 2 sb air
1 sb mentega
1 sk esen vanilla

Cara-cara :
Larutkan agar-agar dan gula bersama 100 ml air. Kemudian, masukkan susu segar, susu cair dan susu pekat. Kacau sebati dgn api perlahan. Setelah itu, masukkan koko, esen vanilla, tepung kastard dan mentega. Sebatikan. Tutupkan api. Tuangkan ke dlm bekas bersesuaian. Sejukkan.



Bahan Sos :
2 cawan susu segar/susu cair (campurkan kedua2nya)
2 sb tepung kastard
4 sb gula pasir
1 sk esen vanilla

Cara-cara :
Satukan kesemuanya di dlm periuk. Kacau hingga tepung larut. Kemudian, dipanaskan dgn api kecil hingga sos kelihatan pekat. Tutupkan api, dan tuangkan ke dalam bekas puding tadi. Sejukkan terlebih dahulu. Kemudian, hiaskan dgn coklat urai jika suka.

Tuesday 18 October 2011

Kerabu Suun


Bahan-bahan:

15 ulas bawang kecil - hiris halus
3 lagu bawang besar - potong bulat
2 biji buah tomato - potong enam
2 paket suun - dicelur
15 biji cili padi - tumbuk
1 pokok daun bawang - hiris
1 pokok daun sup - hiris
2 batang serai - hiris
50 gm udang basah - buang kulitnya
2 ekor sotong - saiz besar dan potong bulat
1 bahagian dada ayam - cincang
5 biji limau nipis - perah airnya
2 sudu besar kicap cair
Garam dan gula secukup rasa

Cara Menyediakan:

1. Rebus ayam, udang dan sotong hingga masak. (Anda boleh menyimpan air rebusannya untuk dijadikan stok).

2. Suun yang telah dicelur dicampurkan dengan bahan-bahan di atas. Gaul hingga rata. Sekiranya terlalu kering, tambahkan sedikit air rebusan tadi.

3. Boleh dihidangkan begitu sahaja atau dijamu bersama nasi putih dan hidangan lain.

Kerabu Epal Hijau


Bahan-bahan:

2 biji epal hijau - dihiris nipis memanjang
Sedikit lobak merah - dihiris memanjang
1 labu bawang besar - dipotong dadu
5 tangkai cili padi - dihiris
2 kuntum bunga kantan
2 batang serai - dipotong nipis
2 sudu besar udang kering - ditumbuk halus
1/2 cawan kelapa parut - digoreng dan ditumbuk sedikit
1 sudu besar air limau kasturi
Garam secukup rasa

Cara Menyediakan:

1. Satukan kesemua bahan-bahan tadi.
2. Gaul agar kesemua bahannya sebati.
3. Hidangkan segar bersama-sama hidangan lain.

Kerabu Mangga Muda


Bahan-bahan:

4 biji mangga muda - dibuang kulitnya dan sagat
6 ulas bawang merah - dihiris
2 tangkai cili merah - dihiris
2 tangkai cili hijau - dihiris
1 sudu besar udang kering - dikisar
1 sudu besar cuka makan
5 ulas cili padi - dihiris
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
1/2 cawan kacang tanah - disangai dan tumbuk kasar


Cara menyediakan:

1. Satukan kesemua bahan dalam mangkuk.

2. Gaul kesemua bahan itu hingga sebati.

3. Bolehlah dihidangkan.

Monday 17 October 2011

Puding Cendol


Bahan-bahan:

20 gm agar-agar segera
1300 ml air
1 tin susu cair
1 cawan santan pekat
1 cawan gula merah
1 buku gula Melaka
1 1/4 cawan gula kasar
1 cawan cendol
Sedikit garam
Beberapa biji ceri merah

Cara menyediakan:

1. Masak agar-agar dengan air hingga hancur.

2. Masukkan garam, susu cair dan santan pekat. Kacau selalu agar tidak naik minyak.

3. Angkat dan bahagikan kepada dua bahagian.

4. Setiap satu dimasukkan ke dalam periuk yang berbeza. Perlahankan api di kedua-dua periuk.

5. Satu adunan dimasukkan gula kasar dan biarkan gula hancur.

6. Kemudian masukkan cendol.

7. Manakala satu lagi adunan, dimasukkan gula merah dan gula Melaka. Kacau sehingga kedua-dua jenis gula hancur.

8. Aturkan ceri di dalam acuan agar-agar.

9. Tuangkan sebahagian adunan putih, biarkan beku sedikit.

10. Tuangkan pula sebahagian adunan gula merah dan biarkan mengeras sedikit.

11. Ulangi proses melapis antara adunan putih dan adunan gula merah sehingga habis.

12. Biarkan beku dan sejukkan sebelum dihidang.

Kek Yogurt Strawberry


Bahan-bahan:

175 gm mentega
175 gm gula kastor
3 biji telur
225 gm tepung naik sendiri
2 cawan yogurt strawberi
1 sudu kecil esen strawberi
Sedikit pewarna merah

Cara menyediakan:

1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang.

2. Masukkan esen strawberi dan telur satu persatu dan pukul hingga sebati.

3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit, berselang-seli dengan yogurt strawberi.

4. Kemudian kaupkan perlahan-lahan dengan menggunakan senduk kayu hingga sebati.

5. Bahagikan adunan kepada dua bahagian.

6. Bahagian pertama dimasukkan pewarna merah dan dikacau hingga sebati.

7. Manakala bahagian kedua pula dibiarkan bewarna putih.

8. Tuangkan sesenduk adunan merah jambu di tengah-tengah loyang pembakar bulat yang sudah digriskan.

9. Tuangkan pula sesenduk adunan putih ke atas adunan merah jambu.

10. Ulang dengan adunan merah jambu berselang-seli dengan adunan putih hingga habis kesemua adunan.

11. Bakar selama 35 hingga 40 minit pada suhu 160 darjah Celsius.

12. Apabila masak, sejukkan kek sebelum dihias mengikut cita rasa anda.