TQ Sudi Follow Saya
Sunday, 6 November 2011
Strawberry Marble Cupcakes
bahan-bahan kek:
1/4 cawan minyak canola
1/2 cawan susu
1 biji telur
1/2 ts garam
2 ts Baking powder
1/2 cawan gula
1 3/4 cawan tepung
1 cawan strawberi yang dipotong
bahan-bahan buttercream:
250 gm butter
250 gm krimwell
125 gm gula icing
200 gm golden syrup
Cara-cara kek:
Panaskan oven 160 darjah celcius. Sediakan kertas muffin.
Dalam mangkuk kecil pukul telur, susu dan minyak.
Dalam mangkuk besar masukkan tepung , baking powder, garam dan gula. gaul rata.
Pastikan strawberi yang di potong dadu tadi telah kering dari airnya dan dimasukkan ke dalam mangkuk besar berisi tepung tadi danmasukkan juga adunan susu yang telah digaul rata. Gaul semua menjadi adunan.
untuk memarblekannyamasukkan sedikit pewarna coklat dan pes coklat ke dalam 1/3 adunan yang telah diasingkan.
masukkan ke dalam kertas muffin secara berselang seli adunan coklat dan putih tadi dan boleh la dibakar selama 25 minit.
Cara-cara buttercream:
Pukul butter dgn krimwell hingga putih. Ayak gula dan masukkan ke dalam butter dan pukul hingga licin. Gunakan speed perlahan.
Bila sudah licin masukkan golden syrup dan pukul dgn speed laju hingga adunan putih dan creamy.
Sesuaikan dgn warna pilihan anda.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment