TQ Sudi Follow Saya
Tuesday, 22 November 2011
Blueberry Cake
Resepi Sponge Cake
Bahan-bahan
150g tepong super fine
150g gula kastor
5 biji telor gred A
1 sudu besar ovalette
80ml air
80ml minyak / mentega cair
1 sudu teh serbuk penaik
Cara-cara
satukan gula, ovalette, tepong, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk adunan. pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.( tapi nie terletak kepada kalajuan pengadun)
perlahankan kelajuan dan masukkan air.pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.Masukkan perasa kesukaan anda.
tuangkan minyak/ mentega cair kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.
sediakan tin pembakar bulat atau 4segi ukuran 8icni, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. tuangkan adunan dan bakar selama 45minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180darjah celcius
bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek...lebih kurang 5 minit...bagi mengelakkan kek kita kempis.
Kemudian.... untuk whipping cream untuk disapukan pada lapisan cake and menutupi keseluruhan permukaan cake...
Bahan2 untuk topping dan filling:
450 ml whipping cream (manis)
Jem Blueberry secukupnya
Cara2 membuatnya:
1. Pukul whipping cream dengan mixer sehingga kembang dan gebu.
2. Potong 3 lapisan sponge cake yang telah sejuk tadi..
Sapu whipping cream, ratakan. Tepekkan jem blueberry di atas whipping cream tadi ..Kemudian sapu lagi dengan whip cream hingga menutupi jem blueberry.
Untuk lapisan terakhir, salut semua kek dengan whipping cream... hias dengan jem blueberry di tengah2 permukaan kek... Sejukkan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment