TQ Sudi Follow Saya

Sunday 6 November 2011

Kek Marble Choc Cheese Kukus


Bahan A:

1 cawan gula pasir
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak mazola

semua bahan di atas digaul sebati dan masak atas api perlahan sehingga gula larut.
Rehatkan sekejap bila dah sebati

Bahan B:

3/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat
1 sudu kecil (sudu kfc) baking powder

semua bahan di atas diayak

Bahan C:

4 biji telur - dipukul hingga kembang

Bahan D:

250 gm cream cheese
3 sudu besar gula halus
1 sudu kecil esen vanila
1 biji telur

Cara membuat:

Panaskan pengukus terlebih dahulu.
Satukan bahan B dan bahan C ke dlm bahan A secara berselang seli dan gaul dgn senduk aje hingga sebati. Ketepikan dahulu.
Dalam bekas lain masukkan cream cheese, esen vanila dan gula kemudian putar hingga sebati.
Masukkan telur dan putar lagi hingga sebati (berkrim).
Sediakan loyang yg digris dan dilapik kertas kalis minyak.
Masukkan adunan coklat diikuti adunan cheese (D) dan diakhiri adunan coklat.
Lorekkan sket dgn lidi sate.
Kukus selama 11/2 jam atau sehingga masak. Jgn buka pengukus semasa proses mengukus 45 min yg pertama takut kek jd mendap.

No comments:

Post a Comment