TQ Sudi Follow Saya

Wednesday 15 February 2012

Choc Pavlova With Fresh Strawberry n Creamcheese



Bahan Untuk Pavlova Coklat
3 Biji putih telur – Gred A
100 gm gula icing
20 gm serbuk koko
1 sudu besar tepung jagung

Bahan Untuk Krim Keju
100 gm krim keju
50 gm whipping cream
½ cawan gula
1 sudu besar perahan air lemon

Bahan Hiasan
Buah buahan segar seperti strawberry, raspberry, mulberry, cranberries, cherry dll


Cara² Menyediakan Pavlova
1. Panaskan oven pada suhu 170 C
2. Masukkan putih telur kedalam mangkuk pengadun. Pastikan tiada sebarang bendasing dalam mangkuk seperti air @ minyak.
3. Dengan menggunakan high speed, putar telur putih hingga berbuih.
4. Masukkan gula sedikit demi sedikit sambil terus memutar.
5. Putar hingga menjadi meringue @bertanduk.
6. Ayakkan serbuk koko dan tepung jagung ke dalam adunan meringue tadi. Kacau perlahan² hingga sebati menggunakan whisk.
7. Alas Loyang dengan baking paper. Paipkan adunan pavlova ke atas baking paper berbentuk lingkaran bulat.
8. Paipkan pula sisi bulatan untuk membentuk dinding pavlova.
9. Buat seberapa banyak lingkaran bulatan yang diingini. Secara asasnya adunan ini mampu menghasilkan 4-5 keping pavlova mengikut saiz atau satu yg besar
10. Bakar pada suhu 170 C selama 40 minit – 1 jam atau sehingga garing.
11. Setelah masak, sejukkan diatas redai dan ketepikan seketika.

Cara² Menyediakan Krim Keju
Masukkan krim keju dan whipping cream kedalam mangkuk. Putar hingga gebu. Masukkan gula sedikit demi sedikit semasa memutar adunan ini.

Cara² Menyediakan Pavlova Coklat Bersama Krim Keju
1. Paipkan krim keju ke atas pavlova yang telah sejuk tadi. Boleh shave kan cooking choc kalau suka
2. Susun buah buahan berries diatasnya.
3. Sedia dihidang serta merta.

No comments:

Post a Comment