TQ Sudi Follow Saya

Monday 13 June 2011

Spaghetti Carbonara Cendawan











Bahan2:
1/2 biji bawang besar -dadu
4 biji bawang putih -cincang
250ml susu segar
750ml air
1/2 mangkuk isi ayam -hiris nipis
1 ketul kiub ayam
1/2 tin cendawan butang -hiris
2 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh oregano
sedikit garam
1/2 mangkuk keju parmesan atau 6-7 keping keju cheddar
Spaghetti secukupnya -direbus

Cara2:
1. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga layu sedikit dengan mentega. Masukkan ayam dan hirisan cendawan. Kacau 7 minit dan masukkan tepung dand kacau cepat.
2. Masukkan susu dan air. Kacau rata.
3. Selepas itu, masukkan bahan-bahan lain dan kacau sehingga keju cair dan kuah mendidih dan pekat.
4. Sesuaikan rasa dan boleh dihidang dengan spaghetti.

No comments:

Post a Comment