TQ Sudi Follow Saya

Friday 27 May 2011

Spaghetti Meatballs
















Bahan Meatballs:
400gm daging cincang
1/2 cawan serbuk roti
1/3 cawan parutan keju cheddar
1/2 sudu teh lada hitam
2 sudu kecil bawang besar (dadu dan goreng dgn mentega)
1 ulas bawang putih (cincang)
sedikit garam
Minyak utk menggoreng

Bahan Sos:
2 sudu besar mentega
2 sudu besar bawang besar dicincang
1 1/2 cawan tomato dalam tin atau 3/4 cawan sos tomato dicampur 3/4 cawan air
1/4 cawan parutan keju cheddar
sedikit garam dan lada hitam
sedikit gula ikut citarasa masing-masing

200 gm spaghetti di rebus dengan sedikit minyak dan garam

Cara-cara:
1. Untuk meatballs, campurkan semua bahan dan ambil anggaran setengah sudu teh dan bulatkan menjadi bebola. Buat sehingga habis.
2. Panaskan 4 sudu besar minyak dan gorengkan meatballs tadi. Ketepikan.
3. Untuk sos pula, cairkan mentega didalam kuali dan tumis bawang sehingga layu dan masukkan sos tomato atau tomato dalam tin, dan keju. Masukkan juga lada hitam, garam dan gula secukup rasa.
4. Bolehlah masukkan meatballs tadi kedalam kuah yang telah siap.
5. Semasa menghidang letakkan spaghetti dan kuah ke dalam pinggan. Taburkan sedikit keju parmesan jika suka.


Blueberry Cheesecake











Ingredients:

A- Lapisan Bawah Cake
8-10 keping biskut Chipsmore (dihancurkan)
70 gm mentega (dicairkan)

B- Kek
500 gm cream cheese
1/2 tin susu pekat
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla

C- Topping
Blueberry filling

Method:
1. Untuk bahagian bawah kek, campurkan biskut dan mentega yang telah dicairkan. Masukkan kedalam loyang yang telah dilapikkan dgn kertas surih dan tekan rata.
2. Untuk bahagian kek, masukkan semua Bahan B dan pukul dengan mixer menggunakan kelajuan tinggi sehingga kembang.
3. Tuangkan ke dalam loyang dan bakar secara doubled-bath (lapik air) selama 40 minit suhu 150-160 C.
4. Sejukkan kek dan sapu topping ke atas kek.

Thursday 26 May 2011

Puding Gula Hangus








Ingredients:

5 biji telur
1 tin susu cair
1 sudu teh esen vanilla
6 sudu besar gula pasir
10 ml air

Method:

1. Masukkan gula dalam loyang dan panaskan guna api sederhana hingga gula jadi keperangan. Masukkan air dan biarkan gula hancur.
2. Pukul telur, susu dan vanilla sehingga gula hancur. Tapiskan dan curah dalam loyang.
3. Kukus selama 30-40 minit.
4. Bolehlah disejukkan dan dihidang.

Rosemary Baked Chicken











Ingredients:
Seekor ayam (boleh dibelah sekiranya suka)
10 ulas bawang putih - dicincang
70 gm butter- dilembutkan
1 sudu besar herba rosemary (segar atau kering )
1 sudu besar herba thyme (segar atau kering )
Sedikit garam dan lada hitam
Sebiji buah lemon
3 biji kentang - di belah 4
Sebatang lobak merah - dihiris setebal 1/2 inci

Method:
1. Bersihkan ayam dan sapukan dengan garam dan lada hitam.
2. Gaulkan mentega, bawang putih, rosemary dan thyme.
3. Sapukan pada bahagian dalam dan luar ayam sehingga rata.
4. Letakkan ayam di dalam dulang pembakar dan letakkan lobak merah dan kentang di sekeliling ayam.
5. Belah dua buah lemon. Perahkan separuh buah lemon tadi ke atas ayam dan separuh lagi hiriskan dan letak di dalam dan sekeliling ayam.
5. Bakar ayam pada suhu 250 C selama 1-1 1/2 jam sehingga masak.
6. Ayam harus dibalik-balikkan supaya masak rata.


Wednesday 25 May 2011

Chocolate Chip Cupcakes









Ingredients:
150gm butter- suhu bilik
150gm gula castor
175gm tepung naik sendiri
3 biji telur-dipukul
1 sudu besar ovelette
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar serbuk koko
50gm choc chips

Method:
1. Masukkan semua bahan-bahan (kecuali choc chips) ke dalam mixing bowl dan pukul menggunakan mixer selama 2 minit.
2. Setelah adunan kembang, masukkan ke dalam bekas cupcakes dan masukkan choc chips ke dalam cupcakes tadi. Kacau sedikit.
3. Bakar suhu 180 C selama 18-20 minit.
4. Sejukkan dan bolehlah dihias dengan icing.

Butter Cream Icing For Cupcakes











Ingredients:

150gm butter- dilembutkan pada suhu bilik
150gm gula icing
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu teh air panas
Sedikit pewarna merah

Method:
1. Pukul butter dan gula icing dgn electric mixer.
2. Selepas adunan kembang, masukkan esen vanilla dan air panas. Pukul sebati.
3. Bolehlah paipkan ke atas cup cakes (untuk 12 cup cakes)

Tuesday 24 May 2011

Vanilla Cup Cakes



















Bahan-bahan:

150gm mentega
100gm gula kastor
3 biji telur
1/2 sudu besar ovelette
1 sudu besar esen vanilla
125gm tepung naik sendiri

Cara-caranya:
1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
2. Masukkan ovelette dan vanilla.
3. Masukkan telur satu persatu dan tepung sedikit demi sedikit.
4. Gaul sampai habis.
5. Masukkan dlm cup cake dan bakar 20 minit suhu 170 C.
6. Hiaskan ikut citarasa sendiri.

Monday 23 May 2011

Puding Trifle











Ingredients:

Segulung kek swissroll atau kek biasa pun boleh
1 liter susu segar
5 sudu besar tepung jagung
5 sudu besar gula
1 tin buah-buahan campuran
1 kotak agar-agar jeli kristal Nona ( perisa yg disukai)
Untuk Hiasan:
Fresh strawberry (boleh guna buah yg disukai)
Krim putar

Cara-caranya:
1. Potong kek dan susun dlm bekas yang anda suka, seelok-eloknya bekas transparent supaya nampak lapisan puding.
2. Letakkan sedikit jus dari buah-buahan campuran ke atas kek dan letakkan buah-buahan campuran ke atas kek.
3. Untuk lapisan kedua, masukkan susu, gula dan tepung kastard ke dalam periuk dan kacau rata. Jerang guna api sederhana selama 20 minit sehingga adunan agak pekat.
4. Curahkan perlahan-lahan ke dalam bekas yg mengandungi kek tadi.
5. Akhir sekali, bancuh jeli kristal dgn air panas dan tunggu jeli agak sejuk sedikit (5 minit) barulah dituangkan perlahan-lahan ke atas adunan kek dan susu tadi. Untuk memastikan lapisan jeli anda kelihatan cantik, aduanan jeli haruslah sedikit sejuk.
6. Akhir sekali, paipkan krim putar di atas dan hias dgn buah strawberry.

Sesuai utk makan malam romantik dan annivesary :))
Selamat Mencuba.

Saturday 21 May 2011

Puding Jagung Berkrim






Ingredients:
1 tin jagung berkrim
1/2 mug tepung jagung
3/4 mug tepung kastard
3/4 mug gula
5 mug santan

Caranya:
1. Gaul sebati semua ramuan dalam periuk.
2. Masak menggunakan api sederhana sampai adunan pekat dan berkilat. Masa utk adunan masak 40 minit.
3. Boleh lah  di tuang kedalam bekas atau loyang.

Selamat Mencuba!

Puding Buah Prune










Bahan-bahan:
20gm agar-agar
4 cawan air
3/4 cawan gula
1 tin susu cair
1 biji telur
segenggam buah prune (dicincang)
1 sudu teh esen vanilla

Cara-caranya:
1. rebus agar-agar dan air hingga hancur.
2. Masukkan prune dan gula. Masak hingga gula hancur.
3. Masukkan susu cair, vanila dan telur. Kacau 5 minit.
4. Tuangkan dlm loyang. Sejukkan.

Selamat Mencuba.

Friday 20 May 2011

Basic Butter Cake









Ingredients:

250gm butter
220gm gula castor
250gm tepung naik sendiri
1 cawan susu cair
4 biji telur
1 sudu teh esen vanilla

Frosting Chocolate ( optional) :
200gm semi sweet cooking chocolate
25gm serbuk koko
180ml susu
113gm butter
345gm gula icing
1 1/2 sudu teh esen vanilla

Method (Cake):
1. Pukul butter dan gula hingga kembang dan putih.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul kembang.
3. Masukkan esen dan tepung sedikit demi sedikit diselangi dengan susu.
4. Griskan loyang dan masukkan adunan.
5. Bakar suhu 160 C selama 50-60 minit.

Method (Icing):
1. Campur semua bahan dan masak secara double-boiled.
2. Sejukkan dalam peti sejuk selama 30-40 minit dan pukul sehingga kembang.
3. Sapukan ke atas kek yg telah sejuk.

Happy Baking :)))

Kerabu Daging







Bahan2:

500 gm daging (hiris nipis dan rebus hingga empuk)
1 batang bunga kantan (hiris halus)
1 tangkai serai (hiris halus)
1 batang kacang panjang (hiris halus)
1 labu bwg besar (mayang halus)
50 gm tauge
5 tangkai cili api (hiris halus)
3 biji limau kasturi (ambil jus)
garam dan gula secukup rasa

Caranya:
1. Campur semua bahan dan gaul rata.
2. Sesuaikan rasa dan bolehlah dihidang.

Puding Roti Simple











Ingredients:
7-10 keping roti sandwich (siat-siat)
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat
5 biji telur
1/2 sudu teh esen vanilla
mentega utk sapu pada roti
sedikit kismis

Method:
1. Sapu mentega pada roti dan siat-siatkan.
2. Letakkan roti dlm loyang atau bekas yg oven proof.
3. Masukkan susu cair, susu pekat, telur dan vanilla dlm bekas dan pukul hingga kembang.
4. Jangan lupa letakkan kismis dan tenggelamkan kismis supaya tak hangus nanti.
5. Curahkan dlm loyang dan biarkan roti dan telur sebati dlm masa 5-7 minit.
6. Bakar pada suhu 160 C masanya 40 minit.

Selamat Mencuba :)).