TQ Sudi Follow Saya

Saturday, 31 March 2012

Resepi Trifle Simple






Bahan-bahan:

1 liter susu segar

Sebiji kek swissroll

1 tin buah-buahan campuran

5 susu besar gula

5 sudu besar tepung jagung

1 sudu kecil esen vanilla

Sekotak jeli segera brand Nona perisa Rasberry




Cara-cara:

1. Hiris kek nipis dan susun dlm bekas atau gelas.

2. Taburkan buah campuran dan letak sedikit jus buah diatas.

3. Ketepikan.

4. Dalam periuk, masukkan susu, tepung jagung, gula dan esen. Kacau rata dan masak atas api sederhana dan kacau sentiasa supaya adunan tak bergentel. Tunggu sehingga adunan agak pekat. Kacau dalam masa 5-7 minit.

5. Tutup api dan letakkan adunan susu tadi di atas lapisan buah dan kek tadi.

6. Sementara menunggu lapisan susu sejuk sedikit, masukkan 400ml air sederhana panas kedalam bekas dan campurkan dengan jeli segera tadi. Kacau rata.

7. Bila jeli dah sejuk suam tuangkan perlahan-lahan ke atas adunan tadi supaya lapisan susu tidak pecah dan jeli kelihatan cantik. Sejukkan dan bolehlah dihidang.


My youngest daughter is so eager to eat the triffle but is asked to pose first heehheehe.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment