TQ Sudi Follow Saya

Wednesday, 24 August 2011

PEACH CREAM CHEESE BUTTER CAKE


1 1/2 cawan gula halus
1 sudu teh esen vanilla
200 gm buah peach (peach dlm tin, di toskan dan di potong dadu)
2 1/4 cawan tepung naik sendiri - blh guna 2 1/4 cwn tpng gandum+1 sudu kecil b. powder, diayak (blh guna 2 1/4 cwn tepung kek)
250gm butter
250gm cream cheese
1/3 cawan susu segar
3 biji telur

Panaskan oven pada 160'c. Gris dan alas loyang (saya guna loyang 8 inci)
Pukul butter, gula dan esen vanilla hingga ringan dan lembut.
Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi. Masukkan cream cheese dan susu, pukul lagi. Masukkan tepung yg telah di ayak dan gaul sebati.
Masukkan sesenduk adunan ke dlm loyang yg di gris tadi dan ratakan.
Letakkan hirisan buah peach yg telah di potong dadu.
Lapiskan adunan tadi sesenduk lagi dan ratakan. Buatlah sehingga habis.
Setelah siap, bakar selama 50 minit atau sehingga masak.

Lawak Kuih - Taken from Hanielieza's blog



Lawak Kuih
Dalam bulan puasa ni macam-macam kuih ada jual..

Kuih paling gangster = Lompat Tikam
Kuih paling sexy = Puteri Mandi
Kuih paling busuk = Taik Itik
Kuih bajet cute= Cek Mek Molek
Kuih untuk awet muda= Seri Muka
Kuih paling alim= Kuih Ketayap
Kuih penyakit lelaki kronik= Batang Buruk
Kuih suka pukul= Kuih Lompang
Kuih dalam zoo= Badak Berendam
Kuih untuk Sam Polis Trafik = Kuih Sampreeeeettttt
Kuih yg bangun sendiri = Kuih Bangkit
Kuih org x mandi = Kuih Bau-lu
Kuih paling tenteram = Kuih Makmur
Kuih paling lembap = Kuih Siput
Kuih dangdut inul = kuih goyang @ kuih rose
Kuih pengacara majlis = kuih Cara
Kuih yg suka api = Kuih Bakar
kuih atas langit = kuih kapai terbang
kuih pandai menari = kuih goyang
Kuih paling ganas = kuih BoooMM..!!
Kuih xbulih makan tp org suka makan = kuih sarang semut
Kuih pengacara majlis yg baju dia comot = Kuih Cara berlauk
Kueh yang lama tertinggal orang tak makan = kueh abuk-abuk
Kuih yg banyak buat dosa = kuih talam dua muka
kuih yang ayu = kuih putri ayu
kuih yang pergi Mekah = kuih Tok Aji Serban
kuih ada lampu = kuih tepung pelita
kuih bukan kuih = kuih tiaw
kuih suka senyum = kuih apam senyum
kuih mekap tebal = t epung gomak
kuih ala hispanis = kuih lopez
kuih paling kaya = jala emas
kuih paling jauh = kuih bulan
kuih paling banyak = kuih muih
Kuih confuse = quaker oat (kuih ke oat?)

Friday, 19 August 2011

Chilled Strawberry Cheesecake


Bahan-bahan
Bahan-bahan A:
250 gm biskut digestive atau marie
125 gm mentega tanpa garam -

Bahan-bahan B:
200 ml krim putar(whipping cream) - blh campur yogurt
250 gm krim keju
165 gm gula kastor
1 sudu besar jus lemon
1 sudu besar jem strawberry

Bahan-bahan C:
15 gm gelatin halal
100ml air
- campurkan air dgn gelatin atas double boiler dan sejukkan selama 5 minit ( guna air panas, kacau dan sejukkan)

Bahan-bahan D
1 pack strawberry - potong jgn besar sgt, nanti berat dan jatuh ke bawah.

Topping:
150 ml jus strawberry - guna jem strawberi + 1sudu mkn gelatin + air sedikit = msk secara double boiler. Suamkan seketika then curahkan atas kek.
1 sudu besar tepung jagung - x ltk pun boleh

Cara-cara

Hancurkan biskut sehingga jadi serbuk.Sediakan loyang acuan berukuran 8 inci.
Cairkan mentega. Tuangkan mentega kedlm bekas berisi biskut tadi. Kacau rata.
Tekankan adunan biskut ke dalam loyang sehingga menjadi rata dan padat.Sejukkan dlm peti ais selama lebih kurang 30 minit agar ia menjadi keras.
Pukul krim putar sehingga pekat dan gebu.Ketepikan.
Pukul krim keju bersama-sama gula dan jus lemon sehingga sebati.Setelah itu masukkan gelatin dan gaul lagi sehingga sebati.
Kemudian tuangkan bahan ini kedlm bekas yg berisi krim putar tadi dan gaul rata dgn menggunakan whisk.
Keluarkan adunan biskut dlm peti ais.Tuangkan 1/3 adunan krim cheese td keatas adunan biskut.Ratakan dan letakkan buah strawberry.Akhir sekali tuangkan adunan sampai habis. Sejukkan di dalam peti ais sekurang2nya 3 jam.
Buat topping buat seperti diatas.
Tuangkan jus stoberi hingga habis. Atur buah strawberi. simpan dlm peti ais skali lagi sebelum dihidangkan.

Meatball Fettuccine


(bahan utk meatballs)

200gram daging cincang,
4 sudu besar serbuk roti
1/2 biji telur ( dipukul sedikit)
sedikit oregano
sedikit lada sulah
1/4 biji bwg besar saiz sederhana dicincang halus ( ita tukar bawang putih)

Dlm mangkuk besar campurkan daging cincang, serbuk roti , bawang cincang, lada sulah, telur ,oregano & 1/4 tsp garam. gaul rata ( jgn terlebih gaul lama2) kemudian bulat2kan dlm 20 biji. susun dlm baking pan dan bakar selama 15-20min suhu 160'C. sejukkan sebentar, kemudian buat sos pasta pulak.

untuk Sos Pasta

4 biji tomato (3 biji diblender, dan 1 biji lagi dipotong dadu)
3 sudu besar tomato ketchup ( boleh diganti dengan tomato puri)
1/4 biji bwg besar (dicincang halus)
2 biji bwg putih (dincincang halus)
1/4 batang carrot (dipotong dadu)
2 biji cendawang butang (dipotong dadu)
1 sudu besar minyak zaitun
sedikit oregano
ita tambah ayam cincang sikit

blender tomato hingga hancur kemudian panaskan minyak. Masukan carrot, cendawan, bawang putih & bawang besar dan masak hingga lembut. masukkan tomato ketchup dan tomato yg didadu tadi, oregano, lada sulah, garam & gula biarkan mendidih. Kemudian perlahankan api dan biarkan reneh dlm 15 minit. kacau sekali sekala. masukkan meatballs tadi dan biarkan kuah agak pekat, sesuaikan rasa dan hidang panas-panas, taburkan parmersan cheese dan daun parsley jika suka.

Lamb Chop With Black Pepper Sauce

Bahan² untuk menggrill
5 keping daging kambing
3 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
1 sudu besar lada hitam
1/2 cawan kicap manis
1 sudu besar chilly flakes @ serbuk cili kasar
3 sudu besar sos BBQ
garam

Cara²
1. kisar bawang putih, bawang besar dan lada hitam hingga hancur.
2. lumurkan bahan kisar dan kesemua baha diatas pada daging kambing.
3. perapkan selama lebih kurang 1 jam atau lebih.
4. susun daging diatas tray pembakar, letakkan sesudu mentega @ margerin diatas permukaan setiap daging tersebut.
4 bakar @ grill daging tersebut di dalam oven selama 40 minit pada suhu 170C atau hingga masak
5. Air yang terhasil semasa proses menggril@ membakar jangan dibuang. ketepikan seketika.

Bahan² untuk Blackpepper & Mushroom Gravy
2 sudu besar lada hitam
1 sudu besar serbuk pati ayam
1 biji bawang besar - dadu
1 biji tomato - dadu
1 paket serbuk mushroom soup VONO - jenama lain pun boleh
500 - 700 ml air
7 biji cendawan butang
1 sudu besar margerin @ butter
1/2 cawan kicap manis
lebihan air dari daging kambing yang di grill
1 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar air
garam
gula (jika perlu)

Cara²
1. masukkan mentega @ margerin ke dalam periuk. tumis bawang besar hingga kekuningan.
2. kemudian masukkan tomato dan tumis lagi hingga tomato layu.
3. masukkan serbuk mushroom soup ke dalam mangkuk dan larutkan dengan sedikit air, kemudian tuang ke dalam periuk. kacau seketika.
3. masukkan air, lada hitam yang dikisar halus, serbuk pati ayam, lebihan air daging kambing yang digrill, dan kicap manis. kacau rata. (tak perlu sampai mendidih)
5. masukkan bahan² didalam periuk tersebut ke dalam blender. kisar seketika hingga lumat kesemuanya dan masukkan semula kedalam periuk tadi.
6. masak lagi gravy hingga mendidih.
7. masukkan cendawan butang yang dihiris, garam dan gula jika perlu.
8. satukan tepung jagung dengan 2sb air, kacau rata dan masukkan kedalam peruk. kacau hingga likat.
9. setelah likat dan mendidih, ketepikan sebentar.


Bahan Untuk Coleslaw
1/4 biji kobis ungu - kobis putih pun boleh
1 batang carrot
3 sb mayonis
1 sb yogurt asli
1 sk gula
sedikit serbuk blackpepper berperisa AJISHIO


Cara2
1. potong dadu kecil2 kobis dan carrot
2. gaulan bersama mayonis, yogurt, gula dan serbuk lada hitam hingga sebati.
3. masukkan kedalam bekas bertutup dan simpan dalam peti ais hingga masa hendak digunakan.


CARA MENGHIDANG:

dalam satu plate, letakkan daging kambing yang telah digrill tadi sekeping, curahkan sesenduk gravy. hidangkan berama tomato, daun salad, spiral potato, dan brokoli yang direbus dahulu dengan sedikit minyak dan garam. sedap makan panas². boleh juga dijadikan sajian istimewa anniversary & birthday party.... selamat mencuba!~

Bubur Jagung


2 tongkol jagung di ambil isinya
400 ml santan
300 gm gula pasir (boleh kurangkan klu tak suka manis)
1 sudu makan tpg kastard
Garam secukup rasa
air secukupnyer
sago biji secukupnyer



Jagung direbus hingga empuk.
Kemudian masukkan gula, santan, garam dan tepung kastard. Masak hingga didih.
Masukkan sago biji yg telah dicuci dan ditoskan, kedlm bubur jagung. Biar seketika hingga sago lembut. Siap utk dihidangkan.

Bubur Pulut Hitam


2 cawan pulut hitam, rendam 3-4 jam
1 buku gula melaka
1/2 cawan gula pasir (ikut manis masing2)
1 helai daun pandan, disimpul
1 biji kelapa, parut putih
Secubit garam



Rebus pulut hitam tadi hingga kembang . Ketepikan.
Tuang 200 ml air masak dalam kelapa parut, ramas dan perah untuk dapatkan santan pekat. Ketepikan. Kemudian tuang lagi 700 ml air, ramas dan perah untuk santan cair.
Masak gula melaka,gula, daun pandan dan santan cair hingga gula larut. Kemudian tapis.
Masukkan gula ke dalam pulut hitam tadi, biar mendidih, masukkan daun pandan, secubit garam , kacau rata dan biar mendidih. Jika pekat boleh tambah sedikit lagi air.
Senduk bubur pulut hitam dalam mangkuk sesuai. Santan pekat tadi dicampur dengan sedikit garam, kacau rata. Sudukan sedikit santan pekat ke dalam bubur pulut hitam sebelum dihidangkan.

Puding Qaisara


1 paket agar2 serbuk (10gm)
450ml air
150ml susu cair
2 biji telur gred A
5 sudu besar gula pasir
3 sudu besar butter
1 sudu teh esen vanila
pewarna mengikut citarasa masing2

Masakkan serbuk agar2 dgn air dan gula hingga mendidih dan masukkan butter dan susu cair. Masak lagi hingga mendidih sambil dikacau.
Masukkan vanila dan padamkan api. Biarkan seketika (lebih kurang 15 - 20 minit) sehingga agar2 suam2 panas.
Pukul telur hingga betul2 kembang (buang tali pusat telur utk menghilangkan bau hanyir telur) dan masukkan adunan agar2 kedalam bekas berisi telur td dengan perlahan2. Kacau hingga sebati.
Bahagi adunan kepada 2 atau 3 bahagian dan masukkan pewarna yg disukai. Kacau hingga serata warna adunan puding td.
Sendukkan adunan puding ke dalam bekas atau loyang secara selang seli hingga habis. Untuk meletakkan lapisan yg kedua tu pastikan diletak perlahan-lahan di bahagian tepi dan jgn dibahagian tengah supaya ia tak terus masuk dalam lapisan yg pertama.
Sejukkan dalam peti ais sebelum menghidang.

Puding Oren


Lapisan Jelly
4 g serbuk agar-agar
500 ml air
5 sudu besar gula ( mengikut kemanisan masing-masing)
sebiji oren diperah airnya( dalam 50 ml)
sedikit pewarna kuning - ita letak warna oren
sedikit oren Sunquick - ita tambah

Masukkan air, gula dan serbuk agar-agar didalam periuk.
Setelah sebati masukan perahan oren yang telah ditapis dan pewarna kuning.
ketepikan



Lapisan Puding
4 g serbuk agar-agar
200 ml air
300 ml susu
5 sudu besar gula ( mengikut kemanisan masing)
sebiji oren diperah airnya( dalam 50 ml)
sedikit pewarna kuning -
sedikit oren Sunquick -

Masukkan air, gula dan serbuk agar-agar didalam periuk.
Setelah sebati masukan, susu, perahan oren yang telah ditapis dan pewarna kuning.
Masak sebentar dan ketepikan

Cara-cara untuk melapis
sediakan bekas yang sesuai.
masukkan lapisan puding dahulu biarkan sejuk hingga lapisan tersebut keras kemudian masukkan lapisan jernih buat kaedah yang sama sehingga habis.
Boleh la disimpan didalam peti sejuk sehingga benar2 keras
Jika ingin dipotong sila kurangkan kandungan air bagi jelly ini kerana jelly ini agak lembik.

Udang Galah Masam Manis


2 kg udang galah - berus dan cuci bersih
1 labu bawang besar - potong baji
1 biji tomato - potong baji
5 sudu makan sos cili
3 sudu makan sos tiram
1/2 cwn air
1 kiub - ikan bilis
garam dan gula secukup rasa.
1 biji cili merah - hiris
1 biji cili hijau - hiris
1 pokok daun ketumbar - mayang halus
2 batang serai - dititik

Bahan kisar
3 ulas bawang besar
2 ulas bawang putih
3 biji cili merah


Panaskan minyak dan tumis bahan yg dikisar hingga harum. Masukkan air, serai,sos cili, sos tiram, kiub ikan bilis, garam dan gula secukup rasa.
Setelah masak masukkan tomato, bawang besar, cili hijau, cili merah dan daun ketumbar.
Kemudian masukkan udang galah dan biar hingga ia masak.
Biar seketika. Siap untu dihidangkan

Apam Belang


4 biji telur
2 sudu teh ovellet
1 sudu teh esen vanila
300 gm tepung gandum
220 gm gula halus
250 ml santan kara (guna 200ml santan kotak + lagi 50ml air)
1 sudu teh baking powder
pewarna

Pukul telur dgn gula dan ovelet sampai gebu.
Masukkan santan dan esen vanilla kacau sebati.
Masukkan tepung yg diayak bersama baking powder dan kacau rata.
Bahagi kepada 3 warna yg disukai dan kacau rata adunan dgn warna.
Tuangkan selapis demi selapis sehingga habis dan kukus 30 minit sehingga masak. (Scoop 3 sudu besar setiap warna dan lapis sehingga habis)

Laksa Johor


Bahan utk kuah laksa

1kg ikan tenggiri atau kembung - direbus
1/2 mangkuk minyak
6 sudu rempah kari daging - dibancuh dgn air
2 mangkuk santan

Bahan A
10 tangkai cili kering
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
2 batang serai
4 cm lengkuas
4 biji buah keras
4 cm halia
2 cm kunyit

Bahan B
5 mangkuk air rebusan ikan
1/2 mangkuk kerisik
2 keping asam keping
1 sudu besar garam
1/2 buku gula melaka
2 kiub ikan bilis

Cara menyediakannya

Rebus ikan dan ambil isinyer, kemudian dikisar dgn air rebusan ikan.
Kisar bahan A hingga halus
Panaskan minyak di dalam periuk lalu tumiskan bahan A hingga terbit minyak. Masukkan rempah kari dan Kacau rata hingga sedikit garing. Kemudian masukkan kesemua bahan B.
Setelah itu masukkan isi ikan dan air rebusan ikan. Akhir sekali masukkan santan dan masak hingga kuah mendidih dan pekat.

Bahan-bahan yg dimakan bersama kuah laksa

Spagetti yg telah dicelur digaulkan dgn sedikit minyak supaya tidak melekat

Antara bahan-bahan yg dimakan bersama kuah laksa taugeh, timun dihiris halus, daun kesum dicincang halus, bunga kantan dicincang halus, bawang merah dihiris bulat, limau kasturi dan sambal belacan.

Laksam


Laksam

3cwn tpg beras
1/2 cwn tpg gandum
4cwn air suam


Gaulkan semua bahan-bahan.
Panaskan kukusan.
Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak utk mengelak dari melekat.
Ambik sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk.
Kukus sampai masak.
Bila dah masak, keluarkan.
Biarkan sekejap sebelum digulung - supaya laksam kelihatan licin dan cantik.
Sementara tu letaklah sedikit adunan ke atas tudung periuk lain dan kukus sampai masak.



Kuah Laksam
Ikan -
boleh guna kembung, tamban atau tenggiri (direbus, dibuang tulang) ita guna 3 hiris ikan tenggiri
1 inc halia
3 ulas bwg putih
5 ulas bwg merah
1 sudu teh lada hitam
1 biji Santan
3-5 keping Asam keping
Sdkt garam
Sedikit gula merah atau gula pasir

kisar isi ikan, halia, bawang putih, bawang merah dan lada hitam. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan lain. Masak sehingga agak pekat.

Bahan Ulam
timun
kacang panjang
taugeh
daun kesum

Kesemua bahan di atas di hiris halus.



Bahan Cili
cili merah
belacan
garam
limau nipis atau limau kasturi

cili merah tumbuk dgn belacan, tambah garam sikit dan perahkan limau

Laksa Utara


Bahan-bahan:

2kg ikan kembung - buang ekor & kepala
• 2btg bunga kantan - dipotong dua
• 3 ikat daun kesum
• 3sb cili giling
• 10bj cili padi - ditumbuk halus
• 20 keping asam gelugor
• 20gm belacan
• garam & serbuk perasa
• - Bahan-bahan ulam -
• 1 labu bawang besar
• 1bj salad buah
• 1 ikat daun selum
• 1 btg timun
• 3bj telur rebus
• 3bj limau sambal
• 1 btg bunga kantan
• Laksa- rebus


1. Ikan dibersihkan,masukkan dalam periuk besar bersama 10 keping asam gelugor. Isi air hingga menutupi ikan & rebus hingga hancur.
2. Bila dah hancur,bawa keluar ikan & tunggu sejuk,air rebusan jgn dibuang biarkan dlm periuk. Asingkan isi ikan dr tulang kemudian blend hingga hancur.
3. Masukkan ikan yg dah di blend tadi dalam periuk yang sama. Masukkan bunga kantan,asam keping,daun kesum,cili giling,cili padi dan belacan. Masak dengan api sederhana,biarkan mendidih dan sentiasa panas.
4. Bila kuah terlalu pekat, tambahkan air supaya kuah laksa jgn terlalu cair dan jgn terlalu pekat.
5. Masukkan garam & serbuk perasa.
6. Bawang besar, salad, daun selum, timun dan bunga kantan dimayang halus. Timun & limau sambal dipotong dua.
7. Masukkan laksa dalam mangkuk dan taburkan bahan2 ulam dan siramkan kuah laksa semasa tgh panas. Siap utk dimakan.

Laksa Singapura


Bahan-Bahan:

2 kg mi laksa - dicelur dan toskan
3 tangkai daun kesum - dicuci bersih dan dirampai
3 tangkai daun selasih - dicuci bersih dan dirampai
300 gm taugeh - boleh celur atau dimakan mentah
3 biji timun - di hiris halus lidi mancis

Bahan Kuah
1 ekor ikan parang - boleh juga ganti dgn ikan tenggiri
20 tangkai cili kering - direndam dan dikisar
6 batang serai - dikisar
2 cm lengkuas - dikisar
10 ulas bawang putih - dikisar (ita kurangkan)
4 biji bawang besar - dikisar (ita guna bawang merah)
1/2 biji kelapa parut - dijadikan kerisik
2 biji kelapa parut putih - ambil santannyer
1.25 liter air
8 sudu makan rempah kari ikan
150 gm asam jawa - ramas bersama air dan tapis ambil airnyer sahaja
250 gm ikan kering kurau - diambil isinyer dan direndam hingga lembut
125 ml minyal masak - utk menumis
sedikit garam dan gula.
sedikit belacan - ita tambah
1 kiub ikan bilis - ita tambah

Bahan sambal belacan
30 biji cili merah
10 biji cili padi
1 sudu makan penuh belacan bakar
1 biji limau kasturi
Semua bahan diatas ditumbuk atau dikisar kemudian letakkan jus limau kasturi dan secubit garam.

Untuk membuat kuahnyer, buang kulit ikan parang, dipotong empat dan dibersihkan. kukus ikan bersama serai.
Setelah sejuk, buang tulang dan ambil isinyer. Kisarkan isi ikan bersama kerisik kelapa dan ketepikan.
Gaulkan rempah kari ikan bersama bahan kisar dan tumis hingga garing dan naik aromanyer.
Kemudian masukkan kerisik dan ikan yg telah dikisar. gaul higga sebati dan tutup periuk sebentar.
Setelah itu barulah masukkan air dan biarkan mendidih.
apabila mendidih masukkan santan dan kacau lagi hingga rata. biarkan mendidih sekali lagi.
setelah mendidih masukkan air asam, diikuti dgn ikan kurau dan biarkan hingga kuahnyer naik minyak.
Perlahan2 dgn menggunakan senduk, keluarkan minyak yg terdapat di permukaan kuah dan buang.
Apabila masak, angkat dan hidangkan bersama mi laksa, sambal belacan dan juga bahan hiris yg lain.