TQ Sudi Follow Saya

Friday 3 February 2012

Resepi Simple Oreo Cheese Cupcakes




Salam, apa khabar semua? Saya ok busy skit jer bila dah start mngajar ni hehehe. tapi still curi2 masa buat kek kegemaran anak2 iaitu oreo cheesecake. cuma kali ni buat dlm bentuk cupcakes sebab senang nak bwk pg sekolah.




Bahan-bahan

250gm cream cheese
30gm mentega
100gm gula castor
2 biji telur
1 sudu kecil essen vanila
1 paket oreo saiz besar
cupliner secukupnya
1 sudu makan tepung gandum

Cara-cara:

Panaskan oven terlebih dahulu dgn suhu 180 darjah. Susun cupliner dekat loyang cupcake.
(utk ingatan saya... suhu 160C utk oven sy)
1. Pukul Cream cheese, mentega, dan gula castor sehingga kembang dan berkrim. Masukkan essen vanila. sambil pukul.
2. Masukkan telur satu persatu.Sambil terus pukul sehingga adunan lincin dan tidak berketul.
3. Ambil sekeping biskut oreo..letak di bahagian bawah cupliner.
4. Paipkan adunan cheese menggunakan piping beg..
5. Bakar selama 20-25 minit pada suhu 180 darjah (saya turunkn ke 160 C)menggunakan api atas dan bawah. Kemudian, renggangkan pintu oven lebih kurang 1 jam(biar kek dlm oven jap). kemudian masukkan dalam peti ais. sejukkan selama 1 jam dan sedia dimakan

Boleh jgk hias ikut citarasa masing-masing


anak bujang saya ni tak sabar nak bwk cupcakes pg sekolah pagi tadi.


selamat mencuba


No comments:

Post a Comment