TQ Sudi Follow Saya

Friday 27 May 2011

Spaghetti Meatballs
















Bahan Meatballs:
400gm daging cincang
1/2 cawan serbuk roti
1/3 cawan parutan keju cheddar
1/2 sudu teh lada hitam
2 sudu kecil bawang besar (dadu dan goreng dgn mentega)
1 ulas bawang putih (cincang)
sedikit garam
Minyak utk menggoreng

Bahan Sos:
2 sudu besar mentega
2 sudu besar bawang besar dicincang
1 1/2 cawan tomato dalam tin atau 3/4 cawan sos tomato dicampur 3/4 cawan air
1/4 cawan parutan keju cheddar
sedikit garam dan lada hitam
sedikit gula ikut citarasa masing-masing

200 gm spaghetti di rebus dengan sedikit minyak dan garam

Cara-cara:
1. Untuk meatballs, campurkan semua bahan dan ambil anggaran setengah sudu teh dan bulatkan menjadi bebola. Buat sehingga habis.
2. Panaskan 4 sudu besar minyak dan gorengkan meatballs tadi. Ketepikan.
3. Untuk sos pula, cairkan mentega didalam kuali dan tumis bawang sehingga layu dan masukkan sos tomato atau tomato dalam tin, dan keju. Masukkan juga lada hitam, garam dan gula secukup rasa.
4. Bolehlah masukkan meatballs tadi kedalam kuah yang telah siap.
5. Semasa menghidang letakkan spaghetti dan kuah ke dalam pinggan. Taburkan sedikit keju parmesan jika suka.


1 comment: