TQ Sudi Follow Saya
Saturday, 31 March 2012
Tips Membuat Muffin
- muffin yg cantik biasanya mempunyai kerak yg nipis di bahagian atasnya, sedikit garing dan permukaannya kelihatan berkilat dan berpasir. Manakala di bahagian dalamnya agak lembab.
- adunan muffin tidak seharusnya terlalu cair.
- basic membuat muffin adalah dgn mencampurkan bahan-bahan kering dalam satu bekas dan bahan2 basah dalam satu bekas yg lain. Kemudian kedua bahan2 kering dan basah ini disatukan dan dikacau rata.
- Cantik merekahnya muffin biasanya bergantung kpd agen penaik atau serbuk penaik yg mana kuantitinya mungkin lbh dari 1 sudu kecil utk satu cawan tepung.
- Sebelum menyediakan bahan2 muffin, pastikan oven dipanaskan terlebih dahulu sb penyediaan adunan muffin tidaklah mengambil masa yg begitu lama dan perlu terus dibakar sebaik shj diadun.
- Adunan muffin yg sudah siap diadun tidak boleh dibiarkan terlalu lama sb agen
penaiknya mungkin akan kehilangan kuasanya. Maka, muffin mungkin tidak akan naik cantik atau merekah.
- Jika menggunakan paper cup atau casing yg lembut, sila guna loyang/tin muffin untuk support melainkan jika menggunakan paper cup yg keras dan boleh berdiri sendiri, tidak perlulah menggunakan loyang/tin muffin (tp kalau terasa nk guna jugak, tak ada salahnya kan...hehe)
- jika nak safe, belilah muffin mix yang mmg dah sedia ada dijual mana-mana kedai perkakas kek atau di pasaraya. Cantik elok je kejadian muffin.
Labels:
muffin tips
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment