TQ Sudi Follow Saya
Friday, 28 October 2011
Tiramisu Lapis Strawberry
bahan-bahan :
200 ml whipping cream / whip topping
250 g cream cheese
1/4 cawan gula aising / gula kastor
lady fingers / biskut tiramisu secukupnya
1/2 cawan puri strawberi
1 cawan air nescafe panas
serbuk koko /green tea powder untuk hiasan
buah strawberi untuk hiasan
Cara-cara :
Pukul whipping cream / whip topping hingga kental dan gebu. Ketepikan.
Dalam bekas berlainan, pukul krim keju hingga putih dan kemudian masukkan gula dan putar lagi hingga kembang.
Satukan no 1 dan no 2. Sebatikan.
Sediakan bekas yang bersesuaian, celupkan biskut tiramisu ke dalam air nescafe dan susunkan ke dalam bekas tadi. Kemudian, ratakan dengan sedikit adunan krim tadi.
Ratakan pula di atasnya dengan puri strawberi.
Kemudian susunkan di atasnya dengan biskut yang sudah dicelup dengan air nescafe. Ulangi proses hingga habis dan diakhiri dengan lapisan krim.
Tutup bekas dengan cling wrap / plastik dan simpan ke dalam peti sejuk selama 3 jam atau semalaman.
Semasa hendak menghidang, taburkan serbuk koko atau serbuk matcha dan hiaskan dengan hiris strawberi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment