TQ Sudi Follow Saya

Tuesday, 22 November 2011

Brownies Lapis Cheese Kukus


untuk Lapisan choc brownies:

200gm marjerin (3/4 cawan + 1 sudu besar penuh)
200gm dark chocolate/choc masakan (3/4 cawan choc yang disagat atau dihiris halus)
170gm tepung gandum (1 1/2 cawan rata)-ayak
30gm serbuk koko (1/4 cawan rata)-ayak
170gm gula halus (1/2 cawan + 3 sudu besar rata)
4 biji telur

Untuk lapisan cheese:

250gm cream cheese
25 ml air
1 biji telur gred A


Cara2 membuatnya:


1. Panaskan kukus siap2... Kita buat lapisan choc brownies dulu k... kita nak cairkan marjerin + coklat masakan guna kaedah double boil..first, Didihkan air dalam periuk yang sesuai.....
2. Bila air dah menggelegak.. letakkan bekas tahan panas yang mengandungi marjerin + coklat masakan tadi... kacau rata dan perlahan2.... kaedah double boil nie bagus untuk mengelakkan pemanasan secara terus yang boleh buatkan coklat kita hangus...
3. Masukkan gula + telur dalam mixer bowl...
4. Pukul sehingga ia kembang
5.. Kalau dah jadi macamni dah ok..jangan lama sangat...
6. Masukkan tepung + serbuk koko sedikit demi sedikit... Masa nie tak payah guna mixer lagi tau.. nanti adunan jadi bantat...
7. Kita gunakan whisk pula... kalau takde.. guna spatula/senduk pun boleh.... Kacau sebati tepung + serbuk koko... buat sehingga habis..
8. pastikan dah rata dan tidak berketul2...
9. Kemudian, masukkan pula choc + marjerin yang dah dicairkan tadi...
10. Kacau sebati..Griskan loyang dengan marjerin dan alaskan dengan kertas minyak. Tuang separuh adunan tadi ke dalam loyang untuk mengelakkan air menitik ke atas permukaannya.. tutupkan dengan aluminium foil.
Kukus selama 15 minit

11. Sementara nak tunggu lapisan pertama masak.. kita buat lapisan cheese... Masukkan semua bahan2 kecuali telur ke dalam mixing bowl... Pukul sehingga adunan kembang. Kemudian masukkan telur pukul sekejap je untuk bagi dia rata
Tuangkan adunan cheese ke atas lapisan brownies yang dah masak tadi...Kukus selama 20 minit....
Lepas lapisan cheese dah masak, tuangkan pula baki adunan brownies tadi...
Kukus lagi selama 2o minit.. tutup juga dengan alumnium foil untuk mengelakkan air jatuh ke atas permukaan nya... Bila dah masak... sejukkan brownies pada suhu bilik...
Then kita buat pula toppingnya bila brownies dah sejuk....


bahan2 yang diperlukan :
300gm coklat masakan
120 ml whipping cream
1 sudu besar marjerin



cairkan semua bahan2 di atas menggunakan kaedah double boil juga...
kacau sehingga menjadi likat dan licin...biarkan ia suam2.... Tuangkan choc ganache ke atas permukaan brownies... Biarkan coklat ganache tadi meleleh secara semulajadi... Biarkan choc ganache mengeras sedikit dan kemudian hiaskan dengan strawberry dan choc yang diparut

No comments:

Post a Comment