TQ Sudi Follow Saya

Thursday 26 May 2011

Rosemary Baked Chicken











Ingredients:
Seekor ayam (boleh dibelah sekiranya suka)
10 ulas bawang putih - dicincang
70 gm butter- dilembutkan
1 sudu besar herba rosemary (segar atau kering )
1 sudu besar herba thyme (segar atau kering )
Sedikit garam dan lada hitam
Sebiji buah lemon
3 biji kentang - di belah 4
Sebatang lobak merah - dihiris setebal 1/2 inci

Method:
1. Bersihkan ayam dan sapukan dengan garam dan lada hitam.
2. Gaulkan mentega, bawang putih, rosemary dan thyme.
3. Sapukan pada bahagian dalam dan luar ayam sehingga rata.
4. Letakkan ayam di dalam dulang pembakar dan letakkan lobak merah dan kentang di sekeliling ayam.
5. Belah dua buah lemon. Perahkan separuh buah lemon tadi ke atas ayam dan separuh lagi hiriskan dan letak di dalam dan sekeliling ayam.
5. Bakar ayam pada suhu 250 C selama 1-1 1/2 jam sehingga masak.
6. Ayam harus dibalik-balikkan supaya masak rata.


No comments:

Post a Comment