TQ Sudi Follow Saya
Friday, 28 October 2011
Strawberry Cheesecake Unbaked
BAHAN-BAHAN :
250 grm cream cheese
300 grm cream/whipping cream
180 grm gula castor - boleh tambah atau dikurang
45ml susu segar dalam kotak
1 sudu besar lemon jus
1 1/2 sudu besar gelatin halal
3 sudu besar air suam
180 gm buah strawberri yang dikisar kasar
CARA MEMASAK :
BAHAN-BAHAN BASE:
200grm biskut marie
150grm mentega - dicairkan
Biskut marie dihancur halus kemudian digaulkan dengan butter yang dicair sehingga cukup sebati dan boleh dipadat atau dikepal-kepal . Kemudian semua adunan biskut ni tekankan sampai padat dalam bekas yang sesuai . Sejukkan selama 30 minit - 1 jam.
FILLING :
- Pukul whipping cream sehingga agak kembang dalam 3 minit sahaja dengan menggunakan speed sederhana dan pastikan jangan terlebih pukul ya . Kemudian simpan dalam peti sejuk .
-Bancuh gelatin dengan 4 sudu besar air suam dan semua lemon jus dalam periuk kecil dan masak gelatin ni dengan menggunakan teknik double boiling sehingga gelatin betul-betul larut dan masak . Proses ni sekejap saja .
- Putar 250gm cream cheese bersama gula castor dan susu hingga kembang creamy .
- Masukkan bancuhan gelatin ini ke dalam adunan chream cheese tadi dan gaul semua bahan kemudian masukkan adunan whipping cream tadi dan kacau semua adunan sehingga sebati . Kemudian masukkan semua buah strawberri yang sudah dikisar kasar dan digaul adunan bagi rata .
-Tuang adunan cream cheese tadi ke atas base. Sejukkan didalam peti sejuk selama 8-12 jam kalau biar lagi lama kek dalam peti sejuk lagi baik dan bila dah keras baru dikeluarkan dari acuan .
Saya hias pemukaan atas cheese cake ni dengan buah strawberri actually ikut la kepada kreativiti masing-masing macam mana nak hias ya . Perlu pastikan kek ni betul-betul keras so perlu simpan kek ni dalam peti ais selama 8 jam atau lebih . Bila dah keras baru la boleh dikeluarkan kek ni dari acuan kek .
Labels:
Cheesecake
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment