TQ Sudi Follow Saya
Thursday, 28 July 2011
Kek Lapis Asam Gambir
Bahan:
250gm butter
3/4 cawan gula halus
4 biji telur
1/4 cawan susu pekat
1/4 cawan air suam
1 1/2 cawan tepung gandum
pewarna
Kepingan asam gambir
Cara2:
1. Pukul butter dan gula hingga kembang.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul hingga kembang.
3. Masukkan susu pekat dan air suam. Kacau rata.
3. Masukkan tepung dan pukul lagi.
4. Bahagikan adunan dan letakkan pewarna yang disukai.
5. Panaskan kukus.
6. Sendukkan satu adunan kedalam loyang dan susun asam gambir. Kukus 5-7 minit.
7. Ulangi lapisan warna berlainan dan kukus sehingga semua adunan habis.
8. Sejukkan dan bolehlah dipotong.
Labels:
Kek
Saturday, 25 June 2011
Kek Coklat Moist Kukus
Bahan2:
A:
2 cawan gula
1 cawan susu pekat
1 tin susu cair
2 cawan minyak
1 1/2 cawan serbuk koko
B:
2 cawan tepung gandum
2 sudu teh serbuk penaik
2 sudu teh soda bikarbonat
C:
5 biji telur
Cara2:
1. Semua bahan A dimasak diatas api sehingga sebati tidak perlu mendidih. Ketepikan.
2. Masukkan bahan B yang telah diayak kedalam bahan A tadi dan digaul sebati.
3. Telur di pukul dan dimasukkan kedalam adunan tadi. Kacau rata.
4. Kukus sehingga masak.
Labels:
Kek
Puding Lumut
Bahan-bahannya:
1 paket agar-agar serbuk (10gm)
4 cawan air (blender dengan daun pandan)
1 biji telur
1 cawan gula
1 cawan santan
beberapa helai daun pandan
Cara2:
1. Masak air dengan agar-agar hingga mendidih.
2. Masukkan gula dan masak hingga gula hancur.
3. Santan dikacau sebati dengan telur dan masukkan kedalam periuk agar-agar tadi. Kacau sedikit dan tutup api.
4. Masukkan ke dalam loyang dan sejukkan.
Labels:
Puding
Saturday, 18 June 2011
Caramel Cheesecake
Bahan2:
1 cawan biskut marie -dikisar
50 gm butter- dicairkan
250 gm cream cheese
1 cawan sour cream atau yogurt
1/2 cawan gula
3 biji telur
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu teh esen vanilla
Caramel:
50 ml susu segar
1 sudu besar air
50 gm gula
Cara2:
1. Gaul biskut dan butter cair. Padatkan ke dalam loyang.
2. Buat caramel dulu, masukkan 1 sudu besar air dan gula kedalam periuk dan perangkan gula. Masukkan susu, kacau rata dan ketepikan.
3. Pukul cream cheese bersama dengan gula hingga kembang. Masukkan telur dan pukul lagi.
4. Masukkan sour cream, tepung dan esen vanilla. Pukul sebati.
5. Tuang adunan kedalam loyang dan tuangkan caramel ke beberapa tempat didalam loyang.
6. Bakar 50 minit suhu 150 C.
Labels:
Cheesecake
Chocolate Cheesecake
Bahan2:
1 cawan biskut coklat -dikisar
50 gm butter - dicairkan
500 gm cream cheese
3/4 cawan gula halus
3 biji telur
1 cawan sour krim atau yogurt
2 sudu teh esen vanilla
150 gm coklat masakan -dicairkan
Cara2:
1. Gaulkan biskut dengan butter cair dan tekankan kedalam loyang.
2. Pukul cream cheese, gula dan coklat cair hingga kembang.
3. Masukkan telur dan pukul lagi. Masukkan pula esen vanilla dan sour krim. Pukul sebati.
4. Tuangkan dalam loyang dan bakar selama 50 minit suhu 150 C secara doubled-bath.
Labels:
Cheesecake
Lemon Cheesecake
Bahan2:
1 cawan biskut digestive atau marie -dikisar halus
50gm butter -dicairkan
500 gm cream cheese
3/4 cawan gula
3 biji telur
2 sudu teh esen vanilla
2 biji lemon - di sagat dan ambil jusnya
2 sudu besar tepung gandum
Cara2:
1. Campurkan biskut dan mentega cair dan masukkan dalam loyang. Tekan rata.
2. Untuk kek pula, pukul cream cheese sehingga kembang. Masukkan gula dan pukul lagi.
3. Masukkan tepung dan pukul lagi. Masukkan pula telur satu persatu.
4. Masukkan esen vanilla dan jus lemon, jangan lupa parutan kulit lemon sekali dan pukul rata. Tuang adunan kedalam loyang.
5. Bakar selama 50 minit suhu 150 C loyang dilapikkan dengan loyang lain yang berisi air.
Labels:
Cheesecake
Friday, 17 June 2011
Oreo Cheesecake
Bahan2:
1 1/4 cawan biskut oreo - dibuang krim dan dikisar
1/4 cawan gula perang
1/4 cawan mentega dicairkan
1 sudu kecil serbuk kayu manis
500 gm cream cheese
1/2 cawan sour cream
2 biji telur
2 biji kuning telur
2 sudu besar tepung gandum
3/4 cawan gula
1 1/2 sudu kecil esen vanilla
1/2 cawan whipped cream
4 keping oreo - dipotong kecil-kecil
Cara2:
1. Campurkan mentega cair, biskut yg telah dikisar, serbuk kayu manis dan gula perang dan masukkan ke dalam loyang dan tekankan sampai rata. Ketepikan.
2. Pukul cheese dan gula hingga kembang. Masukkan pula telur satu persatu dan pukul lagi.
3. Masukkan sour cream, vanilla dan tepung. Pukul sebati. Masukkan biskut yang telah dipotong kecil-kecil dan whipped cream dan gaul.
4. Tuangkan ke dalam loyang dan bakar selama 50 minit dgn suhu 160 C. Lapikkan loyang dengan air.
5. Biarkan kek sejuk didalam oven sebelum dikeluarkan.
4. Tuangkan ke dalam loyang dan bakar selama 50 minit dgn suhu 160 C. Lapikkan loyang dengan air.
5. Biarkan kek sejuk didalam oven sebelum dikeluarkan.
Labels:
Cheesecake
Thursday, 16 June 2011
Kek Pisang Marble
Bahan2:
150 gm pisang (dilecek)
180 gm tepung gandum
180 gm gula halus
3 telur
120 ml minyak masak
1 sudu teh ovalette
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
secubit garam
3 sudu besar serbuk koko
Cara2:
1. Campur semua bahan kecuali serbuk koko dan pukul menggunakan mixer sehingga adunan kembang.
2. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Campurkan serbuk koko pada satu bahagian adunan.
3. Griskan loyang dengan mentega dan tuangkan adunan berselang seli.
4. Bakar pada suhu 160 C selama 40-50 minit.
Labels:
Kek
Tuesday, 14 June 2011
Kek Batik
Bahan2:
350 gm biskut marie - dipatahkan
1/2 buku mentega
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan milo
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan gula
Cara2:
1. Masukkan semua bahan kecuali biskut ke dalam periuk dan panaskan guna api sederhana sehingga sebati.
2. Tutup api dan masukkan biskut.
3. Kacau rata dan masukkan ke dalam loyang.
4. Tekan sedikit permukaan kek untuk memadatkannya dan sejukkan di dalam peti sejuk sebelum di potong.
Labels:
Kek
Monday, 13 June 2011
Spaghetti Carbonara Cendawan
Bahan2:
1/2 biji bawang besar -dadu
4 biji bawang putih -cincang
250ml susu segar
750ml air
1/2 mangkuk isi ayam -hiris nipis
1 ketul kiub ayam
1/2 tin cendawan butang -hiris
2 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh oregano
sedikit garam
1/2 mangkuk keju parmesan atau 6-7 keping keju cheddar
Spaghetti secukupnya -direbus
Cara2:
1. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga layu sedikit dengan mentega. Masukkan ayam dan hirisan cendawan. Kacau 7 minit dan masukkan tepung dand kacau cepat.
2. Masukkan susu dan air. Kacau rata.
3. Selepas itu, masukkan bahan-bahan lain dan kacau sehingga keju cair dan kuah mendidih dan pekat.
4. Sesuaikan rasa dan boleh dihidang dengan spaghetti.
Labels:
Western
Sunday, 12 June 2011
Apam Mekar
Bahan2:
250 gm gula
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
200 ml susu segar
300 gm tepung gandum
1 sudu kecil ovalette
Sedikit pewarna
Kertas cawan
Cara2:
1. Panaskan kukusan.
2. Pukul telur, gula, ovalettte dan esen sehingga kembang dan putih.
3. Masukkan tepung dan susu berselang-seli.
4. Bahagikan adunan dan letakkan pewarna ikut citarasa.
5. Masukkan ke dalam kertas cawan dan kukus selama 10-15 minit.
Labels:
Kuih muih
Saturday, 11 June 2011
Pancakes

Ingredients:
1 1/2 cawan tepung gandum
3sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
1 sudu besar gula kastor
1 telur
3 sudu besar mentega cair
1 cawan susu
Method:
1. Campurkan semua bahan-bahan kering.
2. Masukkan campuran susu, telur dan mentega cair dan kacau rata. Jangan terlalu lama nanti adunan jadi keras.
3. Bolehlah digoreng dengan kuali yang disapu dengan sedikit mentega dan api jangan terlalu kuat.
4. Bolehlah dihidangkan dengan mentega bersama madu atau jem.
Labels:
Western
Thursday, 2 June 2011
Makaroni Bakar

Ingredients:
2 cawan makaroni - rebus
500gm daging cincang
1 labu bawang besar- didadu
5-6 ulas bawang putih- dicincang
1 cawan cendawan butang- dihiris
1 cawan mix vegetables
1 cawan keju cheddar - diparut
1/2 cawan keju mozarella - ditabur di atas makaroni
1 sudu kecil oregano
1/2 cawan sos tomato
1/2 cawan sos cili
1/2 cawan mayones
6 biji telur ayam
Cara-caranya:
1. Tumiskan bawang putih dan bawang besar.
2. Masukkan daging cincang.
3. Masak sampai air daging kering. Masukkan cendawan dan mix veggie.
4. Kacau 5 minit dan masukkan oregano, sos cili dan tomato.
5. Masukkan telur yang telah dikacau dan mayones dan keju cheddar. Gaul kan rata dam masukkan makaroni.
6. Masukkan semuanya ke dalam bekas kaserol atau loyang dan bakar suhu 140 C selama 30 minit.
7. Taburkan keju mozarella dan bakar lagi 7 minit.
Labels:
Western
Subscribe to:
Posts (Atom)













