TQ Sudi Follow Saya
Tuesday, 9 August 2011
Asam Pedas Ayam Dgn Kerisik
Bahan-bahan:
6-7 kepingan ayam, cuci bersih dan toskan
1/2 cawan jus asam jawa
1 cawan cili kisar (boleh kurangkan sikit)
2 batang serai, dititik
1 kuntum bunga kantan, belah 2
1 genggam daun kesom
1 camca besar kerisik
4 biji bawang merah, hiris
1 ulas bawang putih, hiris
3 kelopak sawi jeruk, hiris dan rendam
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
Bahan Tumbuk Halus:
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
3/4 camca besar ketumbar
1/2 camca teh jintan kasar
1/2 camca teh jintan halus
1 camca teh lada hitam
1/2 inci kunyit hidup
2 biji buah keras
Cara :
Panaskan minyak dalam periuk, tumis serai, bawang merah dan bawang putih hingga harum, masukkan bahan tumbuk halus dan masak sekejap, tambah cili kisar dan masak hingga terbit minyak, gunakan api sederhana, kacau selalu.
Masukkan ayam dan daun kesom, gaul rata dan masak hingga ayam kecut. Tuang air secukupnya dan masukkan sawi jeruk (tos dan perah), kacau dan biar mendidih. Tambah jus asam jawa, bunga kantan, kerisik, garam secukup rasa dan sedikit gula.
Biar mendididh 4 - 5 minit lagi hingga ayam masak. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
Labels:
Asam Pedas
Sambal Tempe
Bahan-bahan:
1 peket tempe- dihiris
segenggam ikan bilis goreng
segenggam kacang tanah goreng
4-5 sudu besar cili kering
1/2 biji bawang besar - blend
2 ulas bwg putih - blend
seinci belacan
1 sudu kecil air asam jawa
garam
gula melaka
Cara-cara:
Tempe dipotong nipis2. Panaskan minyak dan goreng hingga garing dan ketepikan.
Tumis chili giling/chili kering, bwg dan belacan hingga betul masak.
Masukkan air asam jawa. Kacau sebentar. Kemudian perasakan dengan garam n masukkan gula melaka. Kacau sampai hampir kering.
Kemudian masukkan tempe, kacang tanah n ikan bilis goreng. Kacau rata. Goreng sampai kering tp jangan sampai hangus n boleh angkat.
Labels:
Sambal
Sotong Oriental
Bahan-bahan:
500gm sotong - bersihkan & potong, celur sedikit & toskan
1 tangkai daun kari
5 ulas bawang merah - dihiris
3 ulas bawang putih - dicincang
1 biji cili hijau - dihiris
garam & gula - secukup rasa
Bahan-bahan pes:
2 s/b pes tomyam
2 s/k rempah kari ikan
1 1/2 s/b sos tiram
2 s/k sos ikan
6 s/b air panas
Cara-cara:
Panaskan minyak dan masukkan bawang merah, bawang putih dan tumis hingga kekuningan.
Campurkan bahan-bahan pes tadi dan gaul rata & biar lebih kurang 3 minit.
Masukkan sotong dan cili hijau dan kacau rata.
Masukkan garam (jika perlu), gula dan masak selama 5 minit.
Matikan api dan sedia untuk dihidangkan.
Labels:
Sotong
Strawberry Crumble
Crumble
2 biji epal dikupas kulit n dihiris - tukar pd strawberry
120gms self raising flour
30gms brown sugar
30gms sugar
60gms butter
Cara:
Satukan gula n tepung...masukkan butter...gaul n ramas guna tangan agar berketul2 kasar...jgn over mixed. (I ubah sikit... ambil 1/4 adunan...masuk dlm bekas, ditekan2 agar padat n simpan dlm fridge for abt 15mins...then keluarkan, susun strawberry n tabur adunan lebihan tadi).
Then bakar pd suhu 175 deg cel for 30mins or till golden brown.
Custard
1 sudu besar tepung custard - bancuh dgn 1/4 cwn susu segar
2 sudu besar gula
200ml susu segar
Cara:
Renehkan susu atas api yg kecil, then masuk gula n kacau rata.
Alih periuk dr api n tuang bancuhan custard...kacau sebati...masak semula hingga pekat n menggelegak...tutup api
Utk hidang... curah custard atas strawberry crumble.
Labels:
Dessert
Kuih Lopes
Bahan-bahan
3 cawan beras pulut
3 cawan santan
pewarna hijau
kelapa parut/kelapa kering 1 cawan (secukupnya)
garam
1 biji gula Melaka/ 5 sudu besar gula perang (brown sugar)
11/2 cawan air
*** daun pandan jika ada boleh gantikan pewarna hijau dan masukkan ke dlm air gula
Cara-cara
Rendam beras pulut dengan sedikit pewarna hijau selama lebih kurang 1/2 jam atau pulut bertukar warna. Toskan pulut tadi n masukkan santan dan secubit garam
Kemudian masukkan dlm microwave sekurang2nya 15mins (ikut jenis microwave) dan kacau setiap 5 mins untuk pastikan beras dan pulut sebati dan masak
Sediankan cling film/plastik dan oleskan sedikit margerin dan letakkan 1/3 bahagian pulut ke atasnya
Gulung pulut tadi dengan padat dan rapi. Sejukkan pulut sebelum dipotong
Setelah sejuk potong lopes ikut ketebalan yang disukai dan gaul dengan kelapa parut yang diletakkan sedikit garam
Untuk air gulanya : - masak gula bersama air dan tapiskan sebelum dituang ke atas lopes
Labels:
Kuih muih
Monday, 8 August 2011
Mee Bandung
Bahan-bahan:
500g udang kering segar
cili untuk menumis
gula pasir
bawang merah 10 biji untuk menumis dan 10 biji lagi untuk buat pes
bawang putih 3 biji untuk menumis dan 3 biji lagi untuk pes
mee kuning 1 peket
sotong basah
telur ayam 4 biji atau ikut bilangan orang yang hendak makan
Sayur sawi 2 ikat
tauhu goreng 5 keping
garam
air untuk kuah
5 biji tomato segar
minyak untuk menumis
daging (optional)
Bawang goreng
Cara-cara:
Blend udang kering, bawang merah, bawang putih dan cili.
Potong kecil sotong basah dan daging lembu.
Hiris tauhu goreng nipis-nipis
Cuci mee kuning dan toskan
Potong sayur sawi dan tomato.
Untuk memasak perencah:
Tumis bahan blend tadi menggunakan minyak yang banyak (kerana udang kering akan meresap minyak).
Bila sudah separuh masak masukkan air dan kacau sehingga masak.
Kemudian masukkan gula dan garam. Cuba rasanya samada perlu ditambah gula atau garam lagi. Jika semuanya sudah ok bolehlah dikeluarkan dari kuali tadi.
Untuk memasak mee bandung: Panaskan kuali dan masukkan minyak ,tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga garing dan masukkan air ikut berapa ramai yang hendak makan.
Bila air dalam kuali sudah mendidih bolehlah dimasukkan perencah udang tadi.(jika anda mahu kuah pekat masukkan perencah lebih).
Kacau kuah supaya tidak berkerak dan masukkan sotong basah ,daging dan telur satu persatu. Pastikan telur masak kemudian angkat untuk asingkannya supaya tidak hancur.
Bila bahan yang dimasukkan tadi sudah masak bolehlah masukkan mee tadi. Kacau sehingga mee masak dan masukkan sawi. Kemudian tauhu goreng, garam, bawang goreng dan rasa secukup rasa.
Tomato dan telur anda boleh hidangkan semasa hendak makan.
Labels:
Mee
New York Cheesecake
Bahan-bahan (base):
3 cawan biscuit digestive
3/4 cawan butter (cairkan)
3 sudu gula
Cara:
Gaul semua bahan di atas dan lenyekkan atas loyang pembakar yg dah digris dan dilapik dgn baking paper.
Bakar dalam oven selama 10 minit dan biarkan sejuk.
Bahan-bahan:
2 x 250gm cream cheese
1/2 cawan gula halus
1 cawan sour cream
3 1/2 sudu tepung gandum
2 biji telur
Cara:
Campurkan cream cheese dengan sour cream dan kacau hingga sebati.
Masukkan gula dan tepung dan kacau hingga rata.
Masukkan telur sebiji dan kacau dan masukkan sebiji lagi hingga habis dan kacau rata.
Bila lapisan base telah sejuk, tuangkan adunan cream cheese tadi ke atasnya dan hentak2kan loyang untuk membuang angin.
Bakar di dalam oven pada suhu 180C selama 45 minit dengan api bawah. (walaupun pun dah masak, bhg tengah cake akan kelihatan lembap lagi...jangan terus bakar coz cake dah masak sebenarnya).
Sejukkan dlm fridge sekurang2nya 4 jam.
Labels:
Cheesecake
Gulai ikan tongkol
Bahan-bahan:
4 keping ikan tongkol
1 1/2 cawan santan pekat
4 tangkai cili kering
1 biji timun - potong ikut selera masing2
6 biji cili api
1 inci lengkuas
1 keping asam gelugur
7 ulas bawang merah
5 biji telur rebus
1 inci kunyit hidup (i letak kunyit serbuk)
1/2 paket kecil serbuk kari ikan
minyak untuk menumis
Cara-cara:
Blend cili kering, kunyit, lengkuas dan bawang merah hingga sebati.
Campurkan 1/2 paket rempah kari ikan.
Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang dikisar hingga naik bau.
Masukkan 2 cawan air dan bila mendidih, masukkan santan pekat.
Kemudian masukkan ikan dan timun serta garam, gula dan asam keping.
Biarkan mendidih hingga ikan masak. Kemudian taburkan cili api.
Masukkan telur rebus dan masak sekejap. Kemudian padamkan api.
Labels:
Ikan
Nasi Dagang
Nasi Dagang
Bahan-bahan:
2 pot (saiz 160ml) beras pulut
4 pot beras biasa
3 ulas bawang merah - hiris nipis
1 sudu makan halba
2 inci halia - dimayang halus
garam - secukup rasa
1 mangkuk pati santan campur air untuk jadikan 4 mangkuk
Cara-cara:
Satukan beras pulut dan beras biasa dalam satu bekas. Cuci bersih dan rendam selama 2 jam. Toskan airnya.
Satukan semua bahan-bahan di atas dalam rice cooker dan masak seperti biasa.
Labels:
Nasi
Nasi Tomato
Bahan-bahannya:
5 cawan beras basmathi (cuci dan rendam 20 minit dan toskan)
1/2 cawan susu cair
4 biji tomato, dicincang halus
1/2 cawan tomato puree
2 camca besar mentega - letak minyak sapi
5 camca besar minyak masak
1 helai daun pandan - disimpul
3 ulas bawang putih - dihiris
5 ulas bawang merah - dihiris
1 inci halia - dihiris halus
3 biji buah pelaga *
3 kuntum bunga cengkih *
1 kuntum bunga lawang *
1 batang kayu manis * (*rempah tumis)
Air - ikut sukatan beras
Garam - secukup rasa
Bahan hiasan:
Kacang pis
Daun sup/daun bawang
Bawang goreng
Cara-cara:
Dalam periuk, panaskan minyak dan masukkan mentega. Bila mentega cair, tumiskan rempah tumis, bawang putih, bawang merah, halia dan daun pandan. Tumis hingga wangi.
Masukkan tomato cincang dan tomato sos, kacau dan biar masak. Tuang susu dan air dan masak hingga mendidih dan matikan api.
Masukkan beras dalam rice cooker dan tuang no.2 dalam rice cooker tadi dan tambahkan garam dan gaul beras hingga rata dengan semua rempah2 tadi.
Masak seperti biasa dan balik2kan nasi agar betul2 masak.
Hias dengan hirisan daun sup/bawang, kacang pis dan bawang goreng sebelum dihidangkan.
Labels:
Nasi
Laksa Sarawak
Bahan-bahan:
150gm pes laksa Sarawak - guna brand Liza's
1 pekat bihun - dicuci n celur
200gm udang basah
200gm santan
2 keping tauhu - digoreng dan dihiris
100gm tauge - dicelur
3 ketul dada ayam - direbus dan dicarik halus
1 1/2 liter air
2 sudu besar cili kisar
2 batang serai - diketuk
sedikit daun ketumbar/daun sup - diracik
1 helai daun limau purut
4 biji limau kasturi - dibelah dua
garam dan gula - secukup rasa
2 biji telur - digoreng dan dihiris halus
Untuk Sambal:
5 sudu besar cili kisar
1 sudu besar udang kering
1/2 inci belacan
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
sedikit garam, gula dan asam jawa
Cara-cara:
Panaskan air hingga mendidih. Masukkan udang (dengan kulit dan kepalanya) dan rebus hingga masak. Kemudian keluarkan udang dan tapiskan air rebusan dan masak semula.
Masukkan pula pes laksa, cili kisar serta serai ke dalam air rebusan udang tadi. Kacau dan tunggu sampai mendidih. Guna api perlahan.
Masukkan santan, daun limau purut, garam dan gula secukup rasa.
Untuk sambal : Bawang merah, bawang putih, belacan dan udang kering dikisar halus. Tumiskan cili kisar hingga pecah minyak. Kemudian, masukkan pula bahan-bahan kisar tadi dan kacau lagi. Masukkan air asam jawa dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Cara menghidang : Masukkan bihun, tauge, ayam, udang dan bahan lain dalam mangkuk. Tuangkan kuah, sambal dan hiaskan dengan daun ketumbar/daun sup dan perahkan limau.
Labels:
Laksa
Acar Timun & Carrot
Bahan-bahan:
Sebiji Timun - hiris
Setengah biji Carrot - hiris
1 labu Bawang besar - hiris
5 sudu besar Cuka
4 sudu besar Gula
Sebiji Cili merah - hiris
Cara-cara:
1. Gaulkan bawang, cili dan gula, kacau hingga gula larut.
2. Masukkan timun dan carrot. Gaul rata, sedia dihidang.
Labels:
Acar
Nasi Hujan Panas
Bahan-bahan:
4 cawan beras basmathi
5 cawan air
2 kiub ayam
2 helai daun pandan
pewarna merah, kuning & hijau
Bahan Tumis:
1/2 inci halia
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar minyak sapi
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
Bahan Hias:
Bawang goreng
Kismis
Cara-cara:
Cuci beras dan rendam selama 10 minit dan toskan.
Hirirs halia dan mayang semua bawang.
Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan tumis hingga bau wangi.
Masukkan beras dan gaul rata.
asukka air, kiub ayam dan daun pandan.
Masaklah nasi hingga masak.
Bila nasi kering, letakkan 1-2 titik untuk setiap pewarna kuning, merah dan hijau di tempat berasingan. Bila dah masak, gembur kan nasi.
Hias dengan bawang goreng, gajus atau kismis jika suka.
Labels:
Nasi
Daging Masak Hitam
Bahan-bahan:
1 kati daging - dihiris dan direbus dengan kicap (air rebusan jangan dibuang)
1/2 cawan kicap manis (kicap kipas udang)
3 sudu besar cili kering kisar (kalau nak pedas lagi, boleh tambah)
Bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga
Asam keping
3 sudu besar jintan manis*
3 sudu besar jintan putih*
3 ulas bawang putih*
4 ulas bawang merah*
halia* (* dikisar - sebhgan digaul dengan daging dan lebihan untuk tumis)
Cara-cara:
Daging direbus dengan kicap. Air rebusan jangan terlalu banyak sebab daging keluarkan air (i masukkan daun kari sikit nak bagi rase kari).
Bila daging dah empuk, toskan dan gaulkan dengan sedikit bahan kisar dan goreng sikit.
Ketepikan daging tadi dan tumis pula bahan kisar lebihan tadi.
Masukkan cili kering kisar dan kacau sebati.
Masukkan pula air rebusan tadi dan juga daging dan gaul rata.
Masukkan asam keping, bunga lawang, kulit kau manis dan buah pelaga.
Masukkan kicap jika nak nampak lebih hitam lagi.
Biarkan mendidih sekejap dan kuah agak pekat.
Bolehlah diangkat dan dihidang dengan nasi putih atau nasi minyak.
Labels:
Daging
Friday, 29 July 2011
Kek Buah Kukus
Bahan2:
200gm butter
200gm gula halus
300gm tepung gandum
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
3 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar madu
250gm buah-buahan campuran
Cara2:
1. Panaskan kukus.Pukul butter dan gula halus sehingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu dan pukul kembang.
3. Masukkan esen vanilla dan madu. Pukul lagi.
4. Satukan semua bahan kering dan buah-buahan campuran ke dalam bekas lain.
5. Masukkan bahan kering sedikit demi sedikit dan kacau rata.
6. Kukus sejam atau sehingga kek masak.
Labels:
Kek
Subscribe to:
Posts (Atom)

