TQ Sudi Follow Saya

Saturday 29 October 2011

Skon Kismis

Untuk sarapan, skon jugak enak dimakan sekiranya anak-anak kita sukakan makanan yang simple selain daripada roti. Boleh pelbagaikan kismis tu dengan buah-buah kering yang lain macam badam, kurma, ataupun apa-apa yang anak anda suka mcm hotdog atau cendawan butang untuk skon savory.


Bahan-bahan:

2 cawan tepung naik sendiri
80 gm mentega beku - dipotong dadu
1/2 cawan yogurt
1 biji telur - dipukul hingga kembang
1 sudu besar gula kastor
3/4 cawan kismis hitam

Cara Menyediakan:

1. Campurkan tepung dan gula di dalam satu mangkuk.

2. Gunakan hujung jari, gaul dan ramaskan mentega dengan tepung tadi hingga menjadi serbuk roti.

3. Masukkan kismis hitam dan gaul hingga sebati. Setelah itu, campurkan telur yang sudah dipukul bersama yogurt.

4. Gaul perlahan-lahan sehingga doh sebati tetapi jangan sampai melekat.

5. Ambil doh, canai setebal 2 cm dan terapkan acuan bulat atau bibir gelas.

6. Sementara itu panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah Celsius.

7. Kemaskan keliling doh yang siap diterap, letakkan di atas dulang pembakar. Rehatkan selama 5 minit. Sapukan mentega di atasnya.

8. Bakar selama 12 minit pada suhu 180 darjah Celsius.

Untuk mendapatkan skon yang lembut jangan uli doh tadi cuma gaulkan sebati sahaja.

No comments:

Post a Comment