TQ Sudi Follow Saya

Friday, 28 October 2011

Kek Berkastad Peach


Kek Berkastad Pic

Sponge Cake

5 telur
150 g gula castor
120 g tepung gandum
10 g Ovalette
80 g mentega cair

Cara membuatnya

1. Masukkan gula dan telur dalam mangkuk, pukul dengan electric mixer sampai kembang dan ringan.
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau sebati.
3. Masukkan Ovalette dan adun sebati.
4. Masukkan butter cair.
5. Tuang dalam bekas bakar 8" yang sudah dilapik kertas dan disapu minyak.
6. Bakar lebih kurang 30 minit untuk 180 darjah selsius. Keluar dari bekas sebaik sahaja masak.

Kastad Pic
1 cawan susu segar
Setengah cawan gula castor
3 biji telur merah
3 sudu besar tepung kastad (kalau nak lebih cair 2 tbs cukup)
1 cawan pic (dalam tin/kaling), hancurkan dengan garfu.


Cara membuatnya
1. Panaskan susu segar + gula + telur atas api sederhana.
2. Masukkan 1/2 susu hangat ini dalam tepung kastad. Pukul sampai sebati (dan tidak berbiji2).
3. Tuang adunan ini dalam lebihan adunan susu tadi dan masak atas api sederhana beberapa minit.
4. Bila dah meruap, masukkan puri pic tadi.
5. Kacau sebati sampai adunan likat. Ketepikan.

Hiasan
1. Krim putar.
2. Pic kaling.
3. Coklat ganache.

Cara menghias kek
1. Potong kek tiga lapisan.
2. Sapu lapisan kek pertama dengan kastad pic.
3. Kemudian susun juga beberapa keping pic.
4. Ambil anggaran dua cawan krim putar. Masukkan dalam pemukul elektrik, putar dengan kelajuan tinggi sampai gebu.
4. Letakkan lapisan kek ke-2 atas lapisan pertama. Sapu krim putar.
5. Akhir sekali baru letak lapisan kek atas sekali.
6. Sapu krim putar dengan spatula ke seluruh kek. Simpan kek dalam peti ais lebih kurang 10 minit.
8. Cairkan coklat masakan (teknik double boil).
9. Biarkan sejuk.
10. Masukkan dalam piping beg dan hiaslah kek tadi.
11. Susun buah pic kaling.
12. Simpan dalam peti sejuk dan hanya dikeluarkan untuk dihidang.

No comments:

Post a Comment