TQ Sudi Follow Saya

Monday, 17 October 2011

Kek keju Phileldelphia


BAHAN-BAHAN:

1 1/2 cawan oreo yang telah dihancurkan

2 sudu besar mentega cair

225 gm keju Philadelphia

1 cawan gula

5 biji telur gred A

2 sudu besar jus oren

1/2 sudu besar kulit lemon parut





CARA MENYEDIAKAN:

1. Campurkan mentega cair ke dalam biskut oreo yang telah dihancurkan tadi.

2. Terap ke dalam dulang dan bakar di dalam ketuhar selama lapan minit pada suhu 160C dan sejukkan.

3. Pukul keju Philadelpia bersama gula sehingga benar-benar sebati.

4. Masukkan telur satu per satu dan pukul lagi.

5. Masukkan jus oren dan kulit lemon dan pukul sebentar.

6. Kemudian, tuangkan ke dalam acuan yang mengandungi adunan biskut yang dibakar tadi dan bakar selama 55 hingga 60 minit.

7. Biarkan kek keju ini sejuk di dalam ketuhar.

8. Keluarkan bila ia benar-benar sejuk. Simpan di dalam peti sejuk.

9. Bakar dengan cara `water bath’, maknanya di atas acuan itu mestilah dilapik dengan dulang yang berisi air.

No comments:

Post a Comment